Drones

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Drones
Album studio oleh Seven Collar T-Shirt
Dikeluarkan pada1 November 2004[1]
Dirakam pada2003-2004
GenreHard rock, rock progresif
BahasaInggeris
SyarikatLaguna Records, Universal Music Malaysia
PenerbitJeffrey Little, Roslan Aziz
Kronologi Seven Collar T-Shirt
Freeway, Dreaming & Broke
(2002)
Drones
(2004)
The Great Battle
(2009)
Single daripada album Drones
  1. "Faith"
    Dikeluarkan pada: 2004
  2. "War Is Over"
    Dikeluarkan pada: 2004
  3. "Summary"
    Dikeluarkan pada: 2004

Drones merupakan album studio kedua oleh kumpulan muzik rock Malaysia, Seven Collar T-Shirt. Ia dikeluarkan pada 1 November 2004 oleh Laguna Records dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Album ini merupakan album pertama kumpulan ini bersama Laguna Music dan satu-satunya album Seven Collar T-Shirt yang mempunyai lagu dengan tajuk sama.[2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Selepas berjaya dengan album sulung, Freeway, Dreaming & Broke (2002), Seven Collar T-Shirt meninggalkan syarikat rakaman lama mereka, I Seek Music dan mengikat kontrak bersama Laguna Records. Rakaman album Drones bermula pada awal 2004.[2] Album ini menandakan kerjasama sulung kumpulan ini bersama penerbit rakaman, Roslan Aziz yang berkhidmat sebagai pengadun. Proses mastering dilakukan oleh Joe Gastwirt di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.[2]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Untuk mempromosikan Drones, tiga lagu di dalam album ini dikeluarkan sebagai single–"Faith", "War Is Over" dan "Summary". "Summary" menduduki nombor 1 di carta radio ROTTW dan nombor 2 di carta Malaysian Top 10 hitz.fm, "Faith" dinamakan sebagai lagu yang paling banyak diundi selama 2 tahun berturut-turut oleh majalah ROTTW dan KLue. "The Works" dikeluarkan di Filipina dan menduduki nombor 3 di carta NU107 FM.[3]

Dalam ulasan retrospektif mengenai album ini, Kevin Soo dari The Star Online berkata: "Secara liriknya, Drones lebih tekankan sisi gelap dalam nadanya, menarik intisari (jika tidak spesifik) nuansa hidup, sambil cuba menikmati yang luar biasa yang akan ditemui di tengah-tengahnya."[4]

Seven Collar T-Shirt dalam satu temuramah oleh The Star pada Februari 2014 menyifatkan Drones sebagai "satu tempoh yang tenang dan menyeronokkan di studio".[5] Album ini dikeluarkan semula pada 2009 dengan tajuk Drones: UK Limited Release untuk edaran di United Kingdom, ia memuatkan empat lagu versi secara langsung dan akustik. Bersempena ulang tahun ke-10 album Drones, Seven Collar T-Shirt mengadakan persembahan khas di No Black Tie pada 6 Februari 2014.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

Semua lagu ditulis dan digubah oleh SevenCollar T-Shirt dengan lirik oleh Saiful Ridzuan. 

No. Tajuk Masa
1. "Renaldo Moon"   2:33
2. "Brand New Number One"   2:48
3. "The Boohoorah Theory"   2:13
4. "Faith"   4:23
5. "War Is Over"   4:40
6. "People Under The Pillow"   1:26
7. "In Hiding (Like A Child)"   3:25
8. "The Works"   3:42
9. "Summary"   2:56
10. "Chemicals"   4:58
11. "Drones"   2:26

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 1 November 2004 Muat turun digital[1]
Penstriman digital[6]
Laguna Records, Universal Music Malaysia

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Diperoleh dari catatan media album:[7]

  • Jeffrey Little & SCTS - penerbit
  • Jeffrey Little di Greenhouse Studio, Ampang, Selangor, Malaysia - rakaman
  • Roslan Aziz di Roslan Aziz Productions - pengadun
  • Joe Gastwirt di Joe Gastwirt Mastering, Los Angeles, California, AS - mastering
  • Ham Abdullah - penata seni
  • Sandwich, Jennifer Ono & Jeremy Little - pereka kulit album
  • Jennifer Ono - cenderamata
  • Jeffrey & Jeremy Little, Adlin Rosli & Jennifer Ono - fotografi

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 Anugerah Industri Muzik ke-12 Album Inggeris Tempatan Terbaik Drones Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Drones". iTunes Store (MY). Apple. 1 November 2004. Dicapai 1 Disember 2018. 
  2. ^ a b c Zack Yusoff (21 Januari 2005). Seven Collar T-Shirt makes a difference with second album The Star Online. Diperoleh pada 6 Mac 2010.
  3. ^ SevenCollar T-Shirt: Drones Laguna Music. Dicapai pada 17 Jun 2013.
  4. ^ Kevin Soo (12 Mac 2010). Back in black The Star Online. Dicapai pada 13 Mei 2014.
  5. ^ Sevencollar T-shirt revisits a classic The Star Online (4 Februari 2014). Dicapai pada 13 Mei 2014.
  6. ^ "Drones - album by SevenCollar T-Shirt". Spotify. 1 November 2004. Dicapai 1 Disember 2018. 
  7. ^ Drones (catatan media). SevenCollar T-Shirt. Laguna Music. 2004. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]