Najib Asaddok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Najib Asaddok
Kelahiran
Mohd Najib Bin Asaddok

(1983-04-05) 5 April 1983 (umur 41)
StatusBerkahwin
PekerjaanKetua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd & Momentum Digital Sdn Bhd, Online Rocket Marketing (ORM)
PasanganNuruliyzah Binti Rahiman

Mohd Najib Bin Asaddok (lahir 5 April 1983) ialah seorang usahawan yang membantu perniagaan dalam perkhidmatan pemasaran digital. Beliau berasal dari Benut, Pontian, Johor, Malaysia.

Sebagai anak sulung daripada enam orang adik-beradik, Najib Asaddok menghadapi cabaran besar ketika ayahnya kembali ke rahmatullah pada usia beliau 11 tahun.[1] Oleh itu, beliau bersama ibu dan adik-beradik tinggal bersama datuknya di Benut, Pontian, Johor Darul Takzim.

Sejak muda, Najib Asaddok telah menunjukkan minat mendalam dalam dunia perniagaan. Beliau memulakan perniagaan sejak kecil dengan menjual kacang dan membuka kafe siber di rumah. Selain memenuhi minat perniagaan, pendapatan daripada aktiviti perniagaan tersebut digunakan untuk membantu ibunya membesarkan adik-beradik bagi menjamin kehidupan sekeluarganya.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Najib Asaddok mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Benut pada tahun 1990 dan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup pada tahun 1996.

Manakala, dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang, pada Tingkatan 4 beliau akhirnya dapat menyambung pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara, Muar, Johor Darul Takzim.[2]

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Di ketika inilah, minat beliau di dalam perniagaan semakin membuak-buak.Beliau sering berfikir tentang cara untuk mewujudkan sesebuah perniagaan dan memiliki duit sendiri.

Kemudian, pada tahun 2019, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Anglia Ruskin University, UK dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.Semangat dan sifat dahagakan ilmu mendorong Najib Asaddok untuk terus melanjutkan pelajaran tahun demi tahun.

Dan kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Open University Malaysia (OUM) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sejak di zaman universiti lagi, Najib Asaddok telah menceburi bidang perniagaan. Antara bidang perniagaan yang pernah beliau ceburi diketika itu adalah menjual minyak hitam, menjual penapis air, dan menjual berbagai lagi produk kesihatan. Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman, beliau nekad membantu lebih ramai lagi usahawan dengan penubuhan syarikat berikut.

Momentum Internet Sdn Bhd[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2014, Najib Asaddok memulakan langkah berserta ilmu dan pengalaman yang dimilikinya untuk membantu melatih usahawan dalam bidang pemasaran digital.[3]

Pelbagai kelas-kelas yang telah diwujudkan untuk melatih usahawan secara dalam talian dan bersemuka. Antaranya adalah Roket Pemasaran Momentum, Advance Roket Bisnes, Intensif Momentum Pemasaran Internet, Kuasai Pemasaran Digital dan pelbagai lagi.

Momentum Digital Sdn Bhd[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2022, Najib Asaddok telah menubuhkan perkhidmatan menguruskan pemasaran digital di bawah Momentum Digital Sdn Bhd. Penubuhan syarikat ini merupakan hasil dari pengalaman selama 13 tahun dalam memahami cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam mengurus transformasi pemasaran digital.

Momentum Digital Sdn Bhd juga memiliki kepakaran untuk membantu usahawan dalam pengurusan media sosial, pembangunan laman web korporat, pemasaran melalui e-mel, penyusunan saluran pemasaran, dan produksi media.[4]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kini, Najib Asaddok telah pun melatih lebih 85,517[3] peserta sepanjang program yang dijalankan secara dalam talian dan bersemuka. Selain itu, terdapat usahawan yang dibimbing secara dekat di bawah keahlian yang dipanggil Ultimate (pakej tertinggi) dan Platinum.

Selain itu, terdapat sebanyak 80 lebih usahawan keahlian Ultimate dan lebih 1, 900 usahawan dari keahlian Platinum yang telah dibantu beliau secara dekat sehingga jualan mereka meningkat. Portfolio jualan keseluruhan mereka juga telah mencapai sebanyak RM487,606.96 pada tahun 2021.[5]

Disamping itu, Najib Asaddok juga merupakan seorang penulis, antara buku-buku hasil idea, pengetahuan serta pengalaman beliau adalah;

  • Buku Roket Bisnes
  • Buku Momentum Bisnes
  • Buku 33 Benda Saya Nak Cakap
  • Buku Roket Pemasaran Momentum
  • Buku 4 Turbo Copywriting
  • Buku Buat Jer! Segalanya Berubah
  • RACE Strategi Digital Marketing

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dipanggil oleh beberapa pihak seperti Maxis[4], SME Corp, OMNIA USB[5], INSKEN dan juga dari Kerajaan Negeri Johor untuk bekerjasama dalam membantu usahawan-usahawan dari pelbagai industri untuk berkongsi tentang Online & Digital Marketing.

Selain itu, beliau pernah diundang untuk memberikan perkongsian di beberapa badan kerajaan & Universiti seperti MARA, Perbadanan Usahawan Negeri Johor, MRSM, Kolej Komuniti, UPSI, UTM, KUIS dan banyak lagi. Beliau juga ditemuramah beberapa media seperti Harian Metro, Majalah Harmoni, Nasi Lemak Kopi O TV9, Selamat Pagi Malaysia, Astro, Sinar Harian & Majalah Remaja untuk berkongsi pengalaman beliau kepada para usahawan.

Latihan Professional[sunting | sunting sumber]

Najib Asaddok kini sedang melanjutkan pelajaran di dalam Doctor of Business Administration (DBA) di Open University Malaysia (OUM).[6]

Beliau juga telah mendapatkan latihan-latihan untuk membantunya memperolehi maklumat dengan lebih luas bagi meningkatkan kerjaya, pengetahuan dan pengalaman professionalnya.

Antara latihan-latihan yang dijalani beliau adalah;

  • Kursus di Kellog University, Illinois mengenai Strategi Pemasaran Digital: Data, Automasi, Kecerdasan Buatan, dan Analitik.
  • Program sijil dalam pemasaran digital di Kellogg School of Management, Northwestern University.
  • Traffic & Conversion Summit 2018 di San Diego, dan Content & Commercial Summit 2017 di Los Angeles, CA.
  • Menghadiri RISE Conference di Hong Kong, China untuk berinteraksi dengan pakar-pakar industri, menjalin hubungan perniagaan, dan memperoleh pemahaman yang mendalam tentang trend dan inovasi terkini dalam industri teknologi.
  • Program Titanium Premier yang dianjurkan oleh Richworks International Sdn Bhd [7] untuk meningkatkan dan memperluas perniagaan kepada tahap yang lebih tinggi melalui rangkaian pembimbingan, latihan, dan kelas-kelas yang diberikan.

Anugerah Dan Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh beliau sebagai usahawan penggerak kepada inovasi pemasaran digital;

  • Marketing 2.0 - Outstanding Leadership Award Dubai, UAE 2022.[2]
  • OMJ 2021 Icon Award 2021 (Icon Entrepreneurship)[6]
  • The Brandlaureate The World’s First SMEs Best Brand e-Branding 2020[7]
  • Nona Best Media Social Trainer Award 2018[8]
  • 100 Most Influential Youth Entrepreneurs 2017[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]