NGC 4449

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
NGC 4449
NGC 4449
Imej NGC 4449 daripada Teleskop Angkasa Hubble
Kredit: HST/NASA/ESA
Data pemerhatian (epok J2000)
Buruj Anjing Pemburu[1]
Jarak hamal 12j 28m 11.9s[2]
Keserongan ±00° 00′ 00″
Anjakan merah +44° 05′ 40″[2]
Dimensi ketara (V) 6′.2 × 4′.4[2]
Magnitud ketara (V) 10.0[2]
Halaju jejarian 207 ± 4 km/s[2]
Jisim 0×100 M
Ciri-ciri
Jenis IBm[2]
Jarak ~12 Mly (~ 3.6 Mpc)[2]
Nama lain
UGC 7592,[2] PGC 40973,[2] Caldwell 21
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

NGC 4449 (juga dikenali sebagai Caldwell 21) merupakan satu galaksi tak nalar dalam buruj Anjing Pemburu (Canes Venatici). Ia terletak kira-kira 12 juta tahun cahaya jauhnya dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan M94, sebuah kumpulan galaksi berada agak dekat dengan Kumpulan Tempatan.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Galaksi ini adalah serupa dari segi saiz dan kecerahan serta sering kali dibandingkan dengan galaksi satelit Bima Sakti, Awan Magellan Besar (LMC).[3] NGC 4449 mempunyai bentuk bar umum dengan gugusan bintang biru muda yang bertaburan.

Galaksi letusan bintang[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti LMC, NGC 4449 bagaimanapun dianggap sebagai galaksi letusan bintang kerana kadar pembentukan bintangnya yang tinggi[4] dan termasuk beberapa gugusan bintang muda dan besar,[5][6] di mana salah satu daripadanya adalah pusat galaksi.[7]

NGC 4449 dikelilingi oleh selubung hidrogen neutral besar yang menjangkau kawasan seluas 75 minit arka (14 kali ganda lebih besar daripada garis pusat optik galaksi). Selubung tersebut menunjukkan herotan dan ketaknalaran yang mungkin disebabkan oleh interaksi dengan galaksi berdekatan.[8]

Interaksi dengan galaksi berdekatan dianggap telah mempengaruhi pembentukan bintang di NGC 4449 dan sememangnya pada tahun 2012 dua galaksi kecil telah ditemui berinteraksi dengan galaksi ini iaitu sferoid kerdil terganggu berkecerahan rendah dengan jisim najam yang sama seperti halo NGC 4449 tetapi dengan nisbah jisim gelap ke jisim najam di antara 5 dan 10 kali ganda daripada NGC 4449[9] serta gugusan globul yang amat leper dengan ekor bintang muda, yang mungkin nukleus bagi galaksi yang kaya dengan gas.[10] Kedua-dua satelit nampaknya telah diganggu oleh NGC 4449 dan kini diserap olehnya.[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ R. W. Sinnott, editor (1988). The Complete New General Catalogue and Index Catalogue of Nebulae and Star Clusters oleh J. L. E. Dreyer. Sky Publishing Corporation and Cambridge University Press. ISBN 0-933346-51-4. 
  2. ^ a b c d e f g h i "NASA/IPAC Extragalactic Database". Results for NGC 4449. Dicapai 13 Julai 200.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ Karachentsev, Igor D.; Karachentseva, Valentina E.; Huchtmeier, Walter K.; Makarov, Dmitry I. (2003). "A Catalog of Neighboring Galaxies". Jurnal Astronomi. 127 (4): 2031–2068. Bibcode:2004AJ....127.2031K. doi:10.1086/382905. 
  4. ^ Annibali, F.; Aloisi, A.; Mack, J.; Tosi, M.; van der Marel, R. P.; Angeretti, L.; Leitherer, C.; Sirianni, M. (2008). "Starbursts in the Local Universe: New Hubble Space Telescope Advanced Camera for Surveys Observations of the Irregular Galaxy NGC 4449". Jurnal Astronomi. 135 (5): 1900–1916. Bibcode:2008AJ....135.1900A. doi:10.1088/0004-6256/135/5/1900. 
  5. ^ Reines, Amy E.; Johnson, Kelsey E.; Goss, W. M. (2008). "Emerging Massive Star Clusters Revealed: High-Resolution Imaging of NGC 4449 from the Radio to the Ultraviolet". Jurnal Astronomi. 135 (6): 2222–2239. arXiv:0804.0005Boleh diakses secara percuma. Bibcode:2008AJ....135.2222R. doi:10.1088/0004-6256/135/6/2222. 
  6. ^ Larsen, Søren S.; Brodie, Jean P.; Hunter, Deidre A. (2004). "Dynamical Mass Estimates for Five Young Massive Stellar Clusters". Jurnal Astronomi. 128 (5): 2295–2305. arXiv:astro-ph/0407373Boleh diakses secara percuma. Bibcode:2004AJ....128.2295L. doi:10.1086/424538. 
  7. ^ Böker, Torsten; van der Marel, Roeland P.; Mazzuca, Lisa; Rix, Hans-Walter; Rudnick, Gregory; Ho, Luis C.; Shields, Joseph C. (2001). "A Young Stellar Cluster in the Nucleus of NGC 4449". Jurnal Astronomi. 121 (3): 1473–1481. arXiv:astro-ph/0010542Boleh diakses secara percuma. Bibcode:2001AJ....121.1473B. doi:10.1086/319415. 
  8. ^ Bajaja, E.; Huchtmeier, W. K.; Klein, U. (1994). "The extended HI halo in NGC 4449". Astronomi dan Astrofizik. 285: 385–388. Bibcode:1994A&A...285..385B. 
  9. ^ a b Martínez-Delgado, David; Romanowsky, Aaron J.; Gabany, R. Jay; Annibali, Francesca; Arnold, Jacob A.; Fliri, Jürgen; Zibetti, Stefano; van der Marel, Roeland P.; Rix, Hans-Walter; Chonis, Taylor S.; Carballo-Bello, Julio A.; Aloisi, Alessandra; Macciò, Andrea V.; Gallego-Laborda, J.; Brodie, Jean P.; Merrifield, Michael R. (2012). "Dwarfs Gobbling Dwarfs: A Stellar Tidal Stream around NGC 4449 and Hierarchical Galaxy Formation on Small Scales". Warkah Jurnal Astrofizik. 748 (2). arXiv:1112.2154Boleh diakses secara percuma. Bibcode:2012ApJ...748L..24M. doi:10.1088/2041-8205/748/2/L24. 
  10. ^ a b Annibali, F.; Tosi, M.; Aloisi, A.; van der Marel, R. P.; Martinez-Delgado, D. (2012). "Cluster 77 in NGC 4449: The Nucleus of a Satellite Galaxy Being Transformed into a Globular Cluster?". Warkah Jurnal Astrofizik. 745 (1). arXiv:1111.5861Boleh diakses secara percuma. Bibcode:2012ApJ...745L...1A. doi:10.1088/2041-8205/745/1/L1. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]