Alam Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Alam Melayu ialah istilah yang digunapakai untuk merujuk kepada Semenanjung Tanah Melayu dan Asia Tenggara di bahagian kepulauan. Istilah ini digunakan kerana Bahasa Melayu ialah bahasa pengantar atau lingua franca di kawasan-kawasan tersebut. Alam Melayu juga dikenali sebagai Nusantara atau Alam Jawi.