Pergi ke kandungan

Kazar Saisi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kazar Saisi
كازر ساءيسي
Kelahiran
Kazaruddin bin Saisi

(1959-04-28) 28 April 1959 (umur 67)
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi
Tahun aktif1984–kini
Karya
Filemografi
PasanganRashidah Latiff (bercerai)
Anak-anak5 (termasuk Ira Kazar)
IbuAllahyarhamah Halimah Hj Mohd Hassan
BapaAllahyarham Saisi Hj Nurdin

Kazaruddin Saisi (lahir 28 April 1959) ialah seorang pelakon, pelawak dan penyanyi lelaki Malaysia yang berasal dari Kampung Jeram, Kampar, Perak.[1] Beliau terkenal menerusi lagu "Memburu Impian" yang menjadi lagu tema filem Gila-Gila Remaja, seterusnya membina nama sebagai pelakon.[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Kazar merupakan anak kepada 8 adik beradik daripada pasangan Arwah Saisi Hj Nurdin (mantan Guru Besar SK Bidor) dan Arwah Halimah Hj Mohd Hassan iaitu Sabariah, Sabarudin (arwah), Salihuddin (penerima Pingat Gagah Berani & pesara Cawangan Khas), Azammuddin, Norhayati, Nordin, Kamarulzaman. Arwah Cikgu Saisi Hj Nurdin berasal dari Kg Datuk, Tapah Perak.

Anaknya, Faghirah Fatini atau Ira Kazar berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof pada Januari 2023 di Thailand. Perkahwinan anak keempatnya dengan Syamsul mencetuskan perbalahan antara kedua-dua belah pihak keluarga mereka termasuk bekas isteri Syamsul. 19 Ogos 2024, Syamsul didakwa telah menfailkan penceraian terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Ani (1984)
  • Kerana Urusan (1985)

Lagu-lagu

[sunting | sunting sumber]
  • Kali Pertama Kasih Ku Bersemi (1984)
  • Memburu Impian (1985)
  • Tiap Waktu Terluang (1985)
  • Tidak Kesampaian (1985)
  • Bunga Kasih
  • Tunangku Kekasih Orang
  • Cuba Bayangkan
  • Pecutan Impian (2019)
  • Bayangkan Bertamu (2026)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Lawak Warna 2014 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV Menang
2016 Anugerah Sri Angkasa Pelakon Komedi Lelaki Terbaik TV Menang
  1. Amirul Haswendy Ashari (10 September 2017). Tak hirau bayaran picisan Harian Metro. Dicapai pada 10 September 2017.
  2. Amirul Haswendy Ashari (25 Mac 2018). Tidak tolak buat single Harian Metro. Dicapai pada 25 Mac 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]