Theresa May

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
The Right Honourable
Theresa May
MP
Theresa May UK Home Office (cropped).jpg

Tempoh jawatan
13 Julai 2016 – kini
Raja/Ratu Elizabeth II
Didahului oleh David Cameron

Ketua Parti Konservatif
Tempoh jawatan
11 Julai 2016 – kini
Didahului oleh David Cameron

Tempoh jawatan
12 Mei 2010 – 13 Julai 2016
Perdana Menteri David Cameron
Didahului oleh Alan Johnson
Diganti oleh Amber Rudd

Menteri Wanita dan Kesaksamaan
Tempoh jawatan
12 Mei 2010 – 4 September 2012
Perdana Menteri David Cameron
Didahului oleh Harriet Harman
Diganti oleh Maria Miller

Pengerusi Parti Konservatif
Tempoh jawatan
23 Julai 2002 – 6 November 2003
Ketua Iain Duncan Smith
Didahului oleh David Davis
Diganti oleh Liam Fox
The Lord Saatchi

Ahli Parlimen Maidenhead
Penyandang
Tempoh jawatan 
1 Mei 1997
Didahului oleh Kawasan parlimen ditubuhkan
Majoriti 29,059 (54.0%)Templat:Collapsed infobox section begin

Setiausaha Negeri Bayangan untuk Kerja dan Pencen
Tempoh jawatan
19 Januari 2009 – 11 Mei 2010
Ketua David Cameron
Didahului oleh Chris Grayling
Diganti oleh Yvette Cooper

Setiausaha Negeri Bayangan untuk Wanita dan Kesaksamaan
Tempoh jawatan
2 Julai 2007 – 11 Mei 2010
Ketua David Cameron
Didahului oleh Eleanor Laing
Diganti oleh Yvette Cooper
Tempoh jawatan
15 Jun 1999 – 18 September 2001
Menteri Wanita Bayangan
Ketua William Hague
Didahului oleh Gillian Shephard
Diganti oleh Caroline Spelman

Ketua Bayangan House of Commons
Tempoh jawatan
6 Disember 2005 – 19 Januari 2009
Ketua David Cameron
Didahului oleh Chris Grayling
Diganti oleh Alan Duncan

Setiausaha Negeri Bayangan untuk Kebudayaan, Media dan Sukan
Tempoh jawatan
6 Mei 2005 – 8 Disember 2005
Ketua Michael Howard
Didahului oleh John Whittingdale
Diganti oleh Hugo Swire

Setiausaha Negeri Bayangan untuk Kekeluargaan
Tempoh jawatan
15 Jun 2004 – 8 Disember 2005
Ketua Michael Howard
Didahului oleh Jawatan ditubuhkan
Diganti oleh Jawatan mansuh

Setiausaha Negeri Bayangan untuk Alam Sekitar dan Pengangkutan
Tempoh jawatan
6 November 2003 – 14 Jun 2004
Ketua Michael Howard
Didahului oleh David Lidington (Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar)
Tim Collins (Pengangkutan)
Diganti oleh Tim Yeo

Setiausaha Negeri Bayangan untuk Pengangkutan
Tempoh jawatan
6 June 2002 – 23 Julai 2002
Ketua Iain Duncan Smith
Didahului oleh Diri beliau (Pengangkutan, Kerajaan Tempatan dan Wilayah)
Diganti oleh Tim Collins

Setiausaha Negeri Bayangan untuk Pengangkutan, Kerajaan Tempatan dan Wilayah
Tempoh jawatan
18 September 2001 – 6 Jun 2002
Ketua Iain Duncan Smith
Didahului oleh Archie Norman (Alam Sekitar, Pengangkutan dan Wilayah)
Diganti oleh Diri beliau (Pengangkutan)
Eric Pickles (Kerajaan Tempatan dan Wilayah)

Lahir (1956-10-01) 1 Oktober 1956 (umur 61)
Eastbourne, England, UK
Parti politik Konservatif
Pasangan Philip May (kahwin 1980–kini) «start: (1980-09-06)»"Marriage: Philip May to Theresa May" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Theresa_May)
Kediaman 10 Downing Street
Alma mater St Hugh's College, Oxford
Agama Anglikan[1][2]
Tandatangan
Laman web Laman web kerajaan

Theresa Mary May (née Brasier; lahir 1 Oktober 1956) merupakan Perdana Menteri United Kingdom dan Ketua Parti Konservatif. Beliau merupakan Ahli Parlimen (MP) untuk Maidenhead sejak 1997. May menganut fahaman One-Nation Conservative dan disifatkan sebagai konservatif liberal.

May merupakan seorang anak kepada vikar yang pernah membesar di Oxfordshire. Dari 1977 hingga 1983, beliau bertugas untuk Bank of England, dan dari 1985 hingga 1997 di Association for Payment Clearing Services, dan juga berkhidmat sebagai ahli majlis Durnsford Ward, Daerah Merton, London. Setelah berkali-kali gagal dipilih untuk ke House of Commons pada 1992 dan 1994, beliau terpilih sebagai wakil rakyat untuk Maidenhead pada pilihan raya umum 1997. May pernah memegang beberapa jawatan dalam kabinet-kabinet bayangan William Hague, Iain Duncan Smith, Michael Howard, dan David Cameron, termasuk Ketua Dewan Rakyat Bayangan dan Setiausaha Kerja dan Pencen Bayangan. Beliau juga Pengerusi Parti Konservatif dari 2002 hingga 2003.

Setelah terbentuknya kerajaan campuran ekoran pilihan raya 2010, May dilantik sebagai Setiausaha Dalam Negeri, dan Menteri Wanita dan Kesaksamaan yang disandangnya hingga 2012. Dilantik semula selepas kemenangan Konservatif pada pilihan raya 2015, beliau menjadi Setiausaha Dalam Negeri paling lama berkhidmat semenjak James Chuter Ