Pergi ke kandungan

Momok The Movie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Momok The Movie
Poster filem Momok The Movie
PengarahM. Jamil
PenulisM. Jamil
Dihasilkan olehM. Jamil (eksekutif)
Dibintangi
Disunting olehJib Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Galaksi Seni
Diedarkan olehMetrowealth Pictures
Tarikh tayangan
  • 20 September 2009 (2009-09-20) (Malaysia)
Masa tayangan
102 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 600,000
Pecah panggungRM 2.10 juta[1]

Momok The Movie ialah sebuah filem seram komedi Malaysia 2009 yang menggabungkan beberapa cerita hantu dalam sebuah filem arahan M. Jamil yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 20 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri. Filem yang dibintangi oleh Faizal Ramly, Abon dan Aziz Sattar ini diadaptasi dari Telefilem VCD Momok yang mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Adlin yang bekerja di Terengganu, pulang ke kampungnya untuk bercuti. Seperti biasa, setiap kali pulang ke kampung, Adlin akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan bersembang kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu ibunya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah setelah berada enam bulan di Terengganu telah membawa satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh beliau sepanjang hayatnya.

Bersama, Kadir, teman sekampungnya, Adlin telah ke warung Pak Ajis. Malam tersebut, selesai solat berjemaah di surau, Adlin dan Kadir ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram. Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang di ganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut. [2]

Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat (“Mohini”/Chandra Murke – Legenda hantu masyarakat Hindu),Mayat Hidup Di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-22

  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik -Siti Nayli Yusrina (pencalonan)
  • Lagu Tema Asal Terbaik -Zul Mahat (pencalonan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]