Nadia Comaneci
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Nadia Comăneci (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Comaneci sedang berlatih pada 1977 | ||
Rekod pingat | ||
---|---|---|
1976 Montréal | All-around | |
1976 Montréal | Uneven bars | |
1976 Montréal | Balance beam | |
1980 Moscow | Balance beam | |
1980 Moscow | Floor exercise | |
1976 Montréal | Team competition | |
1980 Moscow | Team competition | |
1980 Moscow | All-around | |
1976 Montréal | Floor exercise | |
Kejohanan Dunia | ||
1978 Strasbourg | Balance Beam | |
1979 Ft. Worth | Team | |
1978 Strasbourg | Team | |
1978 Strasbourg | Vault | |
Kejphanan Eropah | ||
1975 Skien | All around | |
1975 Skien | Uneven Bars | |
1975 Skien | Balance Beam | |
1975 Skien | Vault | |
1977 Prague | All around | |
1977 Prague | Uneven Bars | |
1979 Copenhagen | All around | |
1979 Copenhagen | Vault | |
1979 Copenhagen | Floor Exercise | |
1975 Skien | Floor Exercise | |
1977 Prague | Vault | |
1979 Copenhagen | Balance Beam |
Nadia Elena Comaneci (Tulisan Jawi: ناديا ايلينا كومانچي; lahir 12 November 1961; asalnya Comăneci) ialah ahli gimnastik Romania yang menang lima pingat Sukan Olimpik, dan yang pertama menerima markah sempurna sebanyak 10 markah dalam sukan gimnastik di Sukan Olimpik. Dia dianggap oleh sebahagian sebagai ahli sukan teragung bagi abad ke-20 dan salah seorang ahli gimnastik terbaik sepanjang masa.
Dilahirkan di Onesti, Romania, Comaneci merupakan anak Gheorghe dan Stefania-Alexandrina; dia dinamakan menurut "Nadya", kependekkan "Nadyezhda" ("Harapan"), wirawati dalam filem Rusia.
Kerjaya gimnastik
[sunting | sunting sumber]Comaneci pertama kali bertanding pada peringkat kebangsaan Romania pada tahun 1970, sebagai ahli pasukan bandar tempatannya. Dia kemudiannya dilatih oleh Bela Karolyi dan isterinya Marta, yang kemudian berpaling tadah ke Amerika Syarikat dan menjadi jurulatih kepada ramai ahli gimnastik Amerika Syarikat. Setelah menjadi seorang remaja yang berumur 13 tahun, kejayaan pertama Comaneci adalah pada tahun 1975 di Pertandingan Eropah (European Championships) di Skien, Norway, memenangi tiga pingat emas dan satu perak. Pada pertandingan Pra-Olimpik di Montréal pada tahun 1975, Nadia memenangi gelaran "Keseluruhan" (All-Around). Pada tahun yang sama Associated Press menamakannya sebagai "Atlet Tahun Ini - Athlete of the Year."
Pada usia 14, Comaneci menjadi bintang pada Sukan Olimpik 1976 di Montréal, Québec. Bukan sahaja dia menjadi ahli gimnastik pertama di Sukan Olimpik yang menerima markah penuh 10 markah (yang diulanginya sebanyak 6 kali), dia juga memenangi tiga pingat emas keseluruhan, individu, tiang imbangan (balance beam) dan bar tidak selari), pingat perak untuk (pasukan keseluruhan) dan pingat gangsa untuk senam lantai - floor exercise. Di negaranya, kejayaannya menjadikan dia dinamakan "Hero of Socialist Labor", orang Romania termuda menerima pengiktirafan tersebut. Nadia mendapat 19 markah penuh sebelum ke Montreal.
Comaneci berjaya mempertahankan gelaran keseluruhan pada tahun 1977 tetapi pasukan Romania menarik diri dari bertanding dalam acara akhir apabila terlibat dengan kontrovesi mengenai bantahan pemberian markah. Comaneci yang lebih berat dan tidak cergas hadir di Pertandingan Dunia 1978. Dia terjatuh pada acara bar tidak selari sekaligus beliau menduduki tangga keempat terakhir tetapi memenangi acara alang imbangan (beam title).
