Nick Clegg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat
Nick Clegg
Deputy Prime Minister (4974531534).jpg
Jurucakap Parti Liberal Demokrat Eropah
Memegang jawatan
19 Julai 2016
Pemimpin Tim Farron
Didahului oleh Jawatan diwujudkan
Timbalan Perdana Menteri United Kingdom
Dalam jawatan
11 Mei 2010 – 8 Mei 2015
Perdana Menteri David Cameron
Didahului oleh John Prescott
Digantikan oleh Jawatan tidak aktif
Lord President of the Council
Dalam jawatan
11 Mei 2010 – 8 Mei 2015
Perdana Menteri David Cameron
Didahului oleh Peter Mandelson
Digantikan oleh Chris Grayling
Presiden Parti Demokrat Liberal
Dalam jawatan
18 Disember 2007 – 16 Julai 2015
Timbalan Vince Cable
Simon Hughes
Malcolm Bruce
Didahului oleh Menzies Campbell
Digantikan oleh Tim Farron
Jurucakap Dalaman Parti Demokrat Liberal
Dalam jawatan
2 Mac 2006 – 18 Disember 2007
Pemimpin Menzies Campbell
Didahului oleh Mark Oaten
Digantikan oleh Chris Huhne
Ahli Parlimen United Kingdom
untuk Sheffield Hallam
Dalam jawatan
5 Mei 2005 – 3 Mei 2017
Didahului oleh Richard Allan
Digantikan oleh Belum dipastikan
Majoriti 2,353 (4.2%)
Ahli Parlimen Eropah
untuk Eropah Timur
Dalam jawatan
10 Jun 1999 – 10 Jun 2004
Didahului oleh Perlembagaan diwujudkan
Digantikan oleh Robert Kilroy-Silk
Butiran peribadi
Lahir Nicholas William Peter Clegg
(1967-01-07) 7 Januari 1967 (umur 51)
Chalfont St Giles, Buckinghamshire, England
Parti politik Parti Demokrat Liberal
Pasangan Miriam González Durántez
Anak-anak 3
Pendidikan Caldicott School
Westminster School
Alma mater Robinson College, Cambridge
University of Minnesota, Twin Cities
College of Europe
Laman sesawang Official website

Nicholas William Peter Nick Clegg atau Nick Clegg[1]dilahirkan pada 7 Januari 1967. Beliau merupakan ahli politik British. Beliau juga merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan campuran Konservatif-Demokrat Liberal dari tahun 2010 sehingga 2015.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di kawasan Sheffield Hallam. Beliau juga mantan Ahli Parlimen Eropah dari tahun 1999 hingga 2004. Kali pertama beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen ialah pada tahun 2005 atas tiket Parti Liberal-Demokrat. Pada tahun 2007, beliau dipilih sebagai pemimpin parti tersebut. Pada pilihan raya umum 2010, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah pimpinan David Cameron. Kerajaan campuran dibentuk selepas Parti Konservatif dan Parti Liberal-Demokrat memenangi banyak kerusi ketika itu. Pada pilihan raya umum 2015, beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri United Kingdom ekoran kekalahan teruk dalam pilihan raya tersebut.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Clegg mendirikan rumahtangga dengan Miriam González Durántez pada tahun 2000 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki. Isterinya, Durantez seorang penganut kristian katolik dari Sepanyol. Ketiga-tiga orang anaknya dibesarkan dalam anutan kristian katolik. Manakala Clegg adalah seorang atheis.

Keluarga Clegg mempunyai campuran pelbagai bangsa dan etnik. Nenek disebelah bapanya berasal dari Russia. Ibunya seorang warga Belanda telah dipenjarakan oleh tentera Jepun pada era perang dunia kedua. Clegg mampu menguasai pelbagai bahasa antaranya bahasa Belanda, Inggeris, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Beliau juga menegaskan kerana pengaruh dari kalangan ahli keluarganya menyebabkan beliau lebih menumpukan kepada aliran liberal.[2]

Sebelum menceburi bidang politik[sunting | sunting sumber]

Clegg dilahirkan di Buckinghamshire, England. Beliau mendapat pendidikan rendah di Caldicott dan menyambung ke peringkat menengah di Westminster. Selepas tamat belajar, beliau bekerja sebagai jurulatih ski di Austria sebelum menyambung semula pelajarannya di Kolej Universiti Robinson, Cambridge, England. Beliau memperoleh Ijazah sarjana muda dalam bidang Anthropology. Selepas tamat dalam pendidikan sarjana muda, beliau dianugerahkan biasisiwa untuk menyambung pelajarannya di peringkat Sarjana di Universiti Minnesota, Amerika Syarikat. Selepas berjaya dalam bidang pendidikan, beliau diterima bekerja dengan Christopher Hitchens di kota New York, Amerika Syarikat kemudian beliau berhijrah ke Brussels untuk berkhidmat di Kesatuan Eropah sebagai pelatih urusetia. Beliau kemudian meneruskan pelajaran Sarjana keduanya di Kolej Eropah, Bruges dimana disitu beliau berkenalan dengan Durantez. Dari tahun 1994 hingga 1998, beliau berkhidmat di pejabat Pesuruhjaya Eropah untuk meneruskan rundingan diplomatik dengan kerajaan Russia dan China.

Tugas sebagai Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Clegg memenangi pilihan raya umum 2005 dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Sheffield Hallam pada Mei 2005. Dalam kempen pilihan raya tersebut, beliau membawa manifesto untuk menggubal dasar sistem pemenjaraan bagi warga imigran asing agar pihak kerajaan tidak memberi kebebasan yang meluas kepada mereka yang bekerja disini walaupun digelar sebagai pengganas. Beliau juga menggelarkan perang di Iraq adalah satu jenayah perang dan salah di sisi undang-undang sivil. Pada bulan Disember 2007, beliau dipilih sebagai pemimpin baharu Parti Liberal-Demokrat di United Kingdom.

Tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum 2010, parti beliau telah membawa manifesto mengenai potongan cukai sebanyak 800 Pound Sterling, menyediakan bajet 2.5 bilion Pound Sterling bagi dana pendidikan, meluluskan umdang-undang perkahwinan bagi pasangan gay, memperkenalkan cuti baharu bagi pasangan ibu bapa dalam menguruskan anak yang masih kecil dan lain-lain.

Beliau dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri United Kingdom pada 11 Mei 2010 hingga 8 Mei 2015. Ekoran kekalahan teruk parti pimpinan beliau dalam pilihan raya umum 2015, beliau meletakkan jawatan dan jawatan tersebut dikosongkan oleh Perdana Menteri David Cameron yang kemudiannya diikuti oleh Theresa May sehingga kini.

Senarai Timbalan Perdana Menteri United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Penunjuk
  •      Buruh
  •      Konservatif
  •      Demokrat Liberal
  • Nama Gambar Tempoh perkhidmatan Parti politik dan jawatan Portfolio Perdana Menteri
    Clement Attlee Clement Attlee.PNG 19 Februari 1942 23 Mei 1945 Parti Buruh
    (Pemimpin)
    Timbalan Perdana Menteri
    Setiausaha Dominions (hingga 1943)
    Winston Churchill
    Herbert Morrison Herbert Morrison 1947.jpg 26 Julai 1945 26 Oktober 1951 Parti Buruh
    (Timbalan)
    Timbalan Perdana Menteri
    Setiausaha Kementerian Luar dan Komanwel (dari 1951)
    Clement Attlee
    Anthony Eden 60px 26 Oktober 1951 6 April 1955 Parti Konservatif Timbalan Perdana Menteri
    Setiausaha Kementerian Luar dan Komanwel
    Winston Churchill
    Jawatan dikosongkan 1955–1962 Anthony Eden
    Harold Macmillan
    R. A. Butler Rab Butler.png 13 Julai 1962 18 Oktober 1963 Konservatif Timbalan Perdana Menteri
    Setiausaha Negara pertama
    Jawatan dikosongkan 1963–1979 Alec Douglas-Home
    Harold Wilson
    Edward Heath
    Harold Wilson
    James Callaghan
    Viscount William Whitelaw 4 Mei 1979 10 Januari 1988 Konservatif Timbalan Perdana Menteri
    Setiausaha Dalaman (1979–1983)
    Margaret Thatcher
    Sir Geoffrey Howe Geoffrey Howe.jpg 24 Julai 1989 1 November 1990 Konservatif Timbalan Perdana Menteri
    Jawatan dikosongkan 1990–1995 John Major
    Michael Heseltine 20 Julai 1995 2 Mei 1997 Konservatif Timbalan Perdana Menteri
    Setiausaha Negara pertama
    John Prescott John Prescott on his last day as Deputy Prime Minister, June 2007.jpg 2 Mei 1997 27 Jun 2007 Buruh Timbalan Perdana Menteri
    Kementerian Persekitaran, Pengangkutan dan Keagamaan (hingga 2001)
    Setiausaha Negara pertama (dari 2001)
    Tony Blair
    Jawatan dikosongkan 2007–2010 Gordon Brown
    Nick Clegg Nick Clegg 2012.jpg 11 Mei 2010 8 Mei 2015 Liberal Demokrat
    (Pemimpin)
    Timbalan Perdana Menteri[3][4]
    Kementerian Perlembagaan dan Politik
    David Cameron
    Kerajaan campuran pertama David Cameron
    Jawatan dikosongkan 2015–kini David Cameron
    Theresa May

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]



    Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.