Faisal I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Faisal I
Raja Syria
Pemerintahan8 Mac 1920 – 24 Julai 1920
Raja Iraq
Pemerintahan23 Ogos 1921 – 8 September 1933
Diikuti olehGhazi I
Keputeraan(1885-05-20)20 Mei 1885
Taif, Empayar Uthmaniyyah
Kemangkatan8 September 1933(1933-09-08) (umur 48)
Bern, Switzerland
Nama penuh
Faisal bin Hussein bin Ali al-Hashemi
KerabatBani Hashim
AyahandaHusain bin Ali
BondaAbdliya bin Abdullah
AgamaIslam

Faisal bin Husain bin Ali al-Hashemi, Arab: فيصل بن حسين بن علي الهاشمي‎,
(20 Mei 1885 – 8 September 1933) merupakan Raja Kerajaan Syria atau Syria Besar pada tahun 1920, dan merupakan Raja Kerajaan Iraq dari 23 Ogos 1921 sehingga tahun 1933. Baginda merupakan keturunan dinasti Bani Hashim.

Faisal memelihara penyatuan antara Muslim Sunnah dan Syiah untuk mendidik kesetiaan bersama dan menyebarkan Pan-Arabisme semi cita-cita membentuk sebuah negara Arab yang mengandungi Iraq, Syria dan negara-negara Arab lain. Semasa berkuasa, Faisal cuba untuk mempelbagaikan pentadbirannya dengan melantik ppegawai-pegawai yang berbeza etnik dan kumpulan agama. Baginda mendapat cabaran yang hebat untuk melaksanakannya kerana wilayah tersebut berada di bawah kawalan bangsa Eropah, terutamanya Perancis dan British. Selain itu, pemimpin-pemimpin Arab lain pada masa itu menentang ideanya sementara mereka mengejar cita-cita politik masing-masing untuk mendapatkan kuasa. Di samping itu, usaha Faisal dalam mewujudkan nasionalisme pan-Arab mungkin menyebabkan peminggiran kumpulan-kumpulan agama tertentu.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Faisal diputerakan di Taif (Arab Saudi pada hari ini) pada 1883. Baginda merupakan putera ketiga Husain bin Ali. Baginda membesar di Istanbul dan belajar ilmu kepemimpinan daripada ayahandanya. Pada tahun 1913, baginda diundi sebagai wakil bandar Jeddah dalam parlimen Uthmaniyyah.

Pada tahun 1916, dalam satu misi ke Istanbul, baginda melawat Damsyik sebanyak dua kali. Dalam salah satu daripada lawatan tersebut baginda menerima Protokol Damsyik, menyertai kumpulan Arab nasionalis Al-Fatat manakala ayahandanya pula menjadi raja Kerajaan Hijaz.

Perang Dunia Pertama dan Pemberontakan Arab[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Oktober 1916 berlaku pertemuan pertama antara baginda dengan T.E. Lawrence, seorang pegawai muda daripada risikan British di Kaherah. Pertemuan tersebut mengambil tempat di Wadi Safra. Pada ketika itu Lawrence sudah pun mempunyai visi sebuah negara Arab pasca-perang yang merdeka, dan menyedari perlunya mencari seorang lelaki yang tepat untuk memimpin pasukan Arab untuk mencapai visi tersebut.

Dengan bantuan Lawrence, baginda menyebelahi tentera British dan memimpin pemberontakan Arab menentang Empayar Uthmaniyah bagi menamatkan sistem khilafah. Selepas pengepungan yang panjang baginda berjaya menakluk Madinah.

Walaupun Faisal merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w., motivasi utama baginda bukanlah agama sebalinya kemerdekaan dan nasionalisme Arab.

Selepas Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]

Delegasi Amir Faisal ke Versailles semasa Persidangan Keamanan Paris 1919. Dari kiri ke kanan: Rustum Haidar, Nuri as-Said, Putera Faisal, Kapten Rosario Pisani (belakang Faisal), T.E. Lawrence, lelaki tidak dikenali dan Kapten Tahsin Kadry

Penglibatan dalam persidangan keamanan Pada tahun 1919, Faisal memimpin delegasi Arab ke Persidangan Keamanan Paris 1919 dan dengan sokongan Gertrude Bell yang berpengetahuan dan berpengaruh, berusaha mengasaskan Emiriah Arab yang merdeka meliputi wilayah-wilayah yang pernah dikuasai oleh Empayar Uthmaniyah. Peranannya dalam pemberontakan Arab dinyatakan oleh Lawrence dalam bukunya Seven Pillars of Wisdom. Walau bagaimanapun ketepatan buku itu dikritik oleh sebahagian sejarawan.

Syria Besar

Kerajaan Syria pada tahun 1918

Pasukan British dan Arab menguasai Damsyik pada Oktober 1918, yang mana kemudiannya diikuti Gencatan Senjata Mudros. Dengan tamatnya pemerintahan Turki pada bulan Oktober tersebut, Faisal membantu membentuk kerajaan Arab di bawah perlindungan British di kawasan Syria Besar yang dikuasai Arab. Pada Mei 1919, pilihan raya diadakan bagi Kongres Kebangsaan Syria.