Mohd Shahril Sa'ari
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Mohd Shahril bin Sa'ari | ||
| Tarikh lahir | 7 Mac 1990 | ||
| Tempat lahir |
Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia | ||
| Ketinggian | 1.78 m (5 ka 10 in) | ||
| Posisi permainan | Penjaga Gol | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2007–2008 | Terengganu | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2009–2010 | T–Team | 0 | (0) |
| 2011 | Terengganu | 0 | (0) |
| 2012 | Harimau Muda | 0 | (0) |
| 2013 | Sabah | 19 | (0) |
| 2014–2015 | T–Team | 20 | (0) |
| 2016–2017 | Sarawak | 31 | (0) |
| 2018 | PKNS | 16 | (0) |
| 2019 | Perlis | 3 | (0) |
| 2019 | PDRM | 15 | (0) |
| 2020–2022 | Kedah Darul Aman | 32 | (0) |
| 2023 | Kelantan United | 6 | (0) |
| 2024– | Kuching City | 0 | (0) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2012 | Malaysia B-23 | 1 | (0) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 November 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Mac 2018 | |||
Mohd Shahril bin Sa'ari (lahir 7 Mac 1990)[1] merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Shahril memulakan kerjayanya bersama kelab berpangkalan di Kuala Terengganu, T-Team. Pada 2011 dia menyertai Terengganu dan menjadi penjaga gol pilihan ketiga. Pada Disember 2011, Shahril menyertai program Harimau Muda.[2]
Pada musim 2013, Shahril menyertai Sabah dan menjadi penjaga gol pilihan pertama bersama pasukan itu.[3] Pada 2014, beliau kembali menyertai T-Team.[4] Pada musim 2016, beliau mengikat kontrak selama 2 musim bersama Sarawak dan membuat 31 penampilan Liga Super Malaysia sepanjang bersama pasukan itu.[5]
Pada musim 2018, Shahril menyertai PKNS dan membuat 16 penampilan liga.[5] Beliau turut membantu PKNS layak ke separuh akhir Piala FA Malaysia selepas menewaskan Perak 4-3 secara aggregate.[6]
Shahril sekali lagi berpindah ke pasukan baru pada musim berikutnya dengan menyertai Perlis. Beliau hanya sempat beraksi 3 perlawanan liga apabila MFL memutuskan untuk membatalkan penyertaan Perlis dalam saingan Liga Malaysia.[7] Beliau kemudian menyertai PDRM.[8]
Shahril menyertai Kedah pada musim 2020. Pada perlawanan play-off Liga Juara-Juara AFC menentang FC Seoul, Shahril membuat 15 penyelamatan meskipun dibolosi 4 gol.[9]
Pasukan kebangsaan
[sunting | sunting sumber]Shahril beraksi untuk pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang pasukan utama Kemboja pada 2 Oktober 2012.[10] Malaysia B-23 menang 2-1 menewaskan pasukan utama Kemboja.[11]
Pada 2018, Shahril disenaraikan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lubnan. Beliau diletakkan sebagai penjaga gol simpanan pada perlawanan itu.[12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "M. Sa'ari". soccerway.com. Dicapai pada 14 Disember 2011.
- ^ Dua muka baru sertai Harimau Muda ke Australia - Utusan Malaysia (BLIS), 11 Disember 2011.
- ^ A new venue could solve training woes - Daily Express, 4 Disember 2012.
- ^ `Kami tak gentar' - Harian Metro (BLIS), 16 January 2014.
- ^ a b "Shahril Shaari". Soccerway.com. Dicapai pada 13 September 2020.
- ^ TSB Goalkeeper Sport - Facebook, 22 April 2018.
- ^ MFL cancel Perlis' Malaysia League participation - New Straits Times, 20 Februari 2019.
- ^ PDRM ambil tiga pemain Perlis - Football Tribe, 25 Mac 2019.
- ^ Shahril Saa’ri: Saya Tidak Boleh Leka - Semuanya Bola, 6 Februari 2020.
- ^ `Pincang skuad tanpa lima tonggak' - Berita Harian (BLIS), 2 Oktober 2010.
- ^ Youngsters impress coach - New Straits Times (BLIS), 4 October 2012.
- ^ LEBANON VS. MALAYSIA 2 - 1 - Soccerway, 27 March 2018.