Mr. Boss Miss Stalker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mr. Boss Miss Stalker
GenreDrama
Berdasarkan daripada
Novel asal oleh Aesya Azahar
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dekat Tapi Jauh" oleh Forteen
Lagu penutup"Dekat Tapi Jauh" oleh Forteen
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Hasniza Nordin
  • Adam Salim
PenerbitHasniza Nordin
Penyunting
  • Selamat Yusof
  • Zaidi Malik
SinematografiMohd Izham
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
Sapphire Screen
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal22 April 2016 – 4 Jun 2016

Mr. Boss Miss Stalker merupakan siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Heykal Hanifah, adaptasi daripada novel 2014 dengan judul sama karya Aesya Azahar terbitan Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd. Dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Mia Ahmad, siri ini bersiaran di Slot Dahlia TV3 dari 22 April 2016 hingga 4 Jun 2016 menggantikan Cinta 100kg.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut. Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Dekat Tapi Jauh" - Forteen
  • "Tidak Pernah Berjumpa" - Forteen
  • "Anti Kamu" - Mojo

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Ruj.
2017 Anugerah Telenovela 2017 Telenovela Terbaik Mr. Boss Miss Stalker Menang [3][4]
Pelakon Wanita Terbaik Ashraf Muslim Menang
Pelakon Wanita Terbaik Mia Ahmad Menang
Pengarah Terbaik Heykal Hanifah Menang
Penulis Skrip Terbaik Sofia J. Rhyland Menang
Penerbit Telenovela Terbaik Sapphire Screen Menang
2018 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 Aktor Pilihan Ashraf Muslim Tercalon [5]
Aktres Pilihan Mia Ahmad Tercalon
Antagonis Pilihan Miera Leyana Tercalon
Pengarah Pilihan Heykal Hanifah Tercalon
Skrip Pilihan Sofia J. Rhyland Tercalon
Lagu Pilihan Dekat Tapi Jauh – Forteen Tercalon
Pasangan Pilhan Ashraf Muslim & Mia Ahmad Tercalon
Drama Pilihan Mr. Boss Miss Stalker Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mr. Boss Miss Stalker MyInfoTaip (21 April 2016). Dicapai pada 21 April 2016.
  2. ^ Mr. Boss Miss Stalker (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 April 2018.
  3. ^ Drama Mr. Boss, Miss Stalker dominasi kategori terbaik di Anugerah Telenovela 2017 Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mac 2018.
  4. ^ Mr Boss, Miss Stalker Novel Excels In 2017 Telenovela Awards Bernama. Dicapai pada 1 Mac 2018.
  5. ^ Kuasa pilih pemenang Anugerah DFKL 2018 di tangan peminat Utusan Borneo (6 Februari 2018). Dicapai pada 7 Mei 2018.