Maktab Rendah Sains MARA
Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.
Bemula tahun 2002, nisbah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di MRSM adalah 90% bumiputera dan 10% bukan bumiputera. Walau bagaimanapun, hanya MRSM tertentu sahaja mempunyai pelajar bumiputera dan bukan bumiputera. MRSM PKP dan MRSM Ulul Albab hanya mempunyai pelajar bumiputera sahaja.
Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]
Sebelum tertubuhnya institusi MRSM, golongan pelajar di Malaysia menikmati peluang menduduki asrama menerusi Sekolah Berasrama Penuh yang dikelolakan oleh Kementerian Pelajaran pada ketika itu. Menerusi SBP, pelajar akan menduduki peperiksaan SRP (kini dikenali sebagai PMR dan diambilalih oleh PT3) dan juga SPM. Cadangan untuk menubuhkan institusi MRSM mula tercetus sejak tahun 1968[1]. Cadangan ini timbul berikutan kekurangan golongan Bumiputera dalam bidang sains dan teknologi.

MARA mula memperkenalkan MRSM menerusi penubuhan MRSM yang pertama pada tahun 1972 yang dikenali sebagai MRSM Seremban. Ianya dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada ketika itu, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman[2]. Objektif pengenalan MRSM ini adalah untuk menambah bilangan bumiputera profesional yang mampu berdaya saing dalam bidang sains dan teknologi dan dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan dan luar bandar[3]. Seramai 150 orang pelajar yang merupakan kumpulan perintis mendaftar masuk ke MRSM Seremban. Pada tahun 1974 pula, peperiksaan SRP diadakan dan ini merupakan peperiksaan utama pertama kali diadakan di MRSM[4]. Di awal penubuhan MRSM, Lembaga Peperiksaan meletakkan institusi MRSM sebagai sekolah persendirian kerana berpendapat MRSM beroperasi secara berasingan daripada sistem pendidikan Kementerian Pelajaran[4].
Pada tahun 1973, MARA membina MRSM kedua, MRSM Kota Bharu yang terletak di negeri Kelantan. Seramai 149 orang pelajar dan 20 orang kakitangan merupakan kumpulan perintis mendaftar masuk[5]. Manakala, MRSM Kuantan merupakan MRSM ketiga yang telah dibina dan dirasmikan pada tahun 1974[1]. Kumpulan pelajar perintis di MRSM Kuantan ini mula menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Lower Certificate Education (LCE) buat pertama kali pada tahun 1976, dan kumpulan ini berjaya mencatatkan kelulusan penuh 100%[6].
Matapelajaran[sunting | sunting sumber]
Sebelum pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), MARA menggunakan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran[7].
Tingkatan 1-3 | Tingkatan 4-5 |
---|---|
Bahasa Melayu | Bahasa Melayu |
Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris |
Ugama | Ugama |
Ilmu Alam | Ilmu Alam |
Hisab Moden | Hisab Moden |
Sains Panduan | Sains Panduan |
Kreativiti | Fizik |
Muzik | Kimia |
Pendidikan Jasmani | Kajihayat |
Sivik | Perdagangan |
Pendidikan Jasmani | |
Sivik |
Penukaran ke Kolej MARA[sunting | sunting sumber]
MRSM terawal, iaitu MRSM Seremban, MRSM Banting dan MRSM Kulim merupakan MRSM yang dinaiktaraf kepada Kolej MARA. Penaiktarafan ini berlaku kerana pertambahan bilangan MRSM dari masa ke semasa, seperti MRSM Kota Bharu (yang kemudian ditukar nama kepada MRSM Pengkalan Chepa)[8] yang dibuka pada tahun 1973, MRSM Kuantan pada tahun 1974, MRSM Kuala Terengganu telah dibuka pada tahun 1978 dan MRSM Muar telah dibuka pada tahun 1980.
MRSM yang pertama, MRSM Seremban mula menerima pelajar baru bermula pada tahun 1972 sehingga tahun 1985 dan kemudian dinaiktaraf kepada Kolej MARA Seremban pada tahun 1991[2]. MRSM Kulim merupakan MRSM keempat dibina pada tahun 1977 dan mengambil seramai 149 orang pelajar tingkatan 1 sebagai kumpulan perintis. Pada tahun 1994, MRSM Kulim dinaiktaraf dan ditukar nama kepada Kolej MARA Kulim yang kini menjalankan program matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan[9] dan program asasi UniKL. Manakala, MRSM Banting mula dibuka pada tahun 1992 dan dinaiktaraf kepada Kolej MARA Banting pada tahun 1994 yang kini menawarkan program International Baccalaureate[10].
Program Khas Pendidikan MRSM[sunting | sunting sumber]

Program Khas Pendidikan (PKP) merupakan program yang disediakan oleh MRSM Bitara yang telah diiktiraf menghasilkan pelajar yang cemerlang melalui peperiksaan awam dan penglibatan aktif dalam kokurikulum di samping merupakan antara maktab terawal. MRSM Bitara dianggap sebagai maktab paling unggul dalam kalangan sekolah di Malaysia, walaupun maktab lain masih berpeluang menyainginya.
Kebanyakan pelajar yang dipilih untuk kemasukan ke MRSM Bitara biasanya merupakan pelajar yang memperoleh 8A atau 9A dalam Penilaian Menengah Rendah dan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah di samping mendapat keputusan yang cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan aktif dalam bidang kokurikulum. Bagi pelajar yang mengambil PT3, kelayakan minimum ke MRSM PKP adalah 6A 4B. Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menentukan ciri-ciri pengambilan pelajar ke sesebuah MRSM Bitara seperti taraf hidup, penduduk luar bandar, dan anak kakitangan MARA.
MRSM PKP yang pertama adalah MRSM Kulim. Ia melibatkan pengambilan pelajar Tingkatan 4 sesi pengajian 1988/1989. MRSM Kulim menamatkan PKP pada tahun 1991 dan ia dipindahkan ke MRSM Taiping pada tahun 1991. Ini diikuti oleh MRSM Pengkalan Chepa pada tahun 1995, MRSM Tun Ghafar Baba pada tahun 1996, MRSM Tun Dr. Ismail(2010), MRSM Langkawi(2010) dan MRSM Kuantan(2010). MRSM Langkawi pernah menjadi MRSM PKP pada tahun 2001, ditarik balik status PKP pada tahun 2007 sebelum diberikan semula status PKP pada tahun 2010.
MRSM Bitara yang terlibat dalam PKP ialah MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Tun Ghaffar Baba, dan MRSM Taiping. [1] [2] Senarai MRSM PKP adalah seperti berikut:
- MRSM Taiping
- MRSM Pengkalan Chepa
- MRSM Tun Ghafar Baba
MRSM PKP (Taiping,TGB,Pengkalan Chepa) yang hanya mempunyai Tingkatan 4 dan 5 terdiri daripada pelajar MRSM lama dan pelajar sekolah kementerian. Mereka dipilih berdasarkan keputusan PT3 dan UKKM yang dijalankan bagi pelajar MRSM lama dan pelajar sekolah kementerian. MRSM PKP hanya menempatkan pelajar bumiputera sahaja, tidak seperti MRSM lain yang turut mempunyai bangsa lain. Sebelum menerima status MRSM PKP, MRSM Taiping, TGB dan Pengkalan Chepa mempunyai pelajar Menengah Rendah dan Menengah Atas.
Kekeliruan MRSM Bitara dan MRSM PKP[sunting | sunting sumber]
Terdapat pelbagai kekeliruan berhubung status MRSM Bitara dan MRSM PKP. Antaranya:
- MRSM bitara seperti Tun Ghafar Baba, Taiping dan Pengkalan Chepa. Untuk memperoleh taraf Bitara, sekolah tersebut perlu berada dalam kedudukan 3 sekolah terbaik SPM untuk MRSM selama 3 tahun berturut-turut.
- Bitara = Program Khas Pendidikan Tingkatan 4 dan 5 sahaja
- Bitara ada 6 = TGB, Taiping, TDI, Kuantan, Pengkalan Chepa, Langkawi.
- MRSM Bitara = TGB, Taiping, Pengkalan Chepa PKP = Kuantan, Langkawi, TDI, TGB, Taiping, Pengkalan Chepa Bitara = MRSM yang hanya ada Tingkatan 4 and 5 sahaja and PKP adalah MRSM yang mendapat "top 5 SPM" bagi setiap tahun.
Maksud sebenar MRSM Bitara dan MRSM PKP(Program Khas Pendidikan)[sunting | sunting sumber]
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah).MARA (BPLM) telah melakukan inovasi dalam sistem pendidikan MRSM di samping mengambil input yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara inovasi yang diperkenalkan oleh BPM dalam sistem pendidikan MRSM ialah dengan mengambil dan mengadaptasi model pendidikan pintar cerdas (gifted) iaitu Schoolwide Enrichment Model (SEM) yang diperkenalkan oleh Joseph Renzulli (1988) supaya selari dengan keperluan sistem pendidikan Malaysia yang bersandarkan Falsafah Pendidikan Negara. (Prospektus MRSM/ Kolej MARA, 2000 dan MARA, 2001).
MRSM yang menjalankan program SEM dikenali sebagai MRSM BITARA atau MRSM PKP yang menjalankan Program Khas Pendidikan. Hal ini sekali gus menjadikan MRSM lain yang terdapat dalam sistem pendidikan MARA dikenali sebagai MRSM Bukan BITARA (MRSM BB). Pengenalan konsep MRSM BITARA merupakan satu gerak usaha yang strategi untuk mempertingkat keberkesanan dan produktiviti MRSM sebagai pusat pembangunan insan dan sumber manusia Bumiputera yang “unggul” serta “terbeza” (Prospektus MRSM/ Kolej MARA, 2000).
MRSM yang terpilih menjadi MRSM BITARA/PKP ialah:
- Tun Ghafar Baba
- Taiping
- Pengkalan Chepa
Sistem pendidikan[sunting | sunting sumber]
Terdapat enam jenis sistem pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM. Setiap institusi MRSM hanya menjalankan satu program sahaja. Sebelum pengenalan kepada program khusus, kesemua MRSM hanya menjalankan program pendidikan biasa di mana mereka menggunakan kurikulum KBSM dan khas MARA sebagai kurikulum piawai. Walaupun terdapat beberapa sistem pendidikan yang berbeza, sistem-sistem ini masih lagi berasaskan kepada kurikulum KBSM dan MARA[11].
Setakat tahun 2017, sistem pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM adalah:
- Pendidikan biasa
- IGCSE
- Ulul Albab
- International Baccalaureate Middle Years Programme
- Teknikal
- Sains Keusahawanan
Program Sains Keusahawanan merupakan sistem pendidikan terbaru yang ditawarkan MARA di mana MRSM Imtiaz YT Ketengah merupakan MRSM perintis untuk program ini. Manakala, hanya MRSM Bentong sahaja yang menawarkan program Teknikal. Sebahagian besar daripada MRSM di seluruh Malaysia menjalankan sistem pendidikan biasa.
