New Horizons

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain, sila lihat New Horizons (nyahkekaburan).
New Horizons
Pengendali NASA
Kontraktor utama JHU APL, SwRI
Jenis misi Flyby
Lintas terbang 132524 APL, Jupiter, Pluto, and Charon
Tarikh lintas terbang July 14, 2015
Tarikh Berlepas January 19, 2006
Kenderaan Pelancar Atlas V-551
Tempoh misi Flyby of Pluto (>10 yr)
elapsed: 9 tahun, 6 bulan dan 12 hari
ID COSPAR 2006-001A
Laman web New Horizons Home
Jisim 478 kg (1,054 lb)
Unsur orbital
Kecondongan Currently negligible (Setakat 2006)

New Horizons ialah sebuah prob angkasa lepas antara planet yang telah dilancarkan di bawah program New Frontiers oleh NASA. Ia dibina oleh Makmal Fizik Gunaan (APL) Universiti Johns Hopkins dan Institut Kajian Barat Daya (SwRI) dengan kumpulan yang diketuai oleh S. Alan Stern. Kapal angkasa ini telah dilancarkan untuk mengkaji Pluto, bulan-bulannya serta lingkaran Kuiper; ia akan melakukan lintas terbang melalui sistem Pluto dan beberapa objek lingkaran Kuiper (KBO) yang lain.[1][2][3][4]

New Horizons terbina hasil daripada usaha selama bertahun-tahun untuk menghantar satu kapal angkasa ke Pluto, bermula dari tahun 1990 dengan Pluto 350, dengan Alan Stern dan Fran Bagenal daripada "Pluto Underground", dan pada 1992 dengan Pluto Fast Flyby oleh Jet Propulsion Laboratory; yang kedua tersebut diinspirasikan oleh satu setem USPS yang melabelkan Pluto dengan "Tidak Lagi Diterokai" ("Not Yet Explored"). Misi ini bertujuan menghantar sebuah kapal angkasa yang ringan dan berkesan kos ke Pluto dan kemudiannya berubah menjadi misi objek lingkaran Kuiper yang dinamakan Pluto Kuiper Express. Namun, disebabkan kurangnya sokongan daripada NASA dan kos ramalan yang semakin meningkat, projek in akhirnya dibatalkan sepenuhnya pada tahun 2000.

Pembatalan program tersebut membawa kepada reaksi yang hebat, maka program New Frontiers telah ditubuhkan untuk misi-misi yang bajetnya berada di antara bajet tinggi Program Flagship dan bajet rendah Program Discovery. Makmal Fizik Gunaan, dengan kumpulan yang diketuai oleh Alan Stern dan terdiri daripada ahli-ahli Pluto Kuiper Express sebelumnya, telah memenangi pertandingan untuk mendapat tajaan oleh program New Frontiers untuk projek New Horizons mereka, yang didasarkan kerja-kerja yang terhenti daripada Pluto Kuiper Express. Namun, pembiayaan untuk misi ini masih belum terjamin sehinggalah selepas satu persetujuan kewangan dicapai antara kumpulan tersebut dengan bekas Pentadbir NASA, Sean O'Keefe. Selepas tiga tahun pembinaan, dan beberapa penangguhan di tapak pelancaran, New Horizons telah dilancarkan pada 19 Januari 2006 dari Tanjung Canaveral terus menghala ke trajektori lepas Bumi dan matahari dengan kelajuan relatif kepada Bumi selaju 16.26 kilometer sesaat (58,536 km/j; 36,373 bsj). Kapal angkasa ini mencatat rekod kelajuan pelancaran objek buatan manusia paling tinggi dari Bumi.

Selepas pertemuan pendek dengan asteroid 132524 APL, New Horizons menghala ke Musytari; ia melakukan hampiran terdekat dengan planet tersebut pada 28 Februari 2007 dari jarak 2.3 juta kilometer (1.4 juta batu). Lintas terbang Musytari memberikan bantuan graviti yang meningkatkan kelajuan New Horizons sebanyak 4 km/s (14,000 km/j; 9,000 bsj). Pertembungan ini juga digunakan untuk melakukan ujian umum terhadap kemampuan saintifik New Horizons; dalam pertembungan ini, kapal angkasa tersebut telah mengambalikan data-data berkenaan atmosfera, bulan-bulan dan magnetosfera Musytari]]. Kebanyakan masa pelayaran kapal angkasa ini selepas melintasi Musytari diluangkan oleh kapal angkasa ini dalam mod hibernasi untuk memastikan keadaan baik sistem-sistem dalam kapal; ia hanya dihidupkan seketika setiap tahun untuk ujian semakan.[5] Pada 6 Disember 2014, New Horizons dihidupkan semula untuk pertembungan dengan Pluto, dan pemeriksaan peralatan-peralatannya dimulakan.[6] Pada 15 Januari 2015, kapal angkasa New Horizons memulakan fasa penghampirannya dengan Pluto. Pada 14 Julai 2015 jam 11:49 UTC (07:49 EDT; 19:49 MST), ia terbang 12,600 km (7,800 batu) di atas permukaan Pluto,[7][8] menjadikannya kapal angkasa pertama yang menjelajah Pluto.[4][9] Beberapa jam kemudian, pada 00:52:37 UTC (20:52:37 EDT; 08:52:37 MST),[10] NASA telah menerima komunikasinya yang pertama daripada prob tersebut selepas lintas terbang pada masa yang diramalkan. Data kejuruteraan menunjukkan bahawa lintas terbang tersebut berjaya dan prob itu berfungsi sepenuhnya seperti yang dijangkakan.[11][12][13]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penjelajahan Pluto telah difikirkan sejak penemuannya oleh Clyde Tombaugh pada tahun 1930. Salah satu daripada beberapa kemungkinan bagi kapal angkasa Voyager 1 selepas lintas terbangnya melepasi Zuhal pada tahun 1980 adalah untuk menggunakan Zuhal sebagai tarbil graviti ke arah Pluto untuk melakukan lintas terbang seawal Mac 1986.[14] Namun, saintis-saintis program Voyager telah merancang satu lintas terbang melepasi Titan ketika pertembungannya dengan Zuhal untuk memenuhi objektif saintifik yang lebih penting. Lintas terbang Pluto dalam keadaan ini adalah mustahil, bukan sahaja kerana kapal angkasa tersebut melakukan hampiran yang rapat dengan Titan, tetapi ia juga berada dalam trajektori yang menarbil kapal angkasa tersebut ke atas keluar daripada ekliptik.[15] Oleh kerana tiada misi ke Pluto dirancangkan oleh mana-mana agensi angkasa pada masa itu, planet tersebut akan terus tidak diteroka selama bertahun-tahun kemudiannya. Sejurus selepas lintas terbang Voyager 2 melepasi Neptun dan penemuannya berkenaan Triton pada Ogos 1989, saintis mencuba untuk mendapatkan minat bagi satu misi ke Pluto dan kajian lebih lanjut terhadap kewujudan lingkaran Kuiper dan objek-objek lingkaran Kuiper yang mungkin serupa dengna Triton.[16]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "New Horizons to Pluto, Mission Website". US National Aeronautics and Space Administration (NASA). 2 July 2015. Diperoleh pada 7 July 2015. 
  2. Chang, Kenneth (July 13, 2015). "A Close-Up for Pluto After Spacecraft’s 3-Billion-MileTrip". New York Times. Diperoleh pada July 13, 2015. 
  3. Chang, Kenneth (July 6, 2015). "Almost Time for Pluto’s Close-Up". New York Times. Diperoleh pada July 6, 2015. 
  4. 4.0 4.1 Overbye, Dennis (July 6, 2015). "Reaching Pluto, and the End of an Era of Planetary Exploration". New York Times. Diperoleh pada July 7, 2015. 
  5. "New Horizons: NASA's Mission to Pluto". NASA. Diperoleh pada April 15, 2015. 
  6. "New Horizons - News". John's Hopkins Applied Physics Laboratory. December 6, 2014. Diperoleh pada April 15, 2015. 
  7. Chang, Kenneth (July 14, 2015). "NASA’s New Horizons Spacecraft Completes Flyby of Pluto". New York Times. Diperoleh pada July 14, 2015. 
  8. Dunn, Marcia (14 July 2015). "Pluto close-up: Spacecraft makes flyby of icy, mystery world". AP News. Diperoleh pada 14 July 2015. 
  9. Brown, Dwayne; Cantillo, Laurie; Buckley, Mike; Stotoff, Maria (14 July 2015). "15-149 NASA's Three-Billion-Mile Journey to Pluto Reaches Historic Encounter". NASA. Diperoleh pada 14 July 2015. 
  10. Staff (14 July 2015). "NASA News Briefing on New Horizons 09:30 pm - 10:30 pm; 07/14/2015". NASA. Diperoleh pada 14 July 2015. 
  11. Staff (14 July 2015). "NewHorizons "phoned home" & is healthy!". Twitter @NASA. Diperoleh pada 14 July 2015. 
  12. Brown, Dwayne; Cantillo, Laurie; Buckley, Mike; Stothoff, Maria (14 July 2015). "15-150 - NASA's New Horizons ‘Phones Home’ Safe after Pluto Flyby". NASA. Diperoleh pada 15 July 2015. 
  13. Chang, Kenneth (14 July 2015). "NASA’s New Horizons Spacecraft Sends Signal From Pluto to Earth". New York Times. Diperoleh pada 14 July 2015. 
  14. Betz, Eric (23 June 2015). "Why didn't Voyager visit Pluto?". Astronomy. Kalmbach Publishing. Diperoleh pada 8 July 2015. 
  15. Landau, Elizabeth R.; Medina, Enrique; Angrum, Andrea. "Frequently Asked Questions". Voyager. Jet Propulsion Laboratory (JPL) / National Aeronautics and Space Administration (NASA). Diperoleh pada 8 July 2015.  "Voyager 1 could have been aimed on to Pluto, but exploration of Titan and the rings of Saturn was a primary scientific objective. This caused the trajectory to be diverted upward out of the ecliptic plane such that no further planetary encounters were possible for Voyager 1."
  16. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan newhorizonsbook tidak disediakan

Media[sunting | sunting sumber]


New Horizons probe launches from Kennedy Space Center on January 19, 2006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Asteroid spacecraft Templat:Jupiter spacecraft Templat:Pluto Templat:NASA navbox