Negara dalam negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Negara [di] dalam negara[1] atau daulah terpendam (deep state) adalah situasi politik dalam sebuah negara ketika organ internalnya ("Negara Dalam") seperti angkatan bersenjata, badan perisikan, atau polis tidak mengakui kepemimpinan awam. Konsep ini juga mengacu pada syarikat milik pemerintah yang secara de facto-nya bertindak seumpama syarikat swasta, padahal ia berada di bawah kawalan pemerintah. Selain itu, istilah ini merujuk pada syarikat swasta yang bertindak secara de facto layaknya "negara di dalam negara".[2]

Perdebatan politik mengenai hal ini yang berkaitan dengan pemisahan di antara agama dan negara muncul dari tanggapan bahawa apabila agama dibiarkan begitu saja, institusi itu bisa berubah menjadi negara di dalam negara dan secara tidak sah melampaui kekuasaan awam dalaman yang dipegang pemerintah negara.[3]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Istilah "negara [di] dalam negara" merupakan pinjam terjemah dari istilah bahasa Yunani κράτος εν κράτει, kratos en kratei melalui padanan bahasa Latinnya imperium in imperio[4] atau status in statu.

"Daulah terpendam" merupakan pinjam terjemah rekursif kata bahasa Inggeris "deep state" dicipta penulis dan aktivis Malaysia, Hishamuddin Rais, dalam sebuah artikel nukilannya di laman Malaysiakini bertarikh tahun 2014,[5] di mana "daulah" lebih merujuk kepada suatu "pemusatan kuasa atau kuasa yang dimiliki oleh satu sosok atau satu kumpulan" misalnya seorang raja atau badan pemerintah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Indonesia lebih menulis kata ini sebagai "negara di dalam negara" manakala Malaysia lebih menulis ia sebagai "negara dalam negara".
  2. ^ Daniel De Leon: "Imperium in imperio" in: Daily People, June 4, 1903.
  3. ^ Cf William Blackstone, Commentaries on the Laws of England, IV, c.4 ss. iii.2, p. *54, where the charge of being imperium in imperio was notably levied against the Church
  4. ^ from Baruch Spinoza: Tractatus Politicus, Caput II, § 6.
  5. ^ Hishamuddin Rais (23 Julai 2014). "Apa itu daulah terpendam?". Malaysiakini. Dicapai 25 April 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]