Pendidikan biasa[sunting | sunting sumber]
Bagi institusi MRSM yang tidak menjalankan program khusus, pelajar ditawarkan dengan pendidikan biasa, iaitu menggunakan kurikulum piawai yang digunakan Kementerian Pendidikan Malaysia (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, KBSM) serta kurikulum khas yang dibentuk MARA. Ianya terdiri daripada dua fasa iaitu peringkat menengah rendah (tingkatan 1-3) dan menengah atas (tingkatan 4-5). Setiap fasa dipecahkan lagi kepada beberapa subjek iaitu subjek teras di mana pelajar wajib mengambil subjek ini dalam peperiksaan utama dan subjek khas iaitu antara kurikulum khas di bawah program SPMRSM[12].
Pelajar juga ditawarkan dengan pilihan badan beruniform, persatuan atau kelab dan sukan/permainan di bawah program ko-kurikulum. Di bawah kurikulum khas MARA, pelajar didedahkan dengan beberapa aktiviti berteraskan pembelajaran dan daya kreativiti seperti Minggu Kerjaya, Tunas Saintis dan Olympiad Matematik[13].
Tingkatan | Semester | Kurikulum KBSM | Peperiksaan |
---|---|---|---|
Tingkatan 1 | Semester 1 | KBSM (menengah rendah) | |
Semester 2 | |||
Tingkatan 2 | Semester 1 | ||
Semester 2 | |||
Tingkatan 3 | Semester 1 | ||
Semester 2 | Ujian PT3 | ||
Tingkatan 4 | Semester 1 | KBSM (menengah atas) | |
Semester 2 | |||
Tingkatan 5 | Semester 1 | Peperiksaan Percubaan SPM MRSM | |
Semester 2 | Peperiksaan SPM |
IGCSE[sunting | sunting sumber]
Sistem pendidikan IGCSE merupakan sistem pendidikan dwi-sijil yang diperkenalkan oleh MARA. Mula diperkenalkan pada sekitar tahun 2011 dengan MRSM Tun Abdul Razak merupakan MRSM perintis untuk program ini. Menerusi program ini, pelajar ditawarkan dengan dua sijil pendidikan pra-universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Cambridge IGCSE (International General Certificate of Secondary Education). Setakat tahun 2017, terdapat 15 buah MRSM yang menawarkan program ini, di mana MARA mensasarkan 45 buah MRSM di seluruh Malaysia bakal melaksanakan program ini[14].
Dalam program IGCSE, pelajar akan mempelajari dua jenis kurikulum iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang merupakan kurikulum piawai untuk pendidikan menengah di Malaysia serta kurikulum Cambridge Antarabangsa. Pelajar akan mengambil empat jenis peperiksaan seperti berikut:
- Peperiksaan Cambridge checkpoint
- Peperiksaan PT3
- Peperiksaan IGCSE
- Peperiksaan SPM
Secara umumnya, pelajar yang mengambil program IGCSE akan melalui fasa pendidikan seperti berikut:
Tingkatan | Semester | Kurikulum IGCSE | Kurikulum KBSM | Peperiksaan |
---|---|---|---|---|
Tingkatan 1 | Semester 1 | Silibus Menengah Rendah Cambridge | KSSM | |
Semester 2 | ||||
Tingkatan 2 | Semester 1 | |||
Semester 2 | IGCSE Checkpoint | |||
Tingkatan 3 | Semester 1 | |||
Semester 2 | Ujian PT3 | |||
Tingkatan 4 | Semester 1 | Silibus IGCSE | KSSM | |
Semester 2 | Peperiksaan IGCSE | |||
Tingkatan 5 | Semester 1 | |||
Semester 2 | Peperiksaan SPM |
Bagi pelajar MRSM-IGCSE, mereka mempunyai kelebihan untuk mengambil peperiksaan IGCSE di akhir Tingkatan 4 dan peperiksaan SPM ketika di Tingkatan 5. Sijil IGCSE boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi seperti A level di United Kingdom atas tajaan sendiri.
Ulul Albab[sunting | sunting sumber]
Sistem pendidikan Ulul Albab (atau dikenali sebagai SPMRSM Ulul Albab) merupakan sistem pendidikan yang berteraskan kepada pengajian Islam. Idea untuk memperkenalkan sistem pendidikan berteraskan Islam ini datangnya dari Datuk Seri Idris bin Jusoh[15]. Pada tahun 2009, MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai SPMRSM Ulul Albab yang pertama, diikuti MRSM Gemencheh pada tahun 2010, MRSM Kepala Batas pada tahun 2011 dan MRSM Sungai Besar pada tahun 2016. Menerusi program ini, pelajar akan didedahkan kepada kurikulum sedia ada yang digunakan dalam pendidikan biasa, dan ditambah dengan beberapa subjek berkaitan pengajian Islam. Menerusi program Ulul Albab, terdapat tiga ciri utama yang akan dipupuk[15].
Quranik
Pelajar mampu menghafal Al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam masa tiga tahun serta memahami isi kandungannya.
Ensiklopedik
Pelajar mampu berkomunikasi dalam beberapa bahasa asing yang lain seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Arab dan Bahasa Jepun
Ijtihadik
Pelajar mampu memberikan pandangan dan buah fikiran dalam menjawab persoalan-persoalan ummah serta berfikiran kreatif.
