Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dr.

Mohd Ramli Bin Hj Md.Kari
Tempoh jawatan
2004–2008
Didahului oleh (kawasan baru)
Diganti oleh Ja`affar bin Hashim
Majoriti Menang tanpa bertanding

Lahir Batu Pahat, Johor
Parti politik PAS logo.svg PAS
Pasangan Rohayah Abd. Hamid
Anak 4
Pekerjaan Doktor, Ahli politik
Agama Islam

Dr Mohd Ramli Md Karii adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Johor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Batu Pahat.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Tengah, Yong Peng. Kemudian bersekolah menengah di Yong Peng dan di Alor Gajah, Melaka dan seterusnya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar hingga ke tahun 1970.

Beliau selanjutnya melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Universiti Malaya dan lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada tahun 1978.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkhidmat di Hospital Muar dan kemudian menjadi Pensyarah Pelatih di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah kembali ke Batu Pahat untuk mengasaskan Klinik Bakti Batu Pahat pada tahun 1982. Klinik ini merupakan klinik Melayu yang pertama yang wujud di Batu Pahat dan kini telah beroperasi selama 22 tahun. Penglibatan beliau mengendalikan klinik selama 22 tahun ini, ditambah dengan keperibadian beliau yang perihatin serta mesra dengan pesakit telah menjadikan beliau dikenali ramai. Beliau juga sering mengadakan aktiviti rawatan percuma di sekitar kawasan Batu Pahat.

Di samping kelulusan akademik di atas, beliau juga telah dianugerahkan sijil perubatan Islam daripada Darul Syifa’ pada bulan Ogos 1999 setelah mengikuti kursus selama 2 tahun di bawah kelolaan Prof. Dr. Dr. Harun Din. Beliau juga telah ditauliahkan Diploma Tasawwur Islam oleh ILHAM.

Beliau telah pun berumahtangga bersama Puan Rohayah bte Abd. Hamid, bekas seorang guru berijazah-(B.A Hon.,Dip.Ed. Universiti Malaya). Kini isteri beliau menumpukan sepenuh masa dalam membantu beliau di klinik serta bergiat cergas di dalam aktiviti parti. Hasil dari perkongsian hidup sejak tahun 1973, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Di dalam bidang kemasyarakatan, beliau adalah bekas Pengerusi Surau Taman Soga dan Pengerusi Badan Kebajikan Islam Taman Soga Batu Pahat selama 10 tahun. Beliau pernah menjadi pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Temenggung Ibrahim Penggaram, Batu Pahat, dan kini menjadi Pengerusi Sekolah Rendah Agama Bersepadu Batu Pahat sejak 5 tahun yang lalu. Beliau juga pernah menjadi Pemerintah Kawasan St. John Ambulance Brigade , Batu Pahat.

Di bidang politik beliau adalah Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Pahat dan Ketua Lajnah Antara Kaum. Beliau pernah bertanding sebagai calon Parlimen PAS bagi Kawasan P 135 - Batu Pahat pada Pilihanraya Umum 1999 dengan memperolehi undi yang sangat mengalakkan.

Pada hari penamaan calon 13hb Mac 2004 yang lalu, beliau telah diisytiharkan sebagai menang tanpa bertanding di DUN N24 - Senggarang. Kemenangan yang diperolehi merupakan satu sejarah bagi perjuangan Parti PAS di Negeri Johor.