Pada tahun 1979, Comaneci yang lebih kurus memenangi gelaran keseluruhan Eropah ketiga berturut-turut menjadi ahli gimnastik pertama lelaki atau perempuan yang melakukannya. Pada Pertandingan Dunia (World Championships) Disember berikut, Comaneci mendahului selepas pertandingan wajib diadakan tetapi dimasukkan ke dalam hospital sebelum dua bahagian pilihan untuk pertandingan berkumpulan akibat keracunan darah akibat luka pada lengannya dari pengikat genggaman besinya. Beliau mengingkari arahan doktor lalu dia meninggalkan hospital dan melengkapkan acara tiang alang di mana dia memungut 9.95 markah. Prestasinya memberikan Romania memenangi pingat emas berpasukan yang pertama.
Dia bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1980 di Moscow, Rusia mendapat tempat kedua keseluruhan di belakang Yelena Davydova. Dalam bukunya "Surat kepada Ahli Gimnastik Muda - Letters To A Young Gymnast", Nadia menjelaskan kekalahannya dengan menulis "Pada hari itu Yelena melakukannya lebih baik". Comaneci mengekalkan gelarannya dalam alang imbangan yang seri untuk pingat emas. Dalam acara senam lantai (floor exercise) pasukan Romania menduduki tempat kedua.
Comaneci bersara dari bertanding sejurus selepas pertandingan ini. Pertandingan utama terakhirnya adalah di Perlawanan Universiti Dunia di Bucharest pada tahun 1981 di mana dia memenangi 5 pingat emas. Bagaimanapun terdapat tuduhan berat sebelah di kalangan hakim kerana Romania diwakili separuh daripada hakim di situ.
Selepas bersara
[sunting | sunting sumber]Antara 1984 dan 1989 dia merupakan ahli Persekutuan Gimnastik Romania - Romanian Gymnastics Federation dan membantu melatih ahli gimnastik muda Romania. Pada November 1989, dia berpaling tadah ke Amerika Syarikat. Comaneci menghabiskan banyak masa melawat, mengiklankan pakaian dan peralatan gimnastik, mengiklankan pakaian dalam Jockey, peralatan aerobik, dan juga sebagai model pakaian perkahwinan. Pada tahun 1994, dia bertunang dengan ahli gimnastik Amerika Syarikat, Bart Conner dan kembali ke Romania untuk kali pertama selepas berpaling tadah. Comaneci dan Conner berkahwin di Romania pada April 1996.
Pada tahun 1999, Comaneci menjadi ahli sukan pertama dijemput ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) untuk merasmikan Tahun 2000 Antarabangsa Sukarelawan. Dia kini sibuk dengan gimnastik dan kerja amal seluruh dunia. Dia dan suaminya memiliki Akademi Gimnastik Bart Conner, Syarikat Pengeluar Sempurna 10 dan beberapa kedai peralatan sukan dan merupakan editor majalah International Gymnast.
Pada 29 Jun 2001, dia menjadi warganegara (naturalized citizen) Amerika Syarikat.
Comaneci merupakan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Olimpik Khas (Special Olympics) Antarabangsa, Presiden Kehormat Persekutuan Giminastik Romania, Presiden Kehormat Jawatankuasa Olimpik Romania, Duta Sukan Romania, Timbalan Presiden Lembaga Pengarah Persatuan Distrofi Otot, dan Ahli bagi International Gymnastics Federation Foundation. Dia menerima dua anugerah Olympic Order daripada IOC. Dia juga telah dimasukkan ke dalam International Gymnastics Hall of Fame.
Pada Disember 2003, buku pertamanya, Letters To A Young Gymnast, diterbitkan. Buku ini merupakan riwayat hidup, menjawab persoalan yang diterimanya melalui surat peminat. Comaneci memulakan klinik amal di Bucharest untuk membantu anak-anak yatim di Romania.
Pada 7 Februari 2006, Comaneci dan suaminya mengumumkan mereka menjangka akan mendapat anak lelaki pada bulan Julai.