Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kaironnisam Sahabudin
Maklumat peribadi
Nama penuhMuhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain
Tarikh lahir (1979-05-10) 10 Mei 1979 (umur 40)
Tempat lahirFlat Mergong, Kedah, Malaysia
Ketinggian1.7 m (5 ka 6+78 in)
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniUPB-MyTeam FC
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003-2005
2005-2006
2007-
Perlis FA
MPPJ Selangor
UPB-MyTeam FC


00 (1)
Pasukan kebangsaan
2002-Malaysia Malaysia51 (2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 30 Ogos, 2008.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 29 November, 2008

Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (Jawi: ﻣﺤﻤﺪ ﻛﻴﺮوﻧﻳﺳﺎم ﺳﺎﻫﺎﺑﻮﺩﻳﻦ ﻫﻮﺳﺎﻳن) merupakan pemain bola sepak yang kini mewakili UPB-MyTeam FC di Liga Super Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kaironnisam yang digelar Botak oleh peminat dan rakan sepasukan merupakan seorang pemain yang berpengalaman. Pada tahun 2004, Kaironnisam membantu Perlis FA memenangi Piala Malaysia buat kali pertama setelah 83 tahun mencuba.[1] Dia meneruskan kontraknya bersama Perlis dan membantu Perlis menjuarai Liga Super Malaysia pada tahun 2005 dan membawa Perlis sekali lagi ke perlawanan akhir Piala Malaysia dimana Perlis tewas 3-0 kepada Selangor FA.[2][3]

Pada musim 2005/06, Kaironnisam berhijrah ke MPPJ Selangor. Dia hanya bertahan selama semusim sahaja bersama MPPJ Selangor kerana masalah keewangan kelab itu. Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk menyertai UPB-MyTeam FC yang beraksi di Liga Perdana Malaysia.

Kaironnisam mula mewakili Malaysia pada peringkat bawah 23 tahun di Sukan Asia Tenggara 2001 di Kuala Lumpur. Dia membantu Malaysia memenangi pingat perak setelah tewas kepada Thailand. Tahun berikutnya, jurulatih Malaysia ketika itu Allan Harris menyenaraikannnya dalam pasukan utama Malaysia. Kemasukannya ke pasukan utama Malaysia melahirkan gandingan Norhafiz-Kairon iaitu gandingan pertahanan mantap Malaysia di peringkat antarabangsa. Kaironnisam telah mewakili Malaysia pada Piala Tiger 2002, Piala Tiger 2004, Kejohanan bola sepak ASEAN 2007, dan Piala Asia 2007 dimana Kaironnisam berperanan sebagai ketua pasukan.

Kaironnisam kembali mewakili Malaysia pada Pestabola Merdeka 2008. Dia mengambil tugas Muhammad Shukor Adan selaku ketua pasukan ketika perlawanan menentang Afghanistan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1 Malaysia berkongsi tempat ketiga bersama Vietnam

Gol Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 10 Disember, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia  Filipina 4-1 Menang Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2004
2. 24 April, 2006 Colombo, Sri Lanka  Sri Lanka 1-4 Menang Persahabatan

Rujukan[sunting | sunting sumber]