Mustafa b. Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia

KJP Datuk Mustafa bin Osman
Komisioner Jeneral Penjara
Dalam jawatan
17 Oktober 2001 – 1 Jun 2009
Didahului olehDatuk Omar b. Dan
Digantikan olehDato' Seri Zulkifli b. Omar
Butiran peribadi
Lahir (1954-08-21) 21 Ogos 1954 (umur 69)
Pontian, Johor

Datuk Mustafa b. Osman telah dilahirkan pada 21 Ogos 1954 di Pontian, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Temenggung Abd. Rahman dan kemudian pendidikan menengah di Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Kemasyarakatan (1974-1979).

Datuk Mustafa b. Osman merupakan bekas Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang dilantik bagi menggantikan Datuk Omar b. Mohamed Dan. Datuk Mustafa bertugas sebagai Komisioner Jeneral Penjara dari 17 Oktober 2001 - 1 Jun 2009. Beliau kemudinnya digantikan oleh Datuk Wira Zulkifli b. Omar.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya beliau bermula di Jabatan Penjara pada tahun 1980 dan setelah menjalani latihan asas, beliau telah ditempatkan di Pusat Latihan Pegawai Penjara dengan memegang jawatan Timbalan Penguasa Penjara (KX5) sehingga tahun 1983. Pada tahun yang sama, belaiu telah ditukarkan ke Penjara Marang dan bertugas di sana sehingga tahun 1986. Beliau telah dipilih mengikuti Kursus Diploma Sains Pengurusan, INTAN mulai daripada 5 Mac 1984 hingga 19 Jan 1985.

Pada tahun 1986, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Penguasa Penjara (KX4) dan ditukarkan ke Maktab Penjara Malaysia. Dalam tahun 1987, beliau telah dihantar berkursus "The Treatment of Offenders" di bawah Rancangan Colombo di Jepun selama 3 bulan. Sekembali dari Jepun, beliau dinaikkan pangkat ke jawatan Pengarah Penjara (Tingkatan Tertinggi G) dan bertugas di Bahagian Keselamatan, IPPM. Pada pertengahan tahun 1988, beliau telah menghadiri Kursus Methodologi Latihan Antarabangsa di INTAN.

Pada tahun 1990, beliau menjadi Pegawai Yang Menjaga Penjara Johor Bahru dengan jawatan Pengarah Penjara (Tingkatan Tertinggi G) sehingga tahun 1993. Kemudian dalam tahun yang sama, ditukarkan kembali ke IPPM menjadi Pengarah Bahagian Latihan. Pada tahun 1994, beliau telah dinaikkan pangkat ke Pengarah Penjara (Tingkatan Tertinggi F) dan menerajui Bahagian Keselamatan sehinggalah dilantik menjadi Timbalan Komisioner Jeneral Penjara.

Pada 16 Oktober 2001, beliau telah secara rasminya dilantik sebagai Komisioner Jeneral Penjara sehingga persaraannya pada tahun 2009.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Komisioner Jeneral Penjara
2001 – 2009
Penyandang Kemudian
Datuk Omar b. Mohamed Dan Dato' Seri Zulkifli b. Omar