Mr. Boss Miss Stalker (novel)
Umum | |
---|---|
Pengarang | Aesya Azahar |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Genre | Romantik |
Penerbitan | |
Penerbit | Kaki Novel |
Tarikh penerbitan | 2014 |
Jenis media | Cetakan (kulit keras) |
Halaman | 536 |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 9789670448756 |
Mr. Boss Miss Stalker ialah novel 2014 oleh penulis novel Malaysia, Aesya Azahar, terbitan Kaki Novel.[1] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2016.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.
Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.
Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?
“Antara nyata dan mimpi... Ada hati yang ingin kutawan... Tapi, dalam lain dimensi... Hatiku kau jadikan tawanan….”
Adaptasi
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2016, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Dahlia bermula 22 April 2016 di TV3, dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Mia Ahmad.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Aesya Azahar (2014). Mr. Boss Miss Stalker. Kaki Novel. ISBN 9789670448756.
- ^ Mr. Boss Miss Stalker Goodreads. Dicapai pada 8 Februari 2018.
- ^ Mr. Boss Miss Stalker MyInfoTaip (21 April 2016). Dicapai pada 21 April 2016.