Nam Tae-hee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nam Tae-hee
남태희
Nam Tae-Hee.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhNam Tae-Hee
Tarikh lahir (1991-07-03) 3 Julai 1991 (umur 27)
Tempat lahirJinju, Korea Selatan
Ketinggian1.74 m (5 ka 8+12 in)
Posisi permainanPemain tengah / Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniLekhwiya
Nombor10
Kerjaya remaja
2007–2009Sekolah Tinggi Hyundai
2007–2008Reading
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2009–2011Valenciennes37(0)
2012–Lekhwiya68(29)
Pasukan kebangsaan
2002–2003Korea Selatan B133(0)
2004–2005Korea Selatan B159(0)
2007–2008Korea Selatan B1715(2)
2012Korea Selatan B239(2)
2011–Korea Selatan18(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 19 Disember 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 13 Januari 2015
Nam Tae-hee
Hangul남태희
Hanja
Perumian SemakanNam Tae-hui
McCune–ReischauerNam T'aehŭi
Rencana ini memaparkan nama orang Korea; nama keluarganya Nam.

Nam Tae-hee (lahir 3 Julai 1991 di Busan) merupakan seorang pemain bola sepak Korea Selatan yang bermain untuk kelab Qatar, Lekhwiya SC.

Karier[sunting | sunting sumber]

Nam bermain untuk akademi profesional di United Kingdom, Akademi Belia Reading[1] sebelum menandatangani kontrak profesional pada bulan Ogos2008 bersama kelab Perancis, Valenciennes FC.[2] Dia membuat penampilan sulungnya pada 8 Ogos 2009 menentang AS Nancy dan merupakan pemain termuda Asia yang beraksi dalam Ligue 1 ketika berumur 18 tahun.[3]

Ketika musim sejuk 2011-12, Nam bersetuju untuk meninggalkan Ligue 1 untuk menyertai kelab gergasi Qatar, Lekhwiya SC pada 26 Disember 2011.[4]

Lekhwiya[sunting | sunting sumber]

Nam membuat penampilan sulungnya pada 1 Januari 2012 menentang Al Kharitiyath.[5] Dia menjaringkan gol pertamanya dalam liga menerusi sepakan percuma pada 19 Januari 2012.[6]

Dia membuat penampilan sulung Liga Juara-Juara AFC pada 7 Mac 2012, menjaringkan satu-satunya gol ketika menentang kelab Arab Saudi, Al Ahli.,[7].

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Nam telah mewakili Korea Selatan di peringkat B-13, B-15, B-17, B-20 dan B-23.[3] Dia membuat penampilan sulung untuk pasukan senior pada 9 Februari 2011 ketika perlawanan persahabatan menentang Turki.

Nam mewakili Korea Selatan ketika Sukan Olimpik 2012. Dia masuk sebagai pemain gantian ketika Korea menewaskan Jepun dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Stadium Millennium Cardiff.[8]

Pada 22 Disember 2014, Nam dinamakan dalam skuad Korea Selatan untuk Piala Asia AFC 2015 yang diadakan Australia.[9] Dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, Nam menjaringkan satu-satunya gol Korea ketika menewaskan Kuwait 1–0 untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati.[10]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 10 Oktober 2014 Korea Selatan Stadium Cheonan  Paraguay 2–0 2–0 Persahabatan
2. 13 Januari 2015 Australia Stadium Canberra  Kuwait 1–0 1–0 Piala Asia AFC 2015

Statistik karier kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 19 Disember 2014

Prestasi kelab Liga Piala Piala liga Benua Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Liga Coupe de France Coupe de la Ligue Eropah Jumlah
2009–10 Valenciennes FC Ligue 1 6 0 1 0 2 0 - - 9 0
2010–11 18 0 1 0 2 0 - - 21 0
2011–12 13 0 0 0 0 0 - - 13 0
Qatar Liga Emir of Qatar Cup Piala Liga Asia Jumlah
2011–12 Lekhwiya Qatar Stars League 10 5 0 0 0 0 6 1 16 6
2012–13 19 6 0 0 5 1 7 0 31 7
2013–14 24 12 1 0 7 2 9 2 41 16
2014–15 15 6 0 0 0 0 0 0 15 6
Jumlah keseluruhan 105 29 3 0 16 3 22 3 146 35

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Korea Selatan B23

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nam Taehee – Reading FC
  2. ^ Valenciennes Profile
  3. ^ a b "Nam Tae-hee debütiert als jüngster koreanischer Fußballer bei einem europäischen Erstligisten" (dalam bahasa German). VfL Wolfsburg. 10 August 2009. Dicapai 2009-05-28. 
  4. ^ "Lekhwiya replace Akram with Korea's Nam Tae-Hee". Qatar Stars League. official website. 26 December 2011. Dicapai 2012-01-01. 
  5. ^ "AL KHARITIYATH VS. LEKHWIYA 1 - 1". Soccerway.com. 1 January 2012. Dicapai 2012-09-03. 
  6. ^ "LEKHWIYA VS. AL AHLI 1 - 0". Soccerway.com. 16 January 2012. Dicapai 2012-09-03. 
  7. ^ "Nam stunner propels Lekhwiya". dohastadiumplusqatar.com. 7 March 2012. Dicapai 2012-09-03. 
  8. ^ "South Korea 2-0 Japan". New York Times. Dicapai 17 January 2014. 
  9. ^ "Few surprises as S. Korea announces roster for Asian Cup football tourney". Yonhap News. 22 December 2014. Dicapai 17 January 2015. 
  10. ^ "South Korea survive scare from Kuwait with 1-0 win in Canberra". Sydney Morning Herald. 13 January 2015. Dicapai 17 January 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Lekhwiya SC