Muzium Petroleum, Sarawak
Pintu masuk muzium | |
![]() | |
| Maklumat am | |
|---|---|
| Ditubuhkan | 20 Mei 2005 |
| Maklumat geografi | |
| Lokasi | |
| Koordinat | 4°23′16″U 113°59′54″T / 4.38778°U 113.99833°T |
| sunting | |

Muzium Petroleum terletak di atas bukit Kanada, Bandaraya Miri, Sarawak, Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Menurut sejarah pada masa dahulu, di antara tahun 70-an dan 80-an, kawasan ini merupakan kawasan setinggan yang rata-ratanya didiami oleh golongan pendatang dan penduduk tempatan dengan aktiviti perlombongan yang giat dijalankan.
Pada masa dahulu, semasa era pendudukan Jepun, tapak perlombongan Miri pernah dibom oleh pihak british bagi melumpuhkan pergerakan dan kekuatan tentera Jepun di Miri.
Pelbagai lagi sejarah yang dikaitkan dengan tapak petroleum Miri ini memandangkan tapak ini merupakan tapak petroleum yang pertama di Malaysia.
Namun, pada masa kini kawasan ini berubah wajah. Tempat ini telah dinaiktaraf sebagai satu tinggalan dan warisan berharga untuk negara.
Pameran
[sunting | sunting sumber]Muzium ini kemudiaannya diselia dibawah Jabatan Muzium Negeri Sarawak di Kuching.
Dihadapan muzium ini terdapat kawasan yang pernah dijadikan kawasan perlombongan yang dikenali kini sebagai the Grand Old Lady.[1] The Grand Old Lady ini merupakan sebagai telaga minyak yang pertama di Malaysia. Kawasan petroleum ini digelar sebagai The Grand Old Lady kerana ianya merupakan tapak perlombongan minyak yang pertama seumpamanya di rantau ini khususnya di Malaysia dan menjadi induk kepada kesemua telaga minyak di Malaysia khususnya. The Grand Old Lady adalah pelantar minyak pertama kali ditemui dan didirikan di Miri.
The Grand Old Lady juga adalah salah satu monumen sejarah di Miri dan merupakan tapak asal Muzium Petroleum di Miri. Selain itu juga, The Grand Old lady Miri juga merupakan tugu terkenal yang telah menghasilkan tong dan tong minyak untuk jangka masa 62 tahun iaitu dari tahun 1910 hingga tahun 1972.
Muzium Petroleum Miri ini dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada 20 Mei 2005.[2] Pembukaan Muzium ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Dato Seri Taib Bin Mahmod. Selepas pembukaannya, Muzium petroleum ini mula dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin dan setiap cuti umum. Muzium petroleum ini juga dibuka dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang dan yuran kemasukan adalah percuma.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Oil Well no.1 - Also known as the 'Grand Old Lady'". Miri, Sarawak (dalam bahasa Inggeris). 2006-01-15. Dicapai pada 2025-06-27.
- ^ "Petroleum Museum, Miri | Location Map | Sarawak Tourist & Travel Guide | Malaysia". sarawak.attractionsinmalaysia.com. Dicapai pada 2025-06-27.
- ^ "Petroleum Museum Sarawak - Miri". Malaysia Traveller. Dicapai pada 2025-06-27.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Muzium Petroleum, Sarawak |

