Pergi ke kandungan

Lee Chung-yong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lee Chung-yong
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1988-07-02) 2 Julai 1988 (umur 38)
Tempat lahir Seoul, Korea Selatan
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[1]
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Incheon United
Nombor 72
Kerjaya remaja
2001–2003 Dobong Middle School
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2009 FC Seoul 54 (11)
2009–2015 Bolton Wanderers 176 (17)
2015–2018 Crystal Palace 38 (1)
2018–2020 VfL Bochum 35 (1)
2020–2025 Ulsan HD 161 (16)
2026– Incheon United 2 (0)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Korea Selatan B20 18 (1)
2007–2008 Korea Selatan B23 7 (0)
2008–2019 Korea Selatan 89 (9)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 5 Januari 2026
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Julai 2020 (UTC)
Lee Chung-yong
Hangul
이청용
Hanja
李靑龍[2]
Perumian SemakanI Cheong-Yong
McCune–ReischauerYi Ch'ŏng'yong

Lee Chung-yong (Korea: 이청용; lahir 2 Julai 1988) ialah pemain bola sepak profesional Korea Selatan yang bermain untuk kelab Incheon United FC.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, dia membuat penampilan sulungnya dalam Liga K. Pada tahun 2007, Şenol Güneş menyertai FC Seoul sebagai pengurus. Pada tahun itu, Lee Chung-yong mula menembusi skuad utama, bermain dalam 15 perlawanan liga dan menjaringkan tiga gol.

Pada tahun berikutnya, dia meletakkan dirinya sebagai pemain tetap FC Seoul, bermain 22 perlawanan liga dan menjaringkan lima gol. Pada tahun 2009, Lee meneruskan aksi cemerlangnya dan membuat tiga bantuan gol ketika menentang Chunnam Dragons pada 7 Mac 2009. Pada 4 April 2009, dia menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Suwon Samsung Bluewings.

Bolton Wanderers

[sunting | sunting sumber]

FC Seoul mengesahkan bahawa Lee Chung-yong telah bersetuju dengan perjanjian untuk menyertai Bolton Wanderers. Perpindahan itu disahkan pada 14 Ogos 2009.[3] Dia membuat penampilan pertamanya untuk Bolton pada 15 Ogos 2009 ketika kalah 1–0 kepada Sunderland di Stadium Reebok dan menjaringkan gol pertamanya ketika menang 2-1 ke atas Birmingham City pada 26 September. Dia dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur, membuat bantuan gol kepada Ricardo Gardner. Dia membuat bantuan gol kepada Ivan Klasnic ketika seri 3–3 dengan Manchester City di Stadium Reebok.[4]

Pada 25 November, dia menandatangani kontrak lanjutan, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2013.[5]

Semasa perlawanan persahabatan pra-musim menentang Newport County pada 30 Julai 2011, Lee mengalami patah kaki selepas kekasaran dari Tom Miller. Pada 4 Mei 2012, Owen Coyle menolak kemungkinan Lee beraksi pada musim itu,[6] tetapi dua hari kemudian, Lee kembali beraksi ketika seri 2–2 dengan West Bromwich Albion. Pada 29 Mei 2012, ia telah disahkan bahawa Lee telah menanadatangani kontrak baru, melanjutkan tempohnya di Reebok sehingga musim 2014–15.[7]

Dia menghabiskan musim 2012-13 dengan menjaringkan empat gol dan membuat tujuh bantuan gol dalam Championship. Lee kekal dalam Championship bersama Bolton untuk musim 2013–14.

Crystal Palace

[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Februari 2015, Lee menyertai Crystal Palace dengan yuran yang tidak didedahkan.[8] Kontrak Lee berkekalan sehingga bulan Jun 2018.[9]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Mei 2008, Lee membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Jordan. Dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya menentang pasukan yang sama pada 5 September 2008.

Pada 17 Jun 2010, Lee menjaringkan gol ketika menentang Argentina dalam Piala Dunia FIFA 2010.[10] Lee sekali lagi menjaringkan gol dalam pusingan 16 menentang Uruguay dimana mereka kalah 2-1.[11]

Lee disenaraikan dalam skuad Korea Selatan untuk Piala Dunia FIFA 2014.

Statistik karier

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 16 Ogos 2015
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
FC Seoul 2004 00000000
2005 00000000
2006 20002040
2007 1532080253
2008 2251031266
2009 153201050233
Jumlah 541150141507812
Bolton Wanderers 2009–10 3444120405
2010–11 3134110364
2011–12 20000020
2012–13 4143100445
2013–14 4532000473
2014–15 2330030263
Jumlah 176171336019520
Crystal Palace 2014–15 30000030
2015–16 10000010
Jumlah 40000040
Jumlah karier 234281832015027732

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
#TarikhVenueLawanSkorKeputusanPertandingan
1.5 September 2008Korea Selatan Seoul Jordan1–01–0Persahabatan
2.14 November 2008Qatar Doha Qatar1–01–1Persahabatan
3.16 Mei 2010Korea Selatan Seoul Ecuador2–02–0Persahabatan
4.17 Jun 2010Afrika Selatan Johannesburg Argentina1–21–4Piala Dunia FIFA 2010
5.26 Jun 2010Afrika Selatan Port Elizabeth Uruguay1–11–2Piala Dunia FIFA 2010
6.15 November 2013Korea Selatan Seoul Switzerland2–12–1Persahabatan
  1. "Premier League Player Profile". Premier League. Dicapai pada 21 March 2011.
  2. "월드컵 허정무호 젊은 '쌍룡', 이란 격파 선봉에". NEWSIS. 20 January 2009.
  3. "Lee Chung-Yong Deal Complete". bwfc.co.uk. Bolton Wanderers FC. 14 August 2009. Dicapai pada 14 August 2009.
  4. http://www.cliqz.com/uk.football/c/7262.html
  5. Iles, Mark (25 November 2010). "Chung-Yong signs new Wanderers deal". The Bolton News. Manchester. Dicapai pada 25 November 2010.
  6. "Coyle rules out Lee recall". Bolton News. 4 May 2012. Dicapai pada 6 May 2012.
  7. "Chung-Yong deal flies under the radar". Bolton News. 29 May 2012. Dicapai pada 29 May 2012.
  8. "Lee Chung-Yong signs for Crystal Palace". Bolton Wanderers. 2 February 2015. Dicapai pada 2 February 2015.
  9. "Lee Chung-Yong Joins Palace". AFiE. 4 February 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-04. Dicapai pada 4 February 2015.
  10. Stevenson, Jonathan (17 June 2010). "Argentina 4–1 South Korea". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 17 June 2010.
  11. Chowdhury, Saj (26 June 2010). "Uruguay 2–1 South Korea". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 26 January 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]