Momok 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Momok 3
PengarahRosli Rahman Adam
PenulisLiza Tan
Dihasilkan olehNLE Services Sdn. Bhd.
DibintangiAmyza Adnan
Zuraini Kassim
Kazar Saisi
Aznah Hamid
Rusdi Ramli
Diedarkan olehPMP Entertainment (M) Sdn. Bhd.
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Momok 3 ialah sebuah telefilem Malaysia 2003 arahan Rosli Rahman Adam terbitan NLE Services Sdn Bhd yang bergenre seram. Ia dibintangi oleh Amyza Adnan, Zuraini Kassim, Kazar Saisi, Aznah Hamid dan Rusdi Ramli sebagai watak utama bagi setiap cerita pendek dan ramai lagi pelakon tempatan. Telefilem ini terbahagi kepada 3 buah cerita pendek iaitu Dendam Maisarah, Penunggu Pusaka dan Roh Jelmaan.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Momok 3[1] merupakan sebuah telefilem yang mengumpulkan tiga buah kisah seram berbeza. Kisah pertama berjudul Dendam Maisarah yang menceritakan watak Maisarah (Amyza Adnan) menuntut bela atas kematian rakan-rakannya setelah dirogol dan dibunuh oleh Meli (Zuraini Kasim). Kisah kedua pula bertajuk Penunggu Pusaka yang mengisahkan sebuah keluarga yang tinggal disebuah rumah pusaka mula diganggu hantu. Misah (Aznah Hamid) seringkali ternampak lembaga tersebut mengadu pada suaminya Zahid (Kazar Saisi) namun tidak diendahkannya. Kisah ketiga pula bertajuk Roh Jelmaan yang menceritakan kepulangan Danial (Rusdi Ramli) ke kampung untuk bertemu Tok Akob (Din Uda Omar) dan Nek Manja (Kismah Johar) namun tidak menyedari bahawa mereka telah lama meninggal dunia dalam kebakaran dimana Bachok (Rosli Rahman Adam) adalah dalangnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Momok 3 diterbitkan oleh Azizul Rahim Saedin dan Roslan Mohd Salleh menerusi NLE Services Sdn. Bhd. Telefilem ini diedarkan dalam bentuk VCD oleh PMP Entertainment (M) Sdn. Bhd.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PMP Entertaintment Momok III Dicapai pada 15 Januari 2024.