Narmer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Narmer adalah seorang firaun Mesir yang memerintah pada abad ke-31 SM. Baginda dipercayai merupakan pewaris dari Raja Scorpion dan/atau Ka. Dia juga dianggap sebagai pengasas dinasti pertama sekaligus sebagai raja yang pertama kali memerintah seluruh Mesir. Ada pendapat bahawa Scorpion dan Narmer adalah orang yang sama, tetapi tidak ada hasil pengenalan tentang hal itu yang dapat dibuktikan.

Sisi depan dan belakang Pelat Narmer

Palet Narmer yang terkenal, ditemukan pada tahun 1898 di Hierakonpolis, yang menguatkan bukti bahawa Narmer berjaya menyatukan dua kerajaan, Mesir Hulu dan Mesir Hilir. [1] Namun, ada juga tokoh lain yang dianggap sebagai penyatu Mesir, iaitu Menes. Namanya tercatat pada turutan pertama senarai raja menurut Manetho. Maka, terjadi beberapa perdebatan mengenai hal ini.

Beberapa ahli sejarah Mesir percaya bahawa Menes dan Narmer adalah orang yang sama; ada juga percaya bahawa Menes adalah orang yang sama dengan Hor-Ara dan baginda mewarisi Mesir yang telah disatukan Narmer;[2] Ada juga yang berpendapat bahawa Narmer yang memulakan proses penyatuan tetapi tidak berjaya atau belum selesai, dan diteruskan oleh Menes.

Permaisuri baginda berkemungkinan ialah Neithhotep A, seorang puteri dari utara. Inskripsi yang mengandung namanya ditemui pada makam pewarisnya Hor-Aha dan Djer, yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang ibu atau isteri Hor-Aha.

Makamnya berada di antara dua ruang tersambung (B17 and B18) ditemui di wilayah Umm el-Qa'ab, Abydos. Makam ini terletak berhampiran makam Ka yang memerintah Thinis sebelum dia.

Selama musim panas tahun 1994, para penggali tanah dari ekspedisi Nahal Tillah di selatan Israel menemui serpihan tembikar yang terukir dengan tanda serekh Narmer, individu yang sama dengan tertera di palet Narmer yang ditemui oleh James E. Quibell di Mesir Hulu.

Galeri gambar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Dodson, Aidan. Hilton, Dyan. 2004. The Complete Royal Families of Ancient Egypt, Thames & Hudson
  • Kinnaer, Jacques. What is Really Known About the Narmer Palette?, KMT: A Modern Journal of Ancient Egypt, Spring 2004.
  1. ^ Shaw, Ian. The Oxford History of Ancient Egypt. p.196. Oxford University Press, 2000.
  2. ^ Gardiner, Alan. Egypt of the Pharaohs. p. 405. Oxford University Press, 1961

Pautan luar[sunting | sunting sumber]