Nelson Rockefeller

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nelson Rockefeller
نيلسن روکفيلر
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-41
Dalam jawatan
19 Disember 1974 – 20 Januari 1977
PresidenGerald Ford
Didahului olehGerald Ford
Digantikan olehWalter Mondale
Gabenor New York ke-49
Dalam jawatan
1 Januari 1959 – 18 Disember 1973
PresidenDwight D. Eisenhower
John F. Kennedy
Lyndon B. Johnson
Richard Nixon
Didahului olehW. Averell Harriman
Digantikan olehMalcolm Wilson
Butiran peribadi
Lahir(1908-07-08)8 Julai 1908
Bar Harbor, Maine, A.S.
Meninggal dunia26 Januari 1979(1979-01-26) (umur 70)
Bandar Raya New York, New York
Parti politikRepublikan
PasanganMary Todhunter Clark
(kahwin 1930-1962)
Margaretta Large Fitler
(kahwin 1963-1979)
Anak-anakRodman Clark Rockefeller
Ann Rockefeller
Steven Clark Rockefeller
Mary Rockefeller
Michael Clark Rockefeller
Nelson Aldrich Rockefeller Jr.
Mark Fitler Rockefeller
KediamanBandar Raya New York
Alma materKolej Dartmouth
PekerjaanAhli politik

Nelson Aldrich Rockefeller (lahir 8 Julai 1908, meninggal dunia 26 Januari 1979; Jawi: نيلسن اولدريچ روکفيلر) merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat ke-41, ahli politik Amerika Syarikat dan seorang Republikan. Beliau berasal daripada keluarga Rockefeller yang terkenal di Amerika Syarikat.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Rockefeller dilahirkan di Bar Harbor, Maine, Amerika Syarikat pada 8 Julai 1908. Beliau merupakan anak kepada John D. Rockefeller Jr. dan Abby Aldrich Rockefeller. Beliau adalah salah seorang cucu kepada John D. Rockefeller Sr., pengasas syarikat minyak Standard Oil.

Pada tahun 1930, Rockefeller berkahwin dengan Mary Todhunter Clark dan mendapat empat anak iaitu Michael Rockefeller, Steven Clark Rockefeller, Rodman Rockefeller dan Ann Rockefeller. Pada tahun 1962, beliau bercerai dengan Mary dan berkahwin dengan Margaretta Large Fitler pada tahun 1963 dan mendapat tiga orang anak lagi iaitu Mark Rockefeller, Malinda Fitler Murphy dan Nelson Rockefeller Jr.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Seni daripada Dartmouth College dan lulus pada tahun 1930 daripada Kolej Dartmouth.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Dia mencuba sebanyak tiga kali untuk mendapatkan pencalonan partinya untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat tetapi tewas kepada Naib Presiden yang nampak konservatif dan bakal Presiden Richard Nixon pada tahun 1960 dan 1968 dan Senator Barry Goldwater dari Arizona pada tahun 1964. Beliau enggan menyokong Senator Goldwater di pilihan raya umum selepas tewas kepada dia. Beliau dikutuk oleh Nixon dan mengatakan bahawa Rockefeller bukanlah seorang Republikan yang setia. Beliau merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1974 - 1977 di bawah pentadbiran Presiden Gerald Ford.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]