Pergi ke kandungan

Kassim Masdor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kassim Masdor
Kassim pada 2010
Kelahiran
Kassim bin Masdor

(1938-09-19)19 September 1938[1]
Meninggal dunia21 Januari 2014(2014-01-21) (umur 75)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Choa Chu Kang, Singapura
PekerjaanKomposer, pemuzik, penggubah lagu, pelakon
Tahun aktif1950–1989
PasanganJamilah Hameed
Anak-anak5
Kerjaya muzik
Alat muzikGitar, piano, xilofon
Syarikat rakamanShaw Studios, EMI, Senada[1]

Kassim Masdor (19 September 1938 – 21 Januari 2014) merupakan seorang penggubah lagu Singapura. Beliau telah menggubah lagu selama setengah abad, mulai tahun 1950-an hingga 1980-an. Beliau juga ialah anak murid P. Ramlee.

Beliau mula berkhidmat dengan Malay Film Productions (MFP) milik Shaw Brothers sebagai seorang kerani pada tahun 1952. Namun, beliau bertekad mengasah bakat dalam bidang muzik dan azam ini semakin menebal apabila beliau bertemu dengan P. Ramlee dan tokoh-tokoh lain di MFP. Beliau menghargai keperihan bekerja dengan P. Ramlee dan pengalaman tersebut telah menjadikan beliau seorang pemuzik yang mahir.[2]

Beliau juga salah seorang perintis kumpulan popular Panca Sitara yang ditubuhkan P. Ramlee. Pada 1968, sebaik sahaja Shaw Brothers membuat keputusan menutup Studio Jalan Ampas, Kassim dipanggil EMI Singapura untuk menjadi penerbit, Komposer dan penyusun muzik di situ. Sepanjang lima tahun bersama EMI, Kassim menerbitkan lebih 60 buah album. Pada tahun 1977 Kassim Masdor telah berundur dari EMI apabila menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Senada Record.

Beliau telah mencipta lebih 400 lagu malar segar termasuk Sapu Tangan Tanda Mata dendangan Saloma, Bahtera Merdeka (Ahmad Jais) dan Selamat Hari Raya (Allahyarham Fazidah Joned). Antara penyanyi yang popular lain menyanyikan lagu-lagu ciptaan beliau, di antaranya Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Rafeah Buang, Sharifah Aini, Ahmad Daud dan juga Sudirman. Beliau juga dipandang tinggi sebagai salah seorang komposer ulung pada akhir tahun 60an hingga ke tahun 70an.[3]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Antara lagu sentuhannya adalah:-

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2002, Kassim diberikan Anugerah Pencapaian Artis Sepanjang Hayat oleh Persatuan Pemuzik Melayu Profesional Singapura (PERKAMUS) sempena ulang tahun PERKAMUS yang ke 10.

Beliau meninggal dunia pada 21 Januari 2014 pada jam 9:25 malam di Singapura pada usia 75 tahun akibat penyakit asma dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Choa Chu Kang, Singapura. [5][6][7]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Komposer Pelakon
1951 Rayuan Sukma Tidak Ya Filem lakonan pertama
Manusia Tidak Ya
1953 Ibu Tidak Ya Penampilan khas
1956 Anak-ku Sazali Tidak Ya Penampilan khas
1957 Pancha Delima Ya Tidak
Bujang Lapok Ya Tidak
1958 Azimat Ya Tidak
Sumpah Orang Minyak Ya Tidak
Sarjan Hassan Tidak Ya Askar Singapura Penampilan khas
1959 Saudagar Minyak Urat Tidak Ya Penampilan khas
Pendekar Bujang Lapok Ya Tidak
Nujum Pak Belalang Ya Tidak
1960 Megat Terawis Ya Tidak
Antara Dua Darjat Ya Ya Pemain Gitar
1961 Ali Baba Bujang Lapok Ya Tidak
Seniman Bujang Lapok Ya Tidak
1962 Ibu Mertua-ku Ya Ya Rahman Hadi
Labu dan Labi Ya Ya Penyanyi kumpulan Pancha Sitara Penampilan khas
1963 Kasih Tanpa Sayang Ya Tidak
Darah Muda Ya Tidak
Pilih Menantu Ya Tidak
1964 Madu Tiga Tidak Ya Penampilan khas
Tiga Abdul Tidak Ya Pelanggan Penampilan khas
1965 Taqdir Tidak Ya Abdul Rahman @ Aman Filem lakonan terakhir
Bidasari Ya Tidak
Pusaka Pontianak Ya Tidak
Sayang Si Buta Ya Tidak
1966 Kacha Permata Ya Tidak
Dahaga Ya Tidak
Gerak Kilat Ya Tidak
Anak Buloh Betong Ya Tidak
Aksi Kuching Ya Tidak
1967 Lampong Karam Ya Tidak
Jebak Maut Ya Tidak
1968 Raja Bersiong Ya Tidak
1979 Tiada Esok Bagimu Ya Tidak
Prebet Lapok Ya Tidak
Dendang Perantau Ya Tidak
1981 Jejak Bertapak Ya Tidak
Serampang Tiga Ya Tidak
Setinggan Ya Tidak
1982 Kami Ya Tidak
Sikit Punya Gila Ya Tidak
1989 Sumpahan Mahsuri Ya Tidak
  1. ^ a b "Kassim Masdor". Tribute.sg. Dicapai pada 22 Januari 2014.[pautan mati kekal]
  2. ^ http://filemklasikmalaysia.blogspot.com/2014/01/kassim-masdor-1930-2014.html?m=1
  3. ^ Kassim Masdor Diarkibkan 2014-02-26 di Wayback Machine Komposer Muzik Dulu Dan Sekarang
  4. ^ Perginya tiada pengganti[pautan mati kekal] Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2014.
  5. ^ Niezam Abdullah (22 Januari 2014). Komposer Kassim Masdor Meninggal Dunia mStar Online. Diperoleh pada 23 Januari 2014.
  6. ^ Kassim Masdor meninggal dunia akibat asma Utusan Malaysia (22 Januari 2014). Diperoleh pada 23 Januari 2014.
  7. ^ Amirah Amaly Syafaat (28 Ogos 2011). Kassim Masdor 38 tahun menduda Utusan Malaysia. Diperoleh pada 29 Ogos 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]