Murder

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Murder
Album studio oleh
Dilancarkan pada16 Disember 2018
Dirakamkan pada2013–2018
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
StudioGreenhouse Studio
GenreHard rock, rock progresif
Panjang37:54
BahasaInggeris
SyarikatLaguna Music
PenerbitJeffrey Little
Kronologi Seven Collar T-Shirt
The Great Battle
(2009)
Murder
(2018)
Single daripada Murder
  1. "Lines"
    Dikeluarkan: 30 November 2017
  2. "Black Rain"
    Dikeluarkan: 31 Oktober 2018
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Murder (dihurufbesarkan sebagai MURDER) merupakan album studio keempat oleh kumpulan rock Malaysia, Seven Collar T-Shirt, dikeluarkan pada 16 Disember 2018 oleh Laguna Music. Ia merupakan album studio pertama mereka dalam tempoh 9 tahun sejak kali terakhir muncul dengan album ketiga, The Great Battle pada 2009.[1] Pada asalnya, album ini sepatutnya dikeluarkan pada April 2018, bagaimanapun, ia dikeluarkan secara rasmi pada Disember 2018.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Album ini menjadi album studio pertama mereka yang dikeluarkan dalam tempoh 9 tahun. Rakaman album Murder mengambil masa lima tahun untuk disiapkan, sepanjang tempoh itu, SevenCollar T-Shirt melancarkan lagu "Ordinary Life", yang mana lagu tersebut dikeluarkan sebagai single promosi, hampir lima tahun sebelum album itu dikeluarkan. Bagaimanapun, ia digugurkan dari senarai runut terakhir Murder.

Menurut vokalis dan gitaris, Saiful Ridzuan: "Kami berbangga menulis dan menerbitkan album 10-lagu penuh yang semakin berkurangan dalam industri muzik tempatan pada masa kini,".[1] Karya seni untuk album ini dihasilkan oleh Adib Azfar. Roslan Aziz yang sebelum ini menjadi pengadun untuk album Drones (2004), menjadi pengadun untuk album ini.[1] Rakaman album ini siap sepenuhnya pada April 2018.[2] Album ini ditujukan khas kepada pengasas bersama Laguna Music, Jeremy Little yang meninggal dunia pada 2014, iaitu empat tahun sebelum Murder dikeluarkan.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Murder dikeluarkan pada 16 Disember 2018. Dua lagu di dalam album ini dikeluarkan sebagai single–"Lines"[3] dan "Black Rain", majlis pelancaran album ini diadakan di The Bee, Publika dengan salinan album Murder dan poster yang ditandatangani serta pelekat edisi terhad. Kemeja t dan beg galas edisi terhad juga dijual semasa pelancaran.[1]

Menurut Zin Ahmadi dalam ulasan retrospektif beliau untuk Awful Track Record, "Murder ialah sebuah album yang mempunyai banyak janji konseptual".[4]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Kesemua runut ditulis dan digubah oleh SevenCollar T-Shirt dengan lirik oleh Saiful Ridzuan.

No.TajukMasa
1."Lines"4:01
2."Black Rain"3:00
3."Chains"4:07
4."Killing Time"3:37
5."Miracles"3:56
6."The Flaw"4:28
7."A Long Way Home"4:04
8."No Authority"3:21
9."Here And Now"3:08
10."Elastic"3:51
Jumlah masa: 37:54


Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 16 Disember 2018 Muat turun digital[5]
Penstriman digital[6]
Laguna Music

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Diperoleh dari catatan media album:[7]

Ahli kumpulan
  • Saiful Ridzuan - vokal, gitar
  • Muhammad - gitar
  • Keng Lee - bes
  • Adil Halim - dram, genderang
Pemuzik tambahan
  • Jason Voo - papan kekunci
  • Heartbeat Drumsticks
Penerbitan
  • Jeffrey Little - penerbit, suntingan instrumen, pengaturcaraan, jurutera
  • Seven Collar T-Shirt - penerbit bersama
  • Jeffrey Little di Greenhouse Studio, Ampang, Selangor, Malaysia - rakaman
  • Saiful Ridzuan - pembantu jurutera, penerbitan
  • Roslan Aziz - pengadun
  • John Webber - mastering
  • Adib Azfar - pereka kulit album
  • Shafiq Khairy - fotografi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Aida Kamal (6 Disember 2018). SevenCollar T-Shirt return to the music scene with Murder Masses.com.my. Dicapai pada 6 Mac 2012.
  2. ^ Budiey (22 Januari 2018). Seven Collar T-Shirt lancar single terbaru berjudul Lines Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Jun 2018.
  3. ^ Seven Collar T-Shirt kembali dengan “Lines” Suria FM (21 Januari 2018). Dicapai pada 27 Jun 2018.
  4. ^ Zin Ahmadi (7 Februari 2019). ALBUM REVIEW: 'Murder' - SevenCollar T-Shirt Awful Track Record. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  5. ^ "Murder by Seven Collar T-Shirt". iTunes Store (MY). Apple. 16 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  6. ^ "Murder - album by SevenCollar T-Shirt". Spotify. 16 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  7. ^ Murder (catatan media). SevenCollar T-Shirt. Laguna Music. 2018.CS1 maint: others (link)