Nasib al-Bakri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasib al-Bakri
Bakri, awal abad ke-20
Menteri Keadilan
Dalam jawatan
24 Februari 1939 – 5 April 1939
PresidenBahij al-Khatib
Perdana MenteriLutfi al-Haffar
Didahului olehAbd al-Rahman al-Kayyali
Digantikan olehKhalid al-Azm
Menteri Ekonomi dan Pertanian Negara
Dalam jawatan
4 April 1941 – 21 September 1941
PresidenHashim al-Atassi
Perdana MenteriKhalid al-Azm
Presiden Parti Rakyat
Dalam jawatan
1954 – April 1957
Didahului olehNazim al-Kudsi
Digantikan olehMaarouf al-Dawalibi
Timbalan Parlimen Damsyik
Dalam jawatan
1932–1946
Butiran peribadi
Lahir1888
Damsyik, Empayar Uthmaniyyah
Meninggal dunia1966 (umur 77–78)
KerakyatanSyria
Parti politikBlok Kebangsaan (1928–1946)
Parti Rakyat (1946 – April 1957)

Muhammad Nasib bin Atta Allah al-Bakri (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: محمد نسيب بن عطاء الله البكري) atau lebih dikenali sebagai Nasib al-Bakri (Bahasa Arab/Tulisan Jawi: نسيب البكري; 1888–1966) adalah seorang ahli politik dan pemimpin nasionalis dari Syria. Beliau telah memainkan peranan yang besar dalam menubuhkan al-Fatat, sebuah pertubuhan bawah tanah yang menuntut kemerdekaan dan penyatuan wilayah-wilayah Arab Empayar Uthmaniyyah. Sebagai ketua utusan di antara al-Fatat dan keluarga Hasyimiyah dari Hijaz, al-Bakri menjadi pembantu rapat kepada Amir Faisal apabila beliau menjadi Raja Syria berikutan kejayaan Pemberontakan Arab pada tahun 1916. Al-Bakri menentang penubuhan Mandat Perancis di Syria dan menjadi salah seorang ketua komander dalam Pemberontakan Syria Besar, memimpin para pemberontak untuk menawan Damsyik. Beliau melarikan diri setelah waran mati di Syria dikeluarkan pada 1927, tetapi beliau kembali pada tahun berikutnya selepas diberi keampunan.

Al-Bakri berkhidmat sebagai wakil bagi Damsyik dalam Parlimen Syria dari tahun 1932 hingga 1946. Beliau adalah salah seorang penyelaras utama dalam mogok umum yang berlaku pada tahun 1936 dan menjadi timbalan presiden Blok Kebangsaan. Beliau berpaling tadah untuk menyertai parti Abd al-Rahman Shahbandar pada 1938. Semasa tempoh pascakemerdekaan, al-Bakri dilantik sebagai duta Syria ke Jordan tetapi beliau meletakkan jawatan itu pada 1953 sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa oleh Adib al-Shishakli. Pada tahun berikutnya, beliau menjadi presiden Parti Rakyat dan bersara pada 1957.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Atiyeh, George N. (1988). Arab Civilization: Challenges and Responses: Studies in Honor of Dr. Constantine Zurayk. SUNY Press. ISBN 0791495418.
  • Moubayed, Sami (2006). Steel and Silk. Cune Press. ISBN 1885942419.
  • Muslih, Muhammad Y. (1988). Origins of Palestinian Nationalism. Columbia University Press. ISBN 0231065094.
  • Provence, Michael (2005). The Great Syrian Revolt and the Rise of Arab Nationalism. University of Texas Press. ISBN 9780292706804.
  • Shambrook, Peter A. (1998). French Imperialism in Syria, 1927–1936. Garnet & Ithaca Press. ISBN 9780863722431.