Nazril Irham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ariel Peterpan
Ariel Peterpan semasa Indonesian Movie Awards 2010
Latar belakang
Nama lahir Nazril Irham
Kelahiran 16 September 1981 (35 tahun)
Langkat, Sumatra Utara, Indonesia
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Tahun aktif 1997 - kini
Kerjaya muzik
Genre Pop Alternative, pop rock
Instrumen Vokal
Label Musica Studios
Sony Music Indonesia
Kegiatan berkait Peterpan, Noah

Nazril Irham atau lebih masyhur dengan panggilan Ariel atau Ariel Peterpan (lahir di Pangkalan Brandan, Langkat, Sumatra Utara , 16 September 1981; umur 35 tahun) adalah seorang penyanyi Indonesia yang merupakan vokalis bagi kumpulan muzik Peterpan. Ariel adalah anak bongsu dari 3 adik-beradik lelaki yang berketurunan orang Melayu.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ayah Ariel adalah seorang pegawai lapangan di perusahaan minyak Pertamina. Sementara ibunya adalah ibu rumah tangga biasa. Oleh kerana bekerja sebagai pegawai lapangan, ayahnya bekerja di lokasi yang berpindah-pindah dan tidak tetap. Tinggal di Pangkalan Brandan beberapa bulan, Ariel kecil dan keluarga harus pindah ke Langsa, sebuah kota yang ada di Aceh. Setelah tinggal di sana selama tujuh tahun, Ariel sekeluarga lantas pindah ke Bandung.

Sejak kecil Ariel telah memperlihatkan bakat besar di bidang seni, tapi bukan di bidang menyanyi. Bakat seni yang terlihat dari Ariel justru di bidang menggambar. Dia sempat menjuarai beberapa perlombaan menggambar di Bandung.

Gara-gara hobi menggambar, Ariel sempet bercita-cita jadi seorang arkitek. Tetapi, di tengah perjalanan hidupnya, ia menemukan satu hobi baru yang diminatinya, iaitu bermain muzik. Dari sinilah Ariel kemudian meniti pekerjaan.

Ariel pernah menikah dengan Sarah Amalia, namun kini telah bercerai. Bersama Sarah, ia dikaruniai putri bernama Alleia Anata. Ariel rasmi bercerai dengan Sarah pada 27 Mei 2008.

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Sejak kelas I SMP, Ariel telah intens membentuk grup muzik band. Band pertama yang dibentuknya bernama Peppermint. Sayang, nasib kumpulan ini hanya bertahan selama tujuh bulan.

Lantas, Ariel membuat kumpulan lagi bernama Sliver, Cholesterol dan Topi. Lagi-lagi, semuanya bubar di tengah jalan. Tapi, band yang disebut terakhir lumayan berjasa buat kariernya. Beberapa orang yang tergabung di Topi –termasuk Ariel-, sepakat membentuk band baru. Sebuah band yang diberi nama Peterpan dan bertahan sampai sekarang.

Bersama Peterpan, Ariel berupaya menembus kafe-kafe top di Bandung. Penampilan Peterpan yang atraktif plus vokal Ariel yang berkarakter diam-diam menarik minat Noey –eks basis Java Jive yang belakangan jadi pengeluar- untuk memasukkan lagu mereka dalam album kompilasi Kisah 2002 Malam. Lagu Mimpi Yang Sempurna yang termuat di album kompilasi itu berjaya jadi modal buat Peterpan untuk menembus industri rakaman.

Tahun 2003, Peterpan merilis album Taman Langit. Album ini ternyata meledak. Harus diakui, salah satu faktor yang mendukung larisnya album ini adalah vokal Ariel dan kemampuannya mengolah lirik. Lirik-lirik yang dibuat pengagum Kahlil Gibran ini amat dalam. Mampu menyentuh dasar hati pendengar lagu-lagunya.

Wajar jika nama Ariel semakin melambung. Posisinya sebagai frontman memungkinkannya menjelma jadi idola baru. Puncaknya, saat album Bintang di Surga dirilis pertengahan 2004 lalu. Ariel benar-benar jadi pujaan pencinta muzik Indonesia dari Sabang sampai Merauke.

Selain mempunyai pekerjaan dalam dunia muzik, Ariel sekarang menjadi bintang iklan. Ia menjadi model iklan Sunsilk bersama model Amy Lee.

Selain itu, Ariel pun menjadi bintang filem dalam filem masyhur Sang Pemimpi. Ariel melakonkan watak Arai, seorang pemuda yang tidak pernah berhenti bermimpi.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:PeterpanTemplat:Indo-bio-stub