Pergi ke kandungan

Mohd Shahril Sa'ari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shahril Sa'ari
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohd Shahril bin Sa'ari
Tarikh lahir (1990-03-07) 7 Mac 1990 (umur 34)
Tempat lahir Hulu Terengganu, Terengganu,
Malaysia
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Penjaga Gol
Kerjaya remaja
2007–2008 Terengganu
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2010 T–Team 0 (0)
2011 Terengganu 0 (0)
2012 Harimau Muda 0 (0)
2013 Sabah 19 (0)
2014–2015 T–Team 20 (0)
2016–2017 Sarawak 31 (0)
2018 PKNS 16 (0)
2019 Perlis 3 (0)
2019 PDRM 15 (0)
2020–2022 Kedah Darul Aman 32 (0)
2023 Kelantan United 6 (0)
2024– Kuching City 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2012 Malaysia B-23 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 November 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 Mac 2018

Mohd Shahril bin Sa'ari (lahir 7 Mac 1990)[1] merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shahril memulakan kerjayanya bersama kelab berpangkalan di Kuala Terengganu, T-Team. Pada 2011 dia menyertai Terengganu dan menjadi penjaga gol pilihan ketiga. Pada Disember 2011, Shahril menyertai program Harimau Muda.[2]

Pada musim 2013, Shahril menyertai Sabah dan menjadi penjaga gol pilihan pertama bersama pasukan itu.[3] Pada 2014, beliau kembali menyertai T-Team.[4] Pada musim 2016, beliau mengikat kontrak selama 2 musim bersama Sarawak dan membuat 31 penampilan Liga Super Malaysia sepanjang bersama pasukan itu.[5]

Pada musim 2018, Shahril menyertai PKNS dan membuat 16 penampilan liga.[5] Beliau turut membantu PKNS layak ke separuh akhir Piala FA Malaysia selepas menewaskan Perak 4-3 secara aggregate.[6]

Shahril sekali lagi berpindah ke pasukan baru pada musim berikutnya dengan menyertai Perlis. Beliau hanya sempat beraksi 3 perlawanan liga apabila MFL memutuskan untuk membatalkan penyertaan Perlis dalam saingan Liga Malaysia.[7] Beliau kemudian menyertai PDRM.[8]

Shahril menyertai Kedah pada musim 2020. Pada perlawanan play-off Liga Juara-Juara AFC menentang FC Seoul, Shahril membuat 15 penyelamatan meskipun dibolosi 4 gol.[9]

Pasukan kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Shahril beraksi untuk pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang pasukan utama Kemboja pada 2 Oktober 2012.[10] Malaysia B-23 menang 2-1 menewaskan pasukan utama Kemboja.[11]

Pada 2018, Shahril disenaraikan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lubnan. Beliau diletakkan sebagai penjaga gol simpanan pada perlawanan itu.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "M. Sa'ari". soccerway.com. Dicapai pada 14 Disember 2011.
  2. ^ Dua muka baru sertai Harimau Muda ke Australia - Utusan Malaysia (BLIS), 11 Disember 2011.
  3. ^ A new venue could solve training woes - Daily Express, 4 Disember 2012.
  4. ^ `Kami tak gentar' - Harian Metro (BLIS), 16 January 2014.
  5. ^ a b "Shahril Shaari". Soccerway.com. Dicapai pada 13 September 2020.
  6. ^ TSB Goalkeeper Sport - Facebook, 22 April 2018.
  7. ^ MFL cancel Perlis' Malaysia League participation - New Straits Times, 20 Februari 2019.
  8. ^ PDRM ambil tiga pemain Perlis - Football Tribe, 25 Mac 2019.
  9. ^ Shahril Saa’ri: Saya Tidak Boleh Leka - Semuanya Bola, 6 Februari 2020.
  10. ^ `Pincang skuad tanpa lima tonggak' - Berita Harian (BLIS), 2 Oktober 2010.
  11. ^ Youngsters impress coach - New Straits Times (BLIS), 4 October 2012.
  12. ^ LEBANON VS. MALAYSIA 2 - 1 - Soccerway, 27 March 2018.