Diplomasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertubuhan Bangsa Bersatu, dengan ibu pejabatnya di Bandaraya New York, ialah pertubuhan diplomatik antarabangsa yang terbesar di dunia.
Ger van Elk, Symmetry of Diplomacy, 1975, Groninger Museum.

Diplomasi ialah seni dan amalan mengendalikan rundingan di antara wakil kumpulan-kumpulan atau negara-negara. Istilah ini sering merujuk kepada amalan diplomasi antarabangsa, iaitu pengendalian perhubungan antara negara mahupun organisasi melalui rundingan di antara para diplomat profesional berkenaan isu-isu seperti perdamaian, perdagangan, peperangan, ekonomi dan budaya. Perjanjian-perjanjian antarabangsa selalunya dirundingkan oleh para diplomat sebelum dipersetujui oleh pembesar-pembesar negara.

Istilah diplomasi berasal daripada perkataan Greek diploma (yang bermaksud dilipat dua). Sewaktu zaman Yunani Purba, sebuah diploma ialah sijil yang menyatakan tamatnya pengajian dan lazimnya dilipat dua. Ketika empayar Rom purba pula, kata diploma digunakan untuk menerangkan dokumen rasmi perjalanan seperti pasport dan juga pelepasan untuk menggunakan jalan-jalan empayar, yang dicop ke atas dua buah piring logam. Kemudiannya, pengertiannya diluaskan untuk meliputi dokumen rasmi lain termasuk perjanjian-perjanjian dengan puak-puak asing. Sekitar 1700-an, orang-orang Perancis memanggil badan yang dianggotai pegawai-pegawai yang dihantar sebagai perwakilan di negara-negara asing sebagai le corps diplomatique. Istilah ini seterusnya diperkenalkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Edward Burke pada tahun 1796 berdasarkan perkataan Perancis diplomatie.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]