Ashraf Muslim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ashraf Muslim
AshrafMuslim.jpg
Kelahiran Muhd Ashraf Muslim
19 September 1981 (34 tahun)
Melaka Teluk Mas, Melaka
Nama lain Ashraf Muslim
Pekerjaan Pelakon
Pengacara
Tahun aktif 2007–kini
Pasangan Noor Dayana Lokman (k. 2011) [1]
Wan Sakinah Wan Saburi (k. 2013) [2]
Anak Sarah Ashraf (April 2014)
Adam Ashraf (September 2015)
Anas Ashraf (Disember 2015)

Muhd Ashraf Bin Muslim (lahir 19 September 1981) atau lebih dikenali sebagai Ashraf Muslim merupakan pelakon berasal dari Melaka, Malaysia.

Beliau membuka satu klinik pengamal perubatan tradisional , Pusat Perubatan Darussyifa' di Kampung Sungai Pusu, Gombak , Selangor. Ia adalah perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dilafazkan kepada pesakit. Selama ini buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit. Dia menjadi merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Selain itu Ashraf menternak 600 ekor kambing, ikan keli, ketam bercangkerang lembut atau keras dan lain-lain. [3]

Kehidupan Awal & Karier[sunting | sunting sumber]

Ashraf dilahirkan pada 19 September 1981 di Teluk Mas, Melaka. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik. Ashraf juga mengambil diploma di Kuala Lumpur Infrastructure University College dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.

Pada tahun 2016, Ashraf telah membintangi Drama Kemboja Di Hati yang bersiaran di TV Alhijrah. Drama 13 episod itu diadaptasikan daripada sebuah novel berjudul sama karya Ramlah Rashid. [4].

Ashraf akan muncul dengan drama berjudul Mr Boss Miss Stalker yang bakal menemui penonton di Slot Dahlia TV3 mengantikan drama Cinta 100 kg pada bulan April 2016. Drama 30 episod ini juga diadaptasi daripada novel berjudul sama karya Aesya Azahar. Ashraf Muslim memegang watak utama iaitu sebagai Hariz Zhafran, bergandingan dengan Mia Ahmad dalam drama ini. [5]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Ashraf Muslim (tengah) bersama dua isterinya dan seorang anak mereka. (Dari kiri: Wan Nurul Sakinah Wan Saburi dan Nor Dayana Lokman).

Isteri kedua Ashraf, Wan Sakinah selamat melahirkan anak pertama mereka iaitu Sarah Ashraf pada 5 April 2014. [6]

Pada 14 September 2015, Wan Sakinah sekali lagi selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Adam Ashraf. [7]

Pada 10 Disember 2015, isteri pertama Ashraf iaitu Noor Dayana selamat melahirkan anak pertama mereka selepas lima tahun berkahwin. Bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada pukul 2.58 petang itu diberi nama Anas Ashraf.[8] [9]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Catatan
2009 Yusuff Yusuff TV3 Slot : Samarinda
2011 Ustaz Amirul [10] Ustaz Amirul Slot : Zehra
2016 Kemboja Di Hati TV Alhijrah
Mr Boss Miss Stalker Hariz Zhafran TV3

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Produksi Catatan
2010 Aku Masih Dara (filem) Firdaus MIG

Telemovie TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014 Mr. Istikharah Hafiz

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Muzikal Randai Cindua Mato (2016) [11] [12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]