Nasionalisme Taiwan
Nasionalisme Taiwan (Cina tradisional: 臺灣民族主義 ; pinyin: Táiwān mínzú zhǔyì) ialah sebuah gerakan nasionalis yang berusaha untuk mengenal pasti rakyat Taiwan sebagai orang dan bangsa yang berbeza. Memandangkan status politik Taiwan yang kompleks, ia sangat terkait dengan gerakan kemerdekaan Taiwan dalam mencari identiti yang terpisah dari orang-orang Cina Han, yang membentuk sekitar 97% penduduk. Ini melibatkan pendidikan sejarah, geografi, dan budaya dari perspektif berpusatkan Taiwan, mempromosikan bahasa asli Taiwan seperti bahasa Hokkien varian Taiwan, Cina Hakka, dan bahasa-bahasa Formosa tuturan peribumi Austronesia, serta pembaharuan dalam aspek lain.
Sejak berakhirnya undang-undang ketenteraan di Taiwan dan perkembangan hubungan Rentas-Selat, tujuan asal lokalisme di Taiwan telah berkembang menjadi ideologi politik nasionalis dengan penekanan yang lebih kuat pada pemerintahan sendiri berbanding penyatuan. Nasionalis Taiwan berusaha untuk menyatukan penduduk menjadi "negara Taiwan" yang terpisah, dan juga menggugurkan nama rasminya Republik China (ROC) dan menggantikan bendera semasa. Hal ini juga menyebabkan munculnya gerakan kemerdekaan Taiwan yang mendapat sokongan daripada orang ramai.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sinosentrisme
- Sinisisasi
- Penyahcinaan
- Gerakan sastera Taiwan
- Orang Taiwan
- Perikatan Formosa
- Gerakan Tangwai
- Gerakan kemerdekaan Taiwan
- Sejarah Taiwan
- Kejadian 28 Februari
- Kejadian Tasik Qiandao
- Krisis Selat Taiwan Ketiga
Rujukan
[sunting | sunting sumber]2. Tzeng, Shih-jung, 2009. From Honto Jin to Bensheng Ren- the Origin and Development of the Taiwanese National Consciousness, University Press of America. ISBN 0-7618-4471-6
Pautan luaran
[sunting | sunting sumber]- 藍軍 提 論述 三 主軸 討論 改 黨 名, Liberty Times