Momok Jangan Panggil Aku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Momok Jangan Panggil Aku
MomokJanganPanggilAku01.jpg
Poster filem Momok Jangan Panggil Aku
PengarahM.Jamil
PenerbitM. Fadzil Idris
M. Zol Kartini Abdullah
PenulisM.Jamil
Dibintangi olehM.Jamil
Ariff S. Shamsuddin
Cassandra Patrick
Disunting olehM.Jamil
PengedarMIG Production
Mula ditayangkan
5 Mei 2011
Tempoh tayangan
98 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
PerbelanjaanRM 2.00 juta [1]
Pecah panggungRM 0.55 juta

Momok Jangan Panggil Aku merupakan sebuah filem genre seram yang diterbitkan pada 5 Mei 2011 di Malaysia. Filem ini merupakan kesinambungan filem Momok The Movie

Momok Jangan Panggil Aku merupakan antara filem Melayu yang tidak akan ditayangkan di saluran stesen TV berbayar. [2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya Karak apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu iaitu Volkswagen Kuning. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Abang Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.

Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.

Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz semua jawapan apa yang mereka temui sewaktu dalam perjalanan ke rumah Aziz sudah terhidang di depan mata!

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • M.Jamil - Ramlee
  • Ariff S. Shamsuddin - Sudin
  • Cassandra Patrick - Qaseh
  • Mariani - Chu Lamah/Saka
  • Zarina Zainuddin - Nik

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Malek Ridzuan-Kuala Lumpur
  • Slipknot-Dead Memories
  • Search-Pelesit Kota
  • Blink 182-Down
  • Slipknot-Spit It Out
  • Limp Bizkit-My Generation
  • Limp Bizkit-Nookie
  • Sum41-Underclass Hero
  • P.Ramlee-Malam Bulan Dipagar Bintang

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]