MARA kini sedang dalam perancangan untuk membuka beberapa lagi MRSM Ulul Albab yang baru[16].
MRSM Teknikal[sunting | sunting sumber]
Dalam bengkel Rancangan Malaysia ke-11(MARA), satu daripada inisiatif yang dicadangkan ialah supaya MARA mengambil langkah memperkenalkan subjek teknikal di MRSM. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) menyediakan satu kurikulum teknikal yang selari dengan program pendidikan menengah yang berkualiti kepada pelajar MRSM. Dalam usaha untuk merealisasikan program ini, MRSM Bentong telah dipilih sebagai MRSM Teknikal pertama. MRSM Bentong akan dijadikan Pusat Pembelajaran Teknikal dan Robotik MRSM dengan mengaplikasikan modul Sains Kejuruteraan seawal Tingkatan 1 di samping penggunakan peralatan makmal yang canggih.
Kurikulum
Kurikulum asas Menengah rendah dan menengah atas seperti MRSM lain, cuma terdapat tambahan subjek bagi MRSM Teknikal :
i. Menengah Rendah : Sains Kejuruteraan
Modul pengajiannya lebih kepada penerokaan teknikal dari segi minat, asas kemahiran, kerja tangan dan budaya. Pendedahan awal pada bidang robotik, pengaturcaraan komputer dan teknikal.
ii. Menengah Atas :
a. Lukisan Kejuruteraan - diwajibkan (modul asas & autocad)
b. Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik atau Kejuruteraan Mekanikal - Pilihan pelajar.
iii. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek teknikal, sains dan matematik.
iv. Pelajar juga dikehendaki untuk menguasai satu bahasa asing. (Pilihan bahasa bergantung kepada tenaga pengajar).
MRSM IB MYP[sunting | sunting sumber]
SPMRSM MYP adalah sistem pendidikan MRSM yang menawarkan Program Pertengahan Tahun disediakan oleh Pendidikan Baccalaureate Antarabangsa (IB education). SPMRSM MYP berjalan dalam program sekolah lima tahun. Middle Years Programme (MYP) menyediakan rangka kerja pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk menjadi kreatif, kritikal dan pemikiran yang reflektif. MYP adalah cukup fleksibel untuk menampung keperluan kurikulum luar negara atau tempatan.
MRSM Sains Keusahawanan[sunting | sunting sumber]
SPMRSM Sains Keusahawanan menerapkan elemen keusahawanan melalui subjek prinsip perakaunan dan ekonomi.Sehubungan dengan itu,MRSM Imtiaz YT KETENGAH telah dipilih sebagai MRSM Keusahawanan yang pertama.MRSM ini juga adalah kerjasama di antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia di bawah agensi MARA, kerajaan negeri Terengganu di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) serta Yayasan Terengganu (YT).MRSM ini juga adalah satu-satunya MRSM yang mempuyai tiga sijil yang akan diberi kepada pelajar selepas tamat pengajian tingkatan 5.Sijilnya adalah:
-Sijil Pelajaran Malaysia
-Sijil Penilaian Maktab Rendah Sains Mara
-Sijil Keusahawanan
Kurikulum
Kurikulum asas menengah atas adalah seperti MRSM lain, cuma terdapat tambahan subjek bagi MRSM Keusahawanan:
i.Menengah Atas :
a.Ekonomi- diwajibkan ambil.
b.Prinsip Perakaunan- diwajibkan ambil.
ii.Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi subjek keusahawanan,sains dan matematik.
iii.Pelajar-pelajar juga akan mempelajari modul keusahawanan yang mengandungi elemen-elemen yang mampu menerapkan
sifat-sifat keusahawanan.
Senarai MRSM[sunting | sunting sumber]
Sehingga kini, terdapat 54 buah MRSM di seluruh Malaysia. 47 buah di Semenanjung manakala bakinya 7 buah MRSM di Malaysia Timur.
50 MRSM mengambil Pelajar Tingkatan 1-5 dan 4 MRSM (Taiping, Tun Ghafar Baba, Pengkalan Chepa dan Imtiaz YT Ketengah) mengambil Pelajar Tingkatan 4-5.
Bermula tahun 2015, tiada lagi MRSM yang mempunyai Tingkatan 1-3 sahaja berikutan pengambilan pelajar Tingkatan 4 dan 5 di kesemua MRSM berkenaan. Antara MRSM yang pernah mengambil pelajar menengah rendah sahaja adalah MRSM Gerik, MRSM Pasir Tumboh dan MRSM Kuala Klawang.
Institusi | Jenis pendidikan | Tahun ditubuhkan | Alamat | Penawaran | Laman web rasmi | |
---|---|---|---|---|---|---|
MRSM Pengkalan Chepa (dahulu dikenali sebagai MRSM Kota Bharu)[8] |
Biasa | 1973 | Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu Kelantan |
Tingkatan 4 - 5 | https://pchepa.mrsm.edu.my | |
MRSM Kuantan | IGCSE | 1974 | Jalan Tok Sira, Alor Akar 25250 Kuantan Pahang |
Tingkatan 1 - 5 | https://kuantan.mrsm.edu.my | |
MRSM Kuala Terengganu | Biasa | 1978 | Wakaf Tengah, Mengabang Telipot 21030 Kuala Terengganu Terengganu |
Tingkatan 1 - 5 | https://kterengganu.mrsm.edu.my | |
MRSM Muar | Biasa | 1980 | KM 10 Jalan Bakri 84200 Muar Johor |
Tingkatan 1 - 5 | https://muar.mrsm.edu.my | |
MRSM Tun Ghafar Baba (dahulu dikenali sebagai MRSM Jasin)[17] |
Biasa | 1981 | Jalan Simpang Kerayong 77000 Jasin Melaka |
Tingkatan 4 - 5 | https://tgb.mrsm.edu.my | |
MRSM Balik Pulau | IB MYP | 1982 | Jalan Pondok Upeh 11000 Balik Pulau Pulau Pinang |
Tingkatan 1 - 5 | https://bpulau.mrsm.edu.my | |
MRSM Taiping | Biasa | 1982 | Jalan Bukit Larut 34000 Taiping Perak |
Tingkatan 4 - 5 | https://taiping.mrsm.edu.my | |
MRSM Terendak | Biasa | 1983 | 76200 Terendak Melaka |
Tingkatan 1 - 5 | https://terendak.mrsm.edu.my | |
MRSM Beseri | Biasa | 1985 | Batu 8 1/2, Jalan Kaki Bukit 01000 Kangar Perlis |
Tingkatan 1 - 5 | https://beseri.mrsm.edu.my | |
MRSM Kuala Berang | Biasa | 1987 | Pejabat Pos Kuala Berang, Peti Surat 31 21700 Kuala Berang Terengganu |
Tingkatan 1 - 5 | https://kberang.mrsm.edu.my | |
MRSM Pasir Tumboh | Biasa | 1987 | Desa Darulnaim 16150 Pasir Tumboh Kelantan |
Tingkatan 1 - 5 | https://ptumboh.mrsm.edu.my | |
MRSM Kuala Klawang | IGCSE | 1987 | Jalan Titi, Kuala Klawang 71600 Jelebu Negeri Sembilan |
Tingkatan 1 - 5 | https://kklawang.mrsm.edu.my | |
MRSM PDRM Kulim | Biasa | 1991 | PKN Polis Hutan (PPH), KM 5, Jalan Junjung 09000 Kulim Kedah |
Tingkatan 1 - 5 | https://pdrmkulim.mrsm.edu.my | |
MRSM Serting | IGCSE | 1993 | Bandar Baru Serting 72100 Serting Negeri Sembilan |
Tingkatan 1 - 5 | https://serting.mrsm.edu.my | |
MRSM Gerik | Biasa | 1993 | Bukit Nasah, Kenayat, Peti Surat 7 33300 Gerik Perak |
Tingkatan 1 - 5 | https://gerik.mrsm.edu.my | |
MRSM Kuching | IGCSE | 1993 | Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya 93050 Kuching Sarawak |
Tingkatan 1 - 5 | https://kuching.mrsm.edu.my | |
MRSM Muadzam Shah | Biasa | 1995 | Persiaran Dara 26700 Bandar Muadzam Shah Pahang |
Tingkatan 1 - 5 | https://muadzam.mrsm.edu.my | |
MRSM Kota Putra | Ulul Albab | 1998 | Jalan Bukit Keluang 22200 Besut Terengganu |
Tingkatan 1 - 5 | https://kputra.mrsm.edu.my | |
MRSM Langkawi | IGCSE | 1999 | Lot PT 2146, Jalan Kisap, Mukim Kuah 07000 Langkawi Kedah |
Tingkatan 1 - 5 | https://langkawi.mrsm.edu.my | |
MRSM Lenggong (dahulu dikenali sebagai MRSM Chenderoh)[18] |
Biasa | 2001 | Changkat Berangan 33400 Lenggong Perak |
Tingkatan 1 - 5 | https://lenggong.mrsm.edu.my | |
MRSM Mersing | Biasa | 2001 | Lot 2824, Km 6, Jalan Jamaluang 86800 Mersing Johor |
Tingkatan 1 - 5 | https://mersing.mrsm.edu.my | |
MRSM Pendang | Biasa | 2001 | Jalan Jenun 06750 Pendang Kedah |
Tingkatan 1 - 5 | https://pendang.mrsm.edu.my | |
MRSM Jeli | Biasa | 2001 | Kg Gemang 17700 Ayer Lanas Kelantan |
Tingkatan 1 - 5 | https://jeli.mrsm.edu.my | |
MRSM Tun Dr Ismail (dahulu dikenali sebagai MRSM Pontian)[17] |
IB MYP | 2002 | Jalan Benut, Jelutong, Ayer Baloi 82100 Pontian Johor |
Tingkatan 1 - 5 | https://tdi.mrsm.edu.my | |
MRSM Tun Ghazali Shafie (dahulu dikenali sebagai MRSM Lipis)[19] |
Biasa | 2002 | KM 7 Jalan Kuala Lipis 27200 Kuala Lipis Pahang |
Tingkatan 1 - 5 | https://tgs.mrsm.edu.my | |
MRSM Kota Kinabalu | Biasa | 2002 | Peti Surat 50167, Putatan 88722 Kota Kinabalu Sabah |
Tingkatan 1 - 5 | https://kkinabalu.mrsm.edu.my | |
MRSM Transkrian | Biasa | 2002 | Mukim Transkrian 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang |
Tingkatan 1 - 5 | https://transkrian.mrsm.edu.my | |
MRSM Batu Pahat | IGCSE | 2002 | Jalan Simpang Lima Separap 83000 Batu Pahat Johor |
Tingkatan 1 - 5 | https://bpahat.mrsm.edu.my | |
MRSM Kuala Kubu Bharu | IGCSE | 2002 | KM 8 Jalan Ampang Pecah 44000 Kuala Kubu Baru Selangor |
Tingkatan 1 - 5 | https://kkb.mrsm.edu.my | |
MRSM Kuala Krai | Biasa | 2002 | Kampung Padang Sembilan KM 4, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang 18000 Kuala Krai Kelantan |
Tingkatan 1 - 5 | https://kkrai.mrsm.edu.my | |
MRSM Pasir Salak | Biasa | 2003 | KM 4, Jalan Tanjung Tualang 36800 Kampung Gajah Perak |
Tingkatan 1 - 5 | https://psalak.mrsm.edu.my | |
MRSM Besut (dahulu dikenali sebagai MRSM YT Besut)[20] |
Biasa | 2004 | Jalan Tembila, Kampung Raja 20200 Besut Terengganu |
Tingkatan 1 - 5 | https://besut.mrsm.edu.my | |
MRSM Gemencheh | Ulul Albab | 2007 | Lot P.T. 6016 dan 5282 Mukim Gemencheh Kampung Sungai Dua, Jalan Besar 73200 Gemencheh Negeri Sembilan |
Tingkatan 1 - 5 | https://gemencheh.mrsm.edu.my | |
MRSM Alor Gajah | IGCSE | 2007 | Lot 1720, Mukim Ayer Pa'abas 78000 Alor Gajah Melaka |
Tingkatan 1 - 5 | https://agajah.mrsm.edu.my | |
MRSM Kubang Pasu | IGCSE | 2007 | Lot 1929 (Lot Lama 518), Jalan Kampung Gelong Kampung Hutan Terabak, Daerah Kubang Pasu 06000 Jitra Kedah |
Tingkatan 1 - 5 | https://kpasu.mrsm.edu.my | |
MRSM Merbok | Biasa | 2007 | Di Atas Lot 1413, 1315, 1315 dan PT 1408 Jalan Taman Bujang 08400 Kuala Muda Kedah |
Tingkatan 1 - 5 | https://merbok.mrsm.edu.my | |
MRSM Kepala Batas | Ulul Albab | 2007 | Lot 8784, Mukim 6, Jalan Bertam 13200 Kepala Batas Pulau Pinang |
Tingkatan 1 - 5 | https://kbatas.mrsm.edu.my | |
MRSM Tun Mustapha | IGCSE | 2008 | Peti Surat 61275 91022 Tawau Sabah |
Tingkatan 1 - 5 | https://tmustapha.mrsm.edu.my | |
MRSM FELDA (Trolak) | Biasa | 2008 | Jalan Meranti 2, Felda Jaya Utara 35600 Sungkai Perak |
Tingkatan 1 - 5 | https://felda.mrsm.edu.my | |
MRSM Pengkalan Hulu | Biasa | 2008 | Lot 2097, Lot 2103, KM 1, Jalan Baling 33100 Pengkalan Hulu Perak |
Tingkatan 1 - 5 | https://phulu.mrsm.edu.my | |
MRSM Bentong | Teknikal | 2009 | Lot 2650 dan 1945 KM 63 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak 28700 Bentong Pahang |
Tingkatan 1 - 5 | https://bentong.mrsm.edu.my | |
MRSM Betong | Biasa | 2009 | Lot 175, Entaban Land District, Jalan Feeder 95700 Betong Sarawak |
Tingkatan 1 - 5 | https://betong.mrsm.edu.my | |
MRSM Tun Abdul Razak | IGCSE | 2010 | Pulau Serai, KM 9, Jalan Kuantan - Pekan 26600 Pekan Pahang |
Tingkatan 1 - 5 | https://tar.mrsm.edu.my | |
MRSM Mukah | Biasa | 2010 | Lot 910, Blok 76, Mukah Land District Jalan Service Centre, Peti Surat 1296 96400 Mukah Sarawak |
Tingkatan 1 - 5 | https://mukah.mrsm.edu.my | |
MRSM Baling | IGCSE | 2010 | Lot 9892, Mukim Pulai, Daerah Baling 09100 Baling Kedah |
Tingkatan 1 - 5 | https://baling.mrsm.edu.my | |
MRSM Tumpat | IGCSE | 2010 | Lot 1090 & Lot 1405, Mukim Tujoh Jalan Pengkalan Kubor, Pengkalan Kubor 16200 Tumpat Kelantan |
Tingkatan 1 - 5 | https://tumpat.mrsm.edu.my | |
MRSM Johor Bahru | IGCSE | 2012 | PTD 198869, Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam 81780 Masai Johor |
Tingkatan 1 - 5 | https://jbahru.mrsm.edu.my | |
MRSM Parit | IGCSE | 2012 | Lot 3836, Mukim Belanja 32800 Perak Tengah Perak |
Tingkatan 1 - 5 | https://parit.mrsm.edu.my | |
MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens (dahulu dikenali sebagai MRSM Sandakan) |
IB MYP | 2013 | Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang 90000 Sandakan Sabah |
Tingkatan 1 - 5 | https://tmfs.mrsm.edu.my | |
MRSM Sultan Azlan Shah (dahulu dikenali sebagai MRSM Kuala Kangsar)[21] |
Biasa | 2015 | KM13, Jalan Kangsar-Gerik, Liman Kati 33020 Kuala Kangsar Perak |
Tingkatan 1 - 5 | https://kkangsar.mrsm.edu.my | |
MRSM Sungai Besar | Ulul Albab | 2016 | Mukim Sungai Panjang 45300 Sabak Bernam Selangor |
Tingkatan 1 - 5 | https://sgbesar.mrsm.edu.my | |
MRSM Imtiaz YT Ketengah | Sains Keusahawanan | 2016 | Jalan Sultan Sulaiman Bandar Al-Muktafi Billah Shah 23400 Dungun Terengganu |
Tingkatan 4 - 5 | ||
MRSM Arau[22] | Biasa | 2017 | Jalan ULU Pauh
FELCRA Ulu Pauh 02600 Pauh, |
Tingkatan 1- 5 | https://arau.mrsm.edu.my | |
MRSM Semporna[23] | Biasa | 2017 | Kampung Bantayan
Jalan Tagasan 91308 Semporna, |
Tingkatan 1- 5 | https://semporna.mrsm.edu.my | |
MRSM Ketereh[24] | Ulul Albab | Dalam perancangan | Kelantan | |||
MRSM Bagan Datoh[25] | Ulul Albab | Dalam perancangan | Perak | |||
MRSM Bera[16] | Ulul Albab | Dalam perancangan | Pahang | |||
MRSM Sik[26] | Ulul Albab | Dalam perancangan | Kedah | |||
MRSM Sekijang | Ulul Albab dan
IGCSE |
Dalam Perancangan | Johor | |||
MRSM Petronas Bintulu | Biasa | Dalam Pembinaam | Sarawak | Tingkatan 1- 5 | ||
MRSM Kulim | Biasa | Dalam Pembinaan | Kedah | Tingkatan 1-5 |
Lagu rasmi MRSM[sunting | sunting sumber]
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Syarat pemilihan[sunting | sunting sumber]
Kemasukan Tingkatan 1[sunting | sunting sumber]
- Pelajar mestilah Warganegara Malaysia;
- Pelajar Bumiputera atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan;
- Mendapat 3A 3B atau lebih dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Semenanjung; atau
- Mendapat minima 3A 2B dan 1C (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Sabah dan Sarawak;
- Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum, dan sukan; dan
- Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.
Kemasukan Tingkatan 4[sunting | sunting sumber]
- Pelajar mestilah Warganegara Malaysia;
- Pelajar Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan; atau
- Pelajar Bukan Bumiputera tingkatan tiga yang sedang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan;
- Pelajar mestilah sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam peperiksaan pertengahan tahun tingkatan tiga;
- Pelajar memperoleh keputusan sekurang-kurang 6A 4B (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian) dan gred A dalam Matematik dan Sains serta tiada gred C, D, atau E dalam subjek teras dalam Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) tahun semasa;
- Pelajar mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tahun semasa;
- Pelajar perlu mengisi borang permohonan secara online dan menduduki Ujian Kecenderungan Ke MRSM (UKKM) sebagai prasyarat kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM;
- Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) tidak layak memohon.
Bekas pelajar MRSM[sunting | sunting sumber]
Sekolah Terbaik SPM[sunting | sunting sumber]
Tahun | Sekolah KPM | GPS | MRSM | GPS | Sekolah Swasta | GPS | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2001 | Sekolah Sultan Alam Shah | 2.09 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.80 | Kolej Yayasan Saad | 2.04 | ||
2002 | Sekolah Sultan Alam Shah | MRSM Langkawi | ||||||
2003 | Kolej Tunku Kurshiah | MRSM Langkawi | Kolej Yayasan Saad | |||||
2004 | Kolej Islam Sultan Alam Shah | MRSM Beseri | 1.705 | |||||
2005 | Kolej Islam Sultan Alam Shah | 1.74 | MRSM Tun Ghafar Baba | |||||
2006 | SMS Tuanku Munawir | 1.67 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.4328 | ||||
2007 | SMS Tuanku Munawir | 1.562 | MRSM Langkawi | 1.4457 | ||||
2008 | SMS Tuanku Munawir | 1.612 | MRSM Langkawi | 1.4041 | Kolej Yayasan Saad | 1.33 | ||
2009 | SMS Tuanku Munawir | 0.97 | MRSM Taiping | 1.1052 | Kolej Yayasan Saad | 0.58 | ||
2010 | SMS Tuanku Munawir | 0.89 | MRSM Pengkalan Chepa | 0.83 | Kolej Yayasan Saad | 0.66 | ||
2011 | Kolej Tunku Kurshiah | 0.9230 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.00 | ||||
2012 | Sekolah Seri Puteri | 1.0422 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.039 | ||||
2013 | Sekolah Tun Fatimah | 0.8410 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.1329 | ||||
2014 | SMS Tuanku Munawir | 1.1568 | MRSM Taiping | 1.0681 | Kolej Yayasan Saad | 0.94 | ||
2015 | SMS Tuanku Munawir | MRSM Taiping | Kolej Yayasan Saad | |||||
2016 | Kolej Tunku Kurshiah | 1.31 | MRSM Tun Ghafar Baba (Corvs 34) | 1.22 | Kolej Yayasan Saad | 1.60 | ||
2017 | Sekolah Tun Fatimah | 1.109 | MRSM Tun Ghafar Baba (Vieas 35) | 1.27 | Kolej Yayasan Saad | 1.21 |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Berasrama Penuh
- Sekolah Menengah Teknik
- Senarai sekolah menengah di Malaysia
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Prospektus Maktab Rendah Sains MARA 1994/1995. Majlis Amanah Rakyat. m/s. 7.
- ^ a b "MRSM SEREMBAN (1972)". Perpustakaan Negara Malaysia. Dicapai pada 21 Jun 2017.
- ^ "MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)". Portal Pusat Maklumat Rakyat (PMR). Dicapai pada 21 Jun 2017.
- ^ a b "Menyambut pencapaian 40 tahun MRSM Seremban". Utusan Malaysia. 10 November 2012. Dicapai pada 21 Jun 2017.
- ^ "PENGENALAN PENUBUHAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA PENGKALAN CHEPA". MRSM Pengkalan Chepa. Dicapai pada 21 Jun 2017.
- ^ "PENGENALAN PENUBUHAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUANTAN". MRSM Kuantan. Dicapai pada 21 Jun 2017.
- ^ Prospektus Maktab Rendah Sains MARA 1977/78. Majlis Amanah Rakyat. m/s. 25.
- ^ a b "Mukhriz: Rambut saya hilang kerana ayah saya!". Sinar Harian. 22 Jun 2015. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "SEJARAH KOLEJ MARA KULIM". Kolej MARA Kulim. Dicapai pada 21 Jun 2017.
- ^ "HISTORY". Kolej MARA Banting. Dicapai pada 21 Jun 2017.
- ^ "KURIKULUM MRSM". MARA. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "Hal Ehwal Akademik". MRSM Pasir Salak. 26 Januari 2015. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ Ramly, M. Suhaimi. MRSM Mathematical Olympiad Vol 1. Kangaroo Math. ISBN 978-983-44678-4-5. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "Sistem dwi-sijil SPM, IGCSE di MRSM 2016". Sinar Harian. 30 Julai 2013. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ a b "MRSM PROGRAM SPMRSM ULUL ALBAB" (PDF). MARA. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ a b Badruddin, Mohd Nasif (10 April 2017). "Lima MRSM Ulul Albab baharu". Harian Metro. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ a b "MRSM Pontian guna nama baharu". Kosmo. 24 Februari 2014. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Sejarah penubuhan". MRSM Lenggong. 7 April 2016. Dicapai pada 6 Jun 2017.
- ^ "MRSM Lipis dinamakan Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghazali Shafie". Utusan Malaysia. 23 Mac 2010. Dicapai pada 7 Jun 2017.
- ^ "MRSM-YT in Besut to be reopened on June 4". Utusan Online. 3 April 2004. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ Ismail, Shaarani (2 Mac 2017). "MRSM Kuala Kangsar kini dikenali MRSM Sultan Azlan Shah". Berita Harian. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) ARAU". MARA. 31 Mei 2017. Dicapai pada 13 Jun 2017.
- ^ "MRSM di Semporna akan beroperasi April tahun ini". Utusan Borneo. 22 Februari 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Dua pusat pengajian Mara di Kampung". Utusan Malaysia. 4 November 2015. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Bagan Datoh Kini Daerah Baharu Di Perak". mStar. 24 Julai 2016. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Mara Bina MRSM Di Sik, Kedah Tahun Ini - Annuar". mStar. 2 Januari 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ "Daulat seorang ayah, nukilan rasa Mukhriz mengenai ayahnya". Astro Awani. 21 Jun 2015. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "YB Tuan Hj Ir. Amiruddin bin Hj Hamzah". Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "Ada cerita di sebalik nama Ahli Parlimen Kota Tinggi ini..." Agenda Daily. 5 Ogos 2014. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "Wahid kongsi kisah kejayaan". Sinar Harian. 26 Jun 2011. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ Zaidan, Fairuz (9 April 2011). "DARAH SENI KAMARUDDIN". MARA eWarta. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "Mara Beli Pakaian Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar". BERNAMA. 14 Mac 2009. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ Mohamad, Roslina (21 Mac 2008). "MRSM Tun Ghafar Baba beats 36 teams to title". The Star. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ Mohd Ali, Tun Dr. Siti Hasmah (5 November 2014). "Suhailah dedicated herself to Bakti". New Straits Times. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "Kapten Wan Amran sempat berbuka puasa di kampung". Utusan Malaysia. 19 Julai 2014. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ a b "MRSM melahirkan pelajar pintar cerdas dan berbakat" (PDF). MARA. 1 Mei 2011. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "MRSM disaran bergerak selari Wawasan 2020". Utusan Malaysia. 31 Ogos 1998. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "Kerana Tertekan Akibat Kecederaan, Doktor Nazar Bantu Orang Dan Berjaya Lakukan Ini". The Vocket. 1 Januari 2016. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ a b "Selebriti popular yang pernah mendapat keputusan cemerlang SPM". Astro Awani. 16 Mac 2017. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "Altimet rapper sejati". Utusan Malaysia. 21 Ogos 2016. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "MALIQUE". Qarma Musiq. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ Syafaat, Amirah Amaly (20 Disember 2015). "Hafiz... Juara perancang masa depan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "Joseph Kalang tandatangan kontrak dengan Penyu". Utusan Malaysia. 3 Disember 2015. Dicapai pada 9 Jun 2017.
- ^ "Wanita berhati waja". Sinar Online. 10 Julai 2016. Dicapai pada 9 Jun 2017.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Direktori MRSM di laman rasmi MARA
- Laman web rasmi Majlis Amanah Rakyat
- Ansara.org.my Portal ANSARA - Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia