Bahasa Hokkien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Bahasa Hokkien
闽南话 / 閩南話 / 福建話
Bân-lâm-ōe / Bân-lâm-uē/ Hok-kiàn-uē
Asli kepadaRepublik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, dan tempat lain dari Min Nan dan penempatan Hoklo
KawasanProvinsi Fujian Selatan; tempat Chaozhou-Shantou (Chaoshan) dan Semenanjung Leizhou di provinsi Guangdong; teramat selatan dari provinsi Zhejiang; kebanyakan Taiwan; banyak dari Hainan (jika Hainanese atau Qiong Wen dimasukkan)
Penutur asli
50 juta
Sino-Tibetan
Status rasmi
Bahasa rasmi di
tiada (Bill Legislatif telah dicadangkan untuk menjadi salah satu dari 'bahasa kebangsaan' di Republik China); satu dari bahasa statutori untuk kenderaan awam pengumuman di RC [1]
Dikawal selia oleh(RC Kementerian Pendidikan dan sesetengah NGO adalah berpengaruh di Taiwan)
Kod bahasa
ISO 639-1zh
ISO 639-2chi (B)
zho (T)
ISO 639-3
nan

Bahasa Hokkien (sebutan Min Selatan: [bàn.ɾám] atau sebutan Hokkien Pinang: Hok-kiàn-uē) merupakan sebuah bahasa dari bahasa-bahasa Min Selatan yang berasal dari wilayah Fujian di China. Bahasa Hokkien ditutur secara meluas di wilayah Fujian dan pulau Taiwan, serta bahagian-bahagian utara dan selatan semenanjung Malaysia (seperti Pulau Pinang dan Johor Bahru), Kuching di Sarawak, dan Singapura. Di kepulauan Indonesia, bahasa ini ramai ditutur orang Cina di Medan, Bagansiapiapi, Jakarta, Pontianak, dan Surabaya. Dialek-dialek bahasa Hokkien tidak semuanya dapat memahami satu sama lain. Contohnya, bahasa Hokkien Taiwan berbeza daripada yang ditutur di Kedah.

Di Asia Tenggara, bahasa Hokkien pernah berfungsi sebagai lingua franca di kalangan orang Han dari subkelompok Cina manapun. Sampai hari ini, bahasa Hokkien merupakan sejenis bahasa Cina paling luas dipakai di Asia Tenggara dan memiliki berbagai loghat seperti Hokkien Pinang, Hokkien Singapura, Hokkien Medan, dan lain-lainnya.[1]

Bahasa Hokkien telah menyerapkan beberapa perkataan dari Bahasa Melayu dan juga sebaliknya. Contohnya, "bá-tû" dalam bahasa Hokkien Pinang bermaksud batu, tetapi penutur bahasa Hokkien Taiwan menyebutnya 石頭 (tsio̍h-thâu). Dan sebaliknya, "beca", "bihun", "bohsia", "kongsi", "kucai", "kuih", "lanca", "longkang", "mi", "samseng", "sengkuang", "tanglung", "tauge", "tauhu", "teh" dan "teko" semuanya berasal dari bahasa Hokkien.

Kata pinjaman dari bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai perkataan dalam bahasa Hokkien Pinang yang ditutur oleh orang Cina di Utara Semenanjung Malaysia (termasuk Alor Setar, Kedah dan Pulau Pinang) yang merupakan kata pinjaman dari bahasa Melayu.

Bahasa Hokkien Pinang Aksara Han Bahasa Melayu Bahasa Hokkien Taiwan Nota
ān-ting anting 耳鉤 (hīnn-kau)
bā-lái balai polis 警察局 (kíng-tshat-kio̍k)
bā-lu 峇魯 baru 拄才 (tú-tsiah)
báng-kû bangku 椅條 (í-liâu)
bá-tû 礣砥 batu 石頭 (tsio̍h-thâu)
bēr-liân berlian 璇石 (suān-tsio̍h)
bī-nā-tang binatang 動物 (tōng-bu̍t) 禽獸 (khîm-siù) juga dipakai.
gā-tái gatal 癢 (tsiūnn)
gēr-lí/gî-lí 疑理 geli 噁 (ònn)
jiám-bân 染蠻 jamban 便所 (piān-sóo)
kan-nang-tsû/kan-lang-tsû 蕳砃薯 kentang 馬鈴薯 (má-lîng-tsû)
kau-în/kau-îng 交寅 kahwin 結婚 (kiat-hun)
kí-siân kesian 可憐 (khó-liân)
lām-peng lampin 尿帕仔 (jiō-phè-á)
lô-ti 羅知 roti 麵包 (mī-pau)
lui duit 錢 (tsînn)
má-ná 嘛哪 mana 啥物時陣 (siánn-mih-sî-tsūn)
mā-nek manik 珠仔 (tsu-á)
má-tâ 馬打 mata-mata 警察 (kíng-tshat)
pá-sat 巴剎 pasar 菜市仔 (tshài-tshī-á) 萬山 (bān-san) berasal daripada bazaar lebih sering dipakai.
pīng-gang pinggang 腰 (io)
pún 呠/僨 pun 也 (iā)
lā-sa rasa 感覺 (kám-kak)
sá-bûn 雪文 sabun 茶箍 (tê-khoo)
sâm-pá 儳飽 sampah 糞埽 (pùn-sò)
sa-iang 捎央 sayang 愛 (ài)
som-bong sombong 勢利 (sè-lī)
su-kā/su-kah 私合 suka 愛 (ài)
tá-hān 扙捍 tahan 忍耐 (lím-nāi)
ta-pí 焦比/逐比 tapi 毋過 (m̄-koh)
to-lóng 多琅 tolong 鬥相共 (tàu-sann-kāng) 鬥相共 (tàu-sann-kāng) juga dipakai
tong-kat 杖楬 tongkat 枴仔 (kuái-á)
tsi-lā-kā celaka 該死 (kai-sí)
tsiám-pó campur 摻 (tsham)
tua-la tuala 面巾 (bīn-kin)

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Branner, David Prager (2000). Problems in Comparative Chinese Dialectology — the Classification of Miin and Hakka. Trends in Linguistics series, no. 123. Berlin: Mouton de Gruyter. ISBN 3-11-015831-0.
  • Chung, R.-f (196). The segmental phonology of Southern Min in Taiwan. Taipei: Crane Pub. Co. ISBN 957-9463-46-8.
  • DeBernardi, J. E (1991). "Linguistic nationalism--the case of Southern Min". Sino-Platonic papers, no. 25. Dept. of Oriental Studies, University of Pennsylvania.
  • "Southern Min Grammar" (3 articles), Part V, Sinitic Grammar, Hilary Chappell (ed.), Oxford University Press, Oxford 2001. ISBN 0-19-829977-X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Wikipedia Bahasa Hokkien, ensiklopedia bebas

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Wikipedia
Wikipedia Bahasa Hokkien, ensiklopedia bebas
  1. ^ West, Barbara A. (2009). Encyclopedia of the Peoples of Asia and Oceania. Facts on File. m/s. 289–290. ISBN 978-0816071098. eBook: ISBN 978-1438119137.