Roslan Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Roslan Aziz
Roslan aziz02.jpg
Latar belakang
Nama lahirRoslan bin Abdul Aziz Saad Ismail
Kelahiran (1961-10-23) 23 Oktober 1961 (umur 57)
Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
GenrePop Malaysia, Pop, Jazz, R&B, Balada
PekerjaanPemuzik, jurutera muzik, penerbit rakaman, penggubah lagu
InstrumenKeyboard, pensintesis, perkusi
Tahun aktif1978–kini
Syarikat rakaman
Roslan Aziz Productions

Roslan bin Abdul Aziz Saad Ismail atau lebih dikenali sebagai Roslan Aziz (lahir 23 Oktober 1961)[1] merupakan seorang penerbit dan jurutera muzik Malaysia. Beliau juga merupakan tokoh yang mengembangkan bakat penyanyi-penyanyi berkaliber seperti Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yusoff, Prema, Zubir Ali, Atilia dan ALI, pasangan pemuzik yang dianggotai Roslan sendiri dan komposer Mukhlis Nor.

Beliau merupakan pengasas dan pemilik syarikat rakaman pertama Malaysia, Roslan Aziz Productions (R.A.P), yang mencetuskan minat dari luar negara, R.A.P. membawa industri muzik tempatan selangkah ke hadapan, bukan sahaja menggegarkan persada muzik serantau, malah di arena seni hiburan di Jepun, Eropah dan Amerika Selatan. Biarpun telah menerbitkan hanya 15 album dalam jangka masa 15 tahun, nanum kejayaan yang dicapai RAP tetap berdiri teguh. Mengutamakan mutu tanpa mengenal bilangan untuk setiap terbitannya, Roslan berupaya memperoleh pengiktirafan dan penghargaan dari dalam dan luar negara, kerana hasil-hasilnya yang berbunyi unik yang diasah dengan sempurna.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Roslan berkahwin sebanyak tiga kali.[2] Beliau berkahwin dengan penyanyi Sheila Majid pada 1989 dan dikurniakan dua anak - Wan Nur Khaleda Aziz (lahir 1991) dan Megat Abdul Majid Aziz (lahir 1994). Pasangan ini bercerai pada 2000. Roslan kemudian berkahwin dengan Sopphilea Abd Hamid pada 2001 dan dikurniakan dua orang anak lelaki - Megat Ali Aziz pada tahun 2002 dan Megat Zayn Hamza Aziz pada tahun 2008. Pada tahun 2002, Roslan berkahwin dengan Hana Jamaluddin dan dikurniakan seorang anak Wan Aisha Aziz pada tahun 2003. Roslan dan Hana bercerai pada tahun 2007. Roslan kini tinggal di Kampong Datuk Keramat bersama isteri Sopphilea dan anak-anak Megat Ali dan Megat Zayn bersama bapanya Aziz Saad setelah bonda beliau Almarhum Sharifah Aisha Syed Abd Rahman AlAttas pulang ke Rahmahtullah.[perlu rujukan]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mengadakan konsert berbayar terbesar di Malaysia iaitu Konsert Ikhlas di Stadium Merdeka pada 25 Disember 1992. Konsert yang membariskan artis-artis RAP dihadiri lebih 45,000 orang penonton.[3][4]

Roslan juga menyandang tugas sebagai pengkritik rancangan Malaysian Idol dan beliau berkata, "Malaysian Idol bagaikan Sukan Olimpik bagi artis muda yang berharap agar dapat bersaing di pentas dunia dan saya amat berbangga kerana terpilih sebagai salah seorang pengkritik Malaysian Idol".[perlu rujukan]

Beliau juga telah terpilih untuk menjadi pengetua bagi Akademi Fantasia Musim 5.[perlu rujukan]

Pada 2005, Roslan menerbitkan lagu ciptaan Ajai bejudul "Ku Seru" nyanyian Misha Omar untuk runut bunyi filem Pontianak Harum Sundal Malam II.[perlu rujukan]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Antara pelbagai anugerah yang pernah dimenangi oleh Roslan ialah:

  • Album Terbaik untuk album Gamal di AIM pada tahun 1995
  • Album Terbaik untuk album RATU di AIM pada tahun 1996
  • Album Terbaik untuk album Emosi di Anugerah BASF di Indonesia (1987)
  • 'Most Promising Producer' pada Anugerah Penerbitan Muzik atau (Music Producers Awards) di Amerika Syarikat (2002).

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Roslan juga berlakon dalam siri drama Internet buatan Malaysia pertama, Kerana Karina, memegang watak Dato Ross, seorang pengurus syarikat rakaman seperti diri Roslan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]