Taraf politik Taiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan Selat Taiwan

Pertikaian mengenai taraf politik Taiwan bergantung pada sama ada Taiwan, termasuk kepulauan Pescadores (Penghu), sewajarnya kekal bebas sebagai wilayah Republik China (ROC), disatukan semula dengan wilayah-wilayah naungan Republik Rakyat China (PRC), atau mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi lalu menjadi Republik Taiwan. Kontroversi mengenai taraf politik Republik China pula bergantung pada sama ada kewujudannya sebagai negara adalah sah dan diiktiraf.

Kini, Taiwan, Penghu, Kinmen (Quemoy), Matsu dan beberapa buah pulau kecil yang lain pada hakikatnya bernaung di bawah bidang kuasa negara yang dikenali sebagai Republik China. ROC memerintah tanah besar China, serta menuntut kedaulatan terhadap Mongolia Luar dan Tannu Uriankhai (kini sebahagian wilayah Tuva, Rusia) sebelum tewas di Perang Saudara China lalu memindahkan pentadbirannya ke Taipei pada Disember 1949.

Semenjak ROC kehilangan kerusinya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1971 (lalu diganti oleh PRC), kebanyakan negeri berdaulat telah mengalihkan pengiktirafan diplomasinya ke PRC, maka mengakui atau mengiktiraf PRC sebagai wakil sah tunggal bagi seluruh tanah China. Pada Januari 2008, ROC menjalin hubungan diplomatik rasmi bersama 23 buah negara berdaulat,[1] namun hubungan de facto masih dikekalkan bersama hampir semua negara lain. Agensi-agensi seperti Jabatan Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei dan Institut Amerika di Taiwan berfungsi sebagai kedutaan de facto tanpa taraf diplomatik rasmi.

Kerajaan ROC dahulunya menganggap dirinya sebagai kerajaan sah tunggal yang menaungi China dan juga bekas wilayahnya. Namun sejak awal 1990-an, pendirian ini makin terabai dan sudah berubah menjadi tidak mencabar kesahan pemerintahan PRC terhadap tanah besar China. Namun begitu, tuntuan ROC tidak pernah dilepaskan melalui pindaan perlembagaan; kedua-dua pihak PRC dan ROC mengadakan hubungan antara selat melalui agensi-agensi khusus (seperti Majlis Hal Ehwal Tanah Besar ROC), dan bukannya melalui kementerian luar negara. Pihak-pihak berbeza pun berlainan konsepnya mengenai bagaimana situasi politik rasmi Taiwan masa kini.

Tambahan pula, keadaan mungkin makin mengelirukan kerana perbezaan pendapat pihak-pihak terbabit serta usaha banyak pihak untuk menangani kontroversi ini melalui dasar kekaburan sengaja. Penyelesaian politik yang diterima kebanyakan pihak-pihak kini ialah perspektif status quo yang berikut: iaitu, secara tidak rasminya menganggap Taiwan sebagai sebuah negeri dan sekurang-kurangnya, mengisytiharkan secara rasmi untuk tidak menyokong kerajaan negeri ini yang hendak mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi. Apa yang terkandung dalam sesuatu perisytiharan rasmi kemerdekaan tidak jelas sekali dan agak mengelirukan kerana Republik Rakyat China tidak pernah menguasai Taiwan sejak pengasasannya serta kenyataan bahawa Republik China yang kerajaannya menguasai Taiwan, menganggap dirinya sebuah negeri berdaulat secara de jure. Status quo ini diterima secara meluas kerana tidak menentukan takat sah atau masa depan Taiwan, oleh itu membolehkan setiap pihak mentafsirkan situasi ini secara mudah diterima dari segi politik oleh ahli-ahlinya. Pada masa yang sama, sebuah dasar status quo pernah dibidas sebagai amat berbahaya khususnya kerana lain pihak lain tafsirannya mengenai status quo tersebut, membawa kepada kemungkinan peperangan melalui nekad-siaga atau silap percaturan.

Persoalan kedaulatan Taiwan[sunting | sunting sumber]

Penyerahan, penyerahan semula dan penentuan kebebasan Taiwan[sunting | sunting sumber]

Sesetengah pihak mendakwa, ketika ROC diasaskan pada tahun 1912, Taiwan adalah wilayah Jepun secara de jure.
Republik Rakyat China (PRC, ditubuhkan 1 Oktober 1949) menafikan dakwaan ini dengan berhujah bahawa Perjanjian Shimonoseki adalah tidak sah selaku satu daripada beberapa perjanjian berat sebelah yang dikenakan terhadap kerajaan dinasti Qing.

China yang ketika di bawah Dinasti Qing, menyerahkan pulau Taiwan, termasuk kepulauan Pescadores (Penghu), kepada Jepun "secara berkekalan" pada penghujung Perang China-Jepun Pertama dengan menandatangani Perjanjian Shimonoseki. Di Persidangan Kaherah tahun 1943, kuasa-kuasa berikat bersetuju agar menggesa Jepun memulihkan "segala wilayah yang dicuri oleh Jepun dari pihak China", termasuk sekali "Formosa" dan kepulauan Pescadores, kepada Republik China selepas Jepun menyerah kalah. Menurut kedua-dua pihak Republik Rakyat China dan Republik China, persetujuan ini dikuatkuasakan oleh Surat Cara Penyerahan Jepun pada tahun 1945. Duta PRC ke PBB, Wang Yingfan, telah berkali-kali menegaskan di jawatankuasa am PBB: "Taiwan ialah sebuah wilayah China yang tidak boleh dipisahkan sejak dahulu kala" serta "kedua-dua Perisytiharan Kaherah 1943 dan Perisytiharan Potsdam 1945 telah mengesahkan sekali lagi secara jelas kedaulatan China terhadap Taiwan sebagai perihal undang-undang antarabangsa." Pihak PRC menolak hujah mengenai ketiadaan perjanjian tertentu (Perjanjian Damai San Francisco) meng menyerahkan kedaulatan Taiwan kepada China dengan menunjukkan bahawa China tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian sebegini, maka perjanjian sedemikian tiada kena-mengena dengan tuntuan China. Pihak ROC berhujah bahawa Perjanjian Taipei menyerahkan kedaulatan Taiwan kepadanya secara sulit.

Sebaliknya, sebilangan penyokong kemerdekaan Taiwan mendakwa bahawa Taiwan hanya dijadikan taklukan China secara rasmi di bawah pentadbiran Dinasti Qing pada tahun 1683, lalu menjadi wilayah (provins) pada 1885. Kemudiannya, kesan Perjanjian Shimonoseki1895, Taiwan menjadi sebahagian Jepun secara de jure ketika ROC diasaskan pada tahun 1912 dan oleh itu bukan sebahagian republik China. Selain itu, oleh sebab Perisytiharan Kaherah merupakan kenyataan media yang tidak bertandatangan, maka penyokong kemerdekaan berkenaan mendakwa bahawa keberkesanan sah Perisytiharan tersebut mudah dipersoalkan. Lebih-lebih lagi, mereka menunjukkan bahawa Surat Cara Penyerahan Jepun tidak lebih daripada gencatan senjata, bersifat "modus vivendi", yang berfungsi sebagai perjanjian sementara yang kemudiannya digantikan dengan perjanjian damai. Oleh itu, barulah pendudukan tentera di Taiwan mula pada 25 Oktober 1945, dan kedua-dua Perjanjian San Francisco dan Perjanjian Taipei memegang keulungan sah terhadap surat cara penyerahan kalah tersebut. Perjanjian-perjanjian ini tidak memindahkan kedaulatan Taiwan dari Jepun ke China. Menurut hujah ini, kedaulatan Taiwan dikembalikan ke rakyat Taiwan apabila Jepun melepaskan kedaulatan terhadap Taiwan di Perjanjian Damai San Francisco pada tahun 1951, berdasarkan dasar penentuan kebebasan kebangsaan yang digunakan pada "wilayah yang berpisah dari negeri musuh kesan Perang Dunia Kedua" seperti yang ditakrifkan oleh Perkara 76b dan 77b Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga mematuhi protokol Persidangan Yalta.

Walaupun pentafsiran perjanjian-perjanjian damai ini digunakan untuk mencabar kesahan kedaulatan ROC di Taiwan sebelum 1990-an, namun pengenalan pilihan raya umum di Taiwan telah menggugat pendirian ini. Melainkan penyokong kemerdekaan Taiwan yang tegar, kebanyakan rakyat Taiwan mendukung teori kedaulatan popular dan tidak lagi melihat begitu banyak perselisihan antara teori kedaulatan ini dan pendirian ROC. Daalm erti ini, kerajaan ROC yang kini mentadbir Taiwan bukanlah ROC sama yang menerima penyerahan Jepun kerana pihak pemerintah diberi mandat umum oleh dua kumpulan perwakilan yang berbeza: satu ialah perwakilan tanah besar China, satu lagi perwakilan Taiwan. Sebenarnya, bekas presiden Chen Shui-bian telah sering kali menekankan teori kedaulatan popular dalam ucapan-ucapan beliau.

Bagaimanapun, pada tahun 2007, pertindihan antara kedua-dua teori ini masih memainkan peranan dalam politik dalaman Taiwan. Teori kedaulatan popular yang ditekankan parti campuran seluruh hijau, berpendapat bahawa Taiwan boleh melakukan perubahan perlembagaan asas melalui pungutan suara. Teori perundangan ROC yang didukung parti campuran seluruh biru pula berasa bahawa apa-apa perubahan perlembagaan asas akan memerlukan prosedur pindaan perlembagaan ROC diikuti.

Pendirian Republik Rakyat China (PRC)[sunting | sunting sumber]

Pendirian PRC ialah bahawa ROC berhenti menjadi kerajaan sah berikutan pengasasan PRC pada 1 Oktober 1949 dan PRC merupakan pengganti ROC sebagai kerajaan sah China yang tunggal, yang berhak memerintah Taiwan mengikut teori penggantian negeri.[2] Sama ada ROC, masih mempunyai kesahan mengambil kembali tanah besar itu tidak diterima meluas, sebaliknya dipertikaikan pula.

Pihak ROC mendakwa bahawa ia mengekalkan segala sifat-sifat sesebuah negeri dan tidak pernah "diganti" atau "diwarisi" oleh PRC kerana ROC masih terus wujud lama selepas penubuhan PRC. Menurut Konvensyen Montevideo tahun 1933, sumber pentakrifan kenegaraan yang paling kerap dirujuk, sesebuah negara harus memiliki penduduk yang tetap, wilayah yang tetap, sebuah kerajaan, dan keupayaan berhubung dengan negara lain. ROC mengaku mencapai kesemua syarat ini kerana memiliki sebuah kerajaan berdaulat yang melaksanakan bidang kuasa yang berkesan terhadap wilayah-wilayah yang ditentukan dengan 23 juta penduduk tetap serta sebuah kementerian luar negeri yang penuh.

Penyokong penyatuan semula di tanah besar China berhujah bahawa ROC dan PRC merupakan dua paksi yang berlawanan ketika Perang Saudara yang tidak pernah tamat secara rasmi. Oleh itu, kedua-dua paksi tergolong dalam negara berdaulat yang sama—China. Oleh sebab kedaulatan Taiwan adalah milik China, maka pemisahan Taiwan sewajarnya dipersetujui oleh by 1.3 bilion warga China dan bukannya terhad kepada 23 juta warga ROC yang kini menetap di Taiwan. Lebih-lebih lagi, mereka mentafsir Ketetapan 2758 Perhimpunan Agung PBB yang menyatakan seperti berikut: "Mengiktiraf bahawa wakil-wakil Kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya wakil China yang sah kepada Bangsa-Bangsa Bersatu", sebagai bererti bahawa PRC dikurniakan kedaulatan terhadap seluruh China, termasuk Taiwan. (Bagaimanapun, Ketetapan ini sebenarnya tidak menyebut Taiwan dan pemilik kedaulatannya secara terperinci.) Oleh itu, pihak PRC percaya bahawa mereka berhak untuk meluaskan bidang kuasanya ke Taiwan, itupun melalui tindakan ketenteraan jika perlu.

Tambahan pula, pihak PRC mendakwa bahawa ROC tidak memenuhi syarat keempat Konvensyen Montevideo, kerana hanya diiktiraf oleh 23 buah negara (yang agak kecil dan miskin) serta ditolak capaiannya ke dalam pertubuhan antarabangsa seperti PBB. Pihak ROC membalas dengan mendakwa tekanan yang dikenakan PRC[2] menghalang ROC dari diiktiraf secara meluas serta Perkara 3 konvensyen berkenaan menyatakan bahawa, "Kewujudan politik sesebuah negeri tidak bergantung pada pengiktirafan oleh negeri-negeri lain." Ini dicapai kerana PRC mengambil banyak langkah coercive steps to isolate the ROC diplomatically. Sungguhpun begitu, penyokong penyatuan semula menunjukkan kenyataan bahawa Konvensyen Montevideo cuma ditandatangani oleh 19 buah negeri di Persidangan Negeri-negeri Amerika Antarabangsa Ke-7. Oleh itu, pihak berkuasa PBB serta Ketetapan-ketetapan PBB sewajarnya mengatasi Konvensyen Montevideo.

Pendirian terkini PRC adalah "Kerajaan Republik Rakyat China ialah kerajaan sah China yang tunggal, dan Taiwan ialah sebahagian negara China yang tidak terpisah". Pandangan ini ditolak oleh kerajaan Republik China di Taiwan yang berpendapat bahawa kedua-dua PRC dan ROC merupakan dua kerajaan China yang berasingan dan berdaulat yang terpisah ketika Perang Saudara[2]. Kerajaan PRC tidak sanggup berunding dengan ROC (Taiwan) menurut mana-mana perumusan selain dasar Satu China, namun kefleksibelan dari segi definisi bahawa "satu China" seperti yang terdapat dalam sepersetujuan 1992 dibenarkan. Ini telah menyukarkan rundingan Taiwan-China kerana pihak PRC enggan bertemu dengan pegawai Taiwan berpangkat tinggi yang diundi oleh orang awam. Kerajaan PRC menganggap pencabulan dasar Satu China, atau percanggahan seperti membekalkan senjata kepada ROC, sebagai pencabulan hak keutuhan wilayahnya.[3] Pertubuhan berita antarabangsa sering melaporkan bahawa "China menggangap Taiwan sebagai wilayah belot yang mesti disatukan dengan tanah besar secara paksa jika perlu", namun pihak PRC sendiri tidak menyatakan secara tersurat bahawa Taiwan ialah wilayah belot. Namun begitu, saluran media rasmi dan pegawai PRC sering menggelar Taiwan sebagai "Wilayah Taiwan China". (PRC menuntut Quemoy, Wuchiu dan Matsu sebagai sebahagian Wilayah Fujian, dan Kepulauan Laut China Selatannya pula sebagai sebahagian wilayah-wilayah Guangdong dan Hainan.)

Pendirian Republik China (ROC)[sunting | sunting sumber]

Sehingga pertengahan 1990-an, pendirian Republik China adalah bahawa dirinya merupakan sebuah negeri berdaulat secara de jure. "Republik China," menurut takrifan kerajaan Taiwan, meliputi tanah besar dan pulau Taiwan.[4]

Sehingga tahun 1991, apabila Presiden Lee Teng-hui mendakwa bahawa kerajaan akan tidak lagi mencabar pemerintahan Komunis di tanah besar, kerajaan ROC yang diperintah Kuomintang sentiasa menegaskan dirinya selaku kerajaan sah China yang tunggal. Mahkamah-mahkamah di Taiwan tidak pernah menerima kenyataan Presiden Lee, terutamanya disebabkan Majlis Kebangsaan (yang sudah dibubarkan) tidak pernah mengubah sempadan kebangsaan secara rasmi. Penting sekali, Republik Rakyat China memberi amaran bahawa perubahan sempadan kebangsaan boleh menjadi "bunga-bunga kemerdekaan Taiwan". Tugas mengubah sempadan kebangsaan kini memerlukan pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh Yuan Perundangan serta diratifikasi oleh majoriti mutlak semua pengundi ROC yang berkelayakan, yang dibayangkan akan memberi laluan kepada serangan ketenteraan oleh PRC.

Sebaliknya, walaupun perlembagaan Republik China yang diisytiharkan pada tahun 1946 tidak menjelaskan wilayah-wilayah yang diliputinya, namun kerangka perlembagaan tersebut pada tahun 1925 ada menyenaraikan wilayah-wilayah ROC satu demi satu tidak termasuk Taiwan, kerana Taiwan ialah sebahagian wilayah de jure Jepun kesan Perjanjian Shimonoseki tahun 1895. Perlembagaan itu juga menetapkan dalam Perkara I.4, bahawa "wilayah ROC merupakan wilayah asal yang ditadbirnya; melainkan dibenarkan oleh Majlis Kebangsaan, maka ia tidak boleh diubah." Bagaimanapun, pada tahun 1946, Sun Fo, anak lelaki Sun Yat-Sen dan menteri Yuan Eksekutif ROC, melaporkan kepada Majlis Kebangsaan bahawa "terdapat dua perubahan wilayah, iaitu: (1) pelepasan wilayah dan (2) pengilhakan wilayah baru. Pelepasan wilayah ini termasuk kemerdekaan Mongolia, sementara pengilhakan wilayah termasuk penuntutan semula Taiwan. Kedua-duanya merupakan contoh perubahan wilayah." Jepun melepaskan segala haknya terhadap Taiwan dalam Perjanjian San Francisco pada tahun 1951 dan Perjanjian Taipei 1952 tanpa penerima yang jelas. Meskipun ROC terus memerintah Taiwan setelah kerajaannya dibawa ke Taiwan atas Arahan Am No.1 untuk menerima penyerahan kalah Jepun, namun tiadanya mesyuarat Majlis Kebangsaan ROC bagi melakukan perubahan wilayah mengikut perlembagaan ROC, namun Perkara-Perkara Tambahan Perlembagaan Republik China pernah menyatakan Taiwan sebagai "Wilayah." Maka itu, ramai penyokong kemerdekaan menunjukkan bahawa perlembagaan ROC sebenarnya menafikan kesahan dirinya mentadbir Taiwan.

Majlis Kebangsaan yang kini tidak wujud lagi ini pernah meluluskan pindaan perlembagaan yang mengurniakan hak tunggal untuk melaksanakan kedaulatan Republik melalui pilihanraya Presiden serta seluruh Perundangan dan juga melalui pemilihan untuk meratifikasi pindaan perlembagaan ROC, kepada warga-warga "Kawasan Bebas Republik China" yang merangkumi wilayah-wilayah yang dikuasainya[4][5]. Selain itu, Bab I, Perkara 2 Perlembagaan ROC menyatakan bahawa "Kedaulatan Republik China terletak di tangan seluruh rakyat." Bagi sesetengah pihak, ini bererti bahawa perlembagaan itu menyiratkan bahawa kedaulatan ROC adalah terhad kepada kawasan-kawasan yang dikuasainya sekalipun jika tiada pindaan perlembagaan yang menjelaskan sempadan-sempadan ROC secara langsung.

Pada tahun 1999, Presiden Lee Teng-hui mencadangkan teori dua negeri (Cina: 兩國論) iaitu kedua-dua pihak ROC dan PRC akan mengakui bahawa kedua-duanya merupakan dua negara berasingan yang menjalin hubungan deplomatik, kebudayaan dan sejarah yang istimewa, dan meraih sokongan padu dari dalam Taiwan.[6][7] Bagaimanapun, ini mengungkitkan kemarahan PRC yang percaya bahawa Lee sedang menyokong kemerdekaan Taiwan secara senyap-senyap.[8]

Chen Shui-bian yang menyandang jawatan Presiden dari tahun 2000 hingga 2008, menyokong sepenuhnya idea bahawa "Republik China ialah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat" tetapi berpendapat bahawa "Taiwan ialah Republik China" dan bukan Republik Rakyat China. Kenyataan ini dibayangkan dalam Teori Empat Peringkat Republik China beliau. Namun oleh sebab perlunya mengelakkan peperangan menentang PRC, Presiden Chen mengelakkan diri dari mengisytiharkan kemerdekaan Taiwan secara rasmi. Penerbitan kerajaan membayangkan bahawa Taiwan memaksudkan ROC, sementara "China" memaksudkan PRC.[4] Presiden Chen pernah berkali-kali enggan mendukung Prinsip Satu China yang digesa oleh PRC sebagai syarat rundingan. Oleh itu, terdapat cubaan memulakan semula rundingan separa rasmi melalui perumusan yang memaksudkan "sepersetujuan tahun 2002" atau "semangat 1992" tetapi gagal. Setelah menjadi pengerusi Parti Progresif Demokratik pada Julai 2002, Chen seolah-olah cenderung ke arah teori dua negeri pada awal Ogos 2002, apabila beliau menyatakan bahawa Taiwan mungkin akan "mengikut jalan Taiwan sendiri" serta "jelas sekali bahawa kedua-dua pihak seberang selat merupakan negara-negara berasingan." Kenyataan-kenyataan ini kuat dikecam oleh parti-parti pembangkang di Taiwan.

Pendirian kebanyakan penyokong kemerdekaan Taiwan adalah PRC ialah kerajaan tanah besar China, dan Taiwan bukan sebahagian China, dan Republik China (Taiwan) ialah kerajaan Taiwan yang bebas dan berautonomi. Parti Progresif Demokratik menyatakan bahawa Taiwan tidak pernah tergolong dalam bidang kuasa PRC, serta PRC tidak melaksanakan penguasaan terhadap 23 juta orang Taiwan di pulau ini.

Pokoknya, penyatuan semula lebih penyokongnya di kalangan "orang tanah besar" (keturunan orang-orang yang pelarian dari tanah besar selepas perang saudara), sementara sokongan terhadap kemerdekaan berakar umbi dalam kelompok "etnik" majoriti "Taiwan" (orang yang lama tinggal di pulau ini sejak sebelum perang saudara lagi). Namun begitu, kedua-dua pihak sudah mula cenderung ke arah kemerdekaan kesan ancaman ketenteraan yang menjadi-jadi dari PRC yang melancarkan misil ke arah Selat Taiwan dalam cubaan mengganggu pilihanraya presiden pada tahun 1996, dan kini (pada Jun 2008) mempunyai lebih 1300 buah misil yang disasarkan ke arah Taiwan.

China menjanjikan manfaat dan sokongan ekonomi kepada Taiwan, mencontohi penyatuan semula Hong Kong dan Macau, sekiranya Taiwan memilih untuk bersatu dengan PRC.

Pendirian negara-negara lain dan pertubuhan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Disebabkan sentimen anti-kommnis pada permulaan Perang Dingin, Republik China pada mulanya diiktiraf sebagai kerajaan sah China yang tunggal oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kebanyakan negara Barat. Pada 9 Januari 1950, kerajaan Israel mengiktiraf Republik Rakyat China. Resolusi 505 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu yang diluluskan pada 1 Februari 1952 menganggap pihak komunis China sebagai pemberontak yang menentang Republik China. Namun, era 1970-an menyaksikan banyak negara mengalihkan pengiktirafan diplomatik dari ROC ke PRC. Pada 25 Oktober 1971, Resolusi 2758 diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB, yang melucutkan keanggotaan ROC lalu menggantikan tempatnya di Majlis Keselamatan dan pertubuhan-pertubuhan PBB yang lain kepada PRC. Resolusi tersebut mengisytiharkan bahawa "Wakil-wakil Kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya wakil China yang sah kepada Bangsa-Bangsa Bersatu." Berkali-kali cubaan Republik China untuk menyertai semula PBB, tidak lagi mewakili seluruh China malah cuma penduduk wilayah-wilayah yang ditadbirnya, gagal melepasi jawatankuasa akibat siasah diplomasi oleh PRC yang mendakwa Resolusi 2758 telah menyelesaikan perkara ini.

PRC enggan menjalin hubungan diplomatik dengan mana-mana negara yang mengiktiraf ROC,[2] tetapi tidak membantah hubungan ekonomi, kebudayaan dan sebagainya antara Taiwan dan negara-negara lain yang tidak membayangkan hubungan diplomatik. Oleh itu, kebanyakan negara yang menjalin hubungan diplomatik dengan Beijing pula membuka pejabat separa diplomatik di Taipei. Contohnya, Amerika Syarikat membuka Institut Amerika di Taiwan. Begitu juga, kerajaan di Taiwan turut membuka pejabat separa diplomatik di kebanyakan negara dengan pelbagai nama, paling banyak terdapat ialah Jabatan Kebudayaan dan Ekonomi Taiwan.

Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Jepun semuanya menerima Dasar Satu China secara rasmi, iaitu pengiktirafan bahawa PRC secara teorinya merupakan kerajaan sah China yang tunggal. Namun begitu, Amerika Syarikat dan Jepun memperakui, bukan mengiktiraf, pendirian PRC bahawa Taiwan ialah sebahagian China. Bagi Kanada dan UK, persetujuan bertulis dua hala menyatakan bahawa kedua-dua pihak tersebut mengambil perhatian mengenai pendirian Beijing tetapi tidak memakai perkataan sokong. Pendirian kerajaan UK bahawa "masa hadapan Taiwan akan ditentukan secara damai oleh orang-orang di kedua-dua tebing Selat" pernah dinyatakan beberapa kali. Meskipun dakwaan PRC bahawa Amerika Syarikat membantah kemerdekaan Taiwan, Amerika Syarikat mengambil kesempatan daripada perbezaan tidak ketara antara "membantah" dan "tidak menyokong". Sebenarnya, kebanyakan besar kenyataan yang dikeluarkan Washington menyatakan bahawa pihaknya "tidak menyokong kemerdekaan Taiwan" dan bukannya berkata mereka "membantah" kemerdekaan. Oleh itu, AS kini tiada pendirian terhadap hasil politiknya, kecuali satu syarat jelas bahawa mestinya ada penyelesaian yang damai bagi perselisihan antara kedua-dua pihak seberang Selat Taiwan.[9] All of this ambiguity has resulted in the United States constantly walking on a diplomatic tightrope with regard to the China/Taiwan issue.

ROC menjalin hubungan diplomatik rasmi dengan 23 biah negara, kebanyakannya di Amerika Tengah dan Afrika. Takhta Suci juga mengiktiraf ROC, sebuah negeri yang majoriti penduduknya bukan beragama Hristian/Katolik, terutamanya untuk membantah apa yang dilihatnya sebagai penindasan penganut Katolik oleh kerajaan PRC di tanah besar China. Namun begitu, para diplomat Kota Vatican pernah berunding dengan ahli politik PRC sewaktu ketika kemangkatan Paus John Paul II, dengan harapan memperbaiki hubungan antara kedua-dua negara. Aapbila ditanya, seorang diplomat Vatican mencadangkan bahawa hubungan dengan Taiwan mungkin "boleh dikorbankan" sekiranya China sanggup menjalin hubungan diplomatik yang positif dengan Takhta Suci.[10] Di bawah pentadbiran Paus Benedict XVI, pihak Vatican dan China makin menunjukkan tanda-tanda minat untuk menjalinkan hubungan, termasuk pelantikan biskop pro-Vatican dan Paus membatalkan kunjungan dari Dalai Lama.[11]

Pada 1990-ab, berlakunya satu perebutan diplomatik yang mana PRC dan ROC berlumba-lumba untuk meraih sokongan diplomatik dari negara-negara kecil. Pergelutan ini kini semakin reda akibat pertumbuhan ekonomi PRC yang pesat dan timbulnya keraguan di Taiwan sama ada sokongan ini betul-betul memanfaatkan kepentingan ROC. Pada Mac 2004, Dominica mengalihkan pengiktirafan kepada PRC sebagai membalas budinya untuk pemberian bantuan.[12] Bagaimanapun, pada akhir tahun 2004, Vanuatu menukar pengiktirafan dari Beijing ke Taipei untuk masa yang singkat,[13] mengakibatkan Perdana Menteri negara terbabit dilucutkan jawatan lalu pulihnya pengiktirafan kepada Beijing.[14] Pada 20 Januari 2005, Grenada bertukar pengiktirafan dari Taipei ke Beijing, sebagai membalas budi bagi pemberian bantuan berjuta-juta dolar (AS$1,500 untuk setiap warga Grenada).[15]. Bagaimanapun, pada 14 Mei 2005, Nauru mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik formal dengan Taipei setelah terhenti selama tiga tahun, yang ketika Nauru mengiktiraf PRC untuk masa yang singkat. [16]

Pada 26 Oktober 2005, Senegal memutuskan hubungan dengan ROC lalu menjalinkan hubungan diplomatik dengan Beijing.[17] Pada tahun berikutnya, pada 5 Ogos 2006, Taipei mengkhiri hubungan dengan Chad yang turut menjalin buhungan dengan Beijing.[18] Sungguhpun beigtu pada 26 April 2007, Saint Lucia yang pernah memutuskan hubungan dengan Taiwan berikutan perubahan kerajaan pada Disember 1996, mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik rasmi dengan Taipei.[19] Pada 7 Jun 2007, Costa Rica memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan untuk mengejar tanah besar juga.[20] Pada Januari 2008, menteri luar Malawi melaporkan bahawa Malawi membuat keputusan untuk mengakhiri pengiktirafan diplomatik terhadap ROC, sekaligus mengiktiraf PRC.[21]

Kini, negara-negara yang menjalin hubungan diplomatik rasmi dengan ROC termasuk:

Kesan tekanan berterusan oleh pihak PRC untuk melarang sebarang perwakilan ROC yang menandakan kenegaraan, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa telah mengambil pelbagai dasar untuk menangani isu penyertaan Taiwan. Dalam sesetengah keadaan di mana hampir semua ahli PBB atau negeri berdaulat turut serta, seperti di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)[22], ROC telah disekat sama sekali, tetapi dalam keadaan lain seperti Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), ROC dapat turut serta dengan memakai nama yang ganjil, contoh: "Taipei China" bagi APEC dan IOC, dan "Wilayah Kastam Berasingan Taiwan, Penghu, Kimmen dan Matsu" (selalu dipendekkan menjadi "Taipei China") bagi WTO. Isu nama Taiwan menarik perhatian ramai ketika Kejohanan Klasik Besbol Sedunia (WBC) 2006. Para penganjur pertandingan 16 pasukan ini berniat untuk menggelar Taiwan sebagai Taiwan, tetapi beralih kepada "Taipei China" akibat tekanan dari China. Rakyat Taiwan membantah tindakan tersebut dengan mendakwa bahawa WBC bukan sebuah acara IOC, tetapi dakwaan itu tidak diterima.[23] Panduan nama-nama negara dan wilayah ISO 3166 mendaftarkan Taiwan (TW) secara berasingan dari Republik Rakyat China (CN), tetapi menyenaraikan Taiwan sebagai "Taiwan, Wilayah China" berdasarkan nama yang digunakan PBB kesan tekanan PRC. Dalam ISO 3166-2:CN, Taiwan juga dikodkan CN-71 di bawah China, maka menjadikan Taiwan sebahagian China dalam kategori-kategori ISO 3166-1 dan ISO 3166-2.

Isu tatanama yang mengelilingi Taiwan/ROC masih menjadi punca perbalahan di kalangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Lions Club, yang menghadapi kontroversi besar mengenai penamaan cawangannya di Taiwan.[24]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Taiwan breaks ties with Malawi". The Hindu. 14 Januari 2008. Dicapai pada 2008-02-02. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b c d "The One-China Principle and the Taiwan Issue". PRC Taiwan Affairs Office and the Information Office of the State Council. 2005. Dicapai pada 2006-03-06.
  3. ^ "China expresses strong indignation for "US-Taiwan defense conference": FM spokesman". People's Daily. 2004-10-10. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ a b c "The Official Position of the Republic of China (Taiwan) on China's Passing of the Anti-secession (Anti-Separation) Law" (Siaran akhbar). Mainland Affairs Council, ROC Executive Yuan. 2005-03-29. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "Taiwan assembly passes changes". BBC. 2005-06-07. Check date values in: |date= (bantuan)
  6. ^ Bunnag, Sanya (July 20, 1999). "Understanding Taiwan's tactics". BBC. Check date values in: |date= (bantuan)
  7. ^ Willem van Kemenade (2000). "Taiwan, Voting for Trouble?". The Washington Quarterly. 23.2: 135–151.
  8. ^ "Beijing media ups the ante". BBC. July 20, 1999. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "Overview of U.S. Policy Towards Taiwan" (Siaran akhbar). U.S. Department of State. 2004-04-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-05-13. Dicapai pada 2008-06-26. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ Spencer, Richard (May 16, 2005). "Vatican ready to sacrifice Taiwan for China". Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-17. Dicapai pada 2021-08-12. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ "The Vatican's Cold Shoulder". Wall Street Journal. 2007-12-20. Dicapai pada 2008-1-14. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  12. ^ Painter, James (30 Mac 2004). "Taiwan's 'Caribbean headache'". BBC. Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ Vurobaravu, Fred (24 November 2004). "Parliament debates Vanuatu-Taiwan deal". Vanuatu Daily Post. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ "Vanuatu gov. reshuffled after Taiwan controversy". China Radio International. 11 Disember 2004. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ "Grenada picks China over Taiwan". BBC. 21 Januari 2005. Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ "Nauru Switches its Allegiance Back to Taiwan from China". Taipei Times. May 15, 2005. Check date values in: |date= (bantuan)
  17. ^ "Senegal picks China over Taiwan". BBC. 26 Oktober 2005. Check date values in: |date= (bantuan)
  18. ^ "Taiwan Breaks Off Relations With Chad". Voice of America. 5 Ogos 2006. Text "http://www.voanews.com/english/2006-08-05-voa36.cfm" ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  19. ^ "Taiwan re-establishes diplomatic relations with St. Lucia". International Herald Tribune. 2007-08-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-24. Dicapai pada 2008-06-26.
  20. ^ "Taiwan loses Costa Rica's support". BBC News. 7 Jun 2007. Dicapai pada 2007-06-07. Check date values in: |date= (bantuan)
  21. ^ "Malawi Drops Ties With Taiwan for China". The Associated Press. 2008-01-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-07. Dicapai pada 2008-01-14. Check date values in: |date= (bantuan)
  22. ^ Klapper, Bradley (23 Mei 2006). "Taiwan fails in 10th bid for WHO observer status". Associated Press. Check date values in: |date= (bantuan)
  23. ^ "Major League Baseball succumbs to Beijing". WorldNetDaily. 1 Februari 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-02-06. Dicapai pada 2008-06-26. Check date values in: |date= (bantuan)
  24. ^ Yeh, Lindy (12 Julai 2002). "Taiwan's Lions Club gets another temporary name". Taipei Times. m/s. 3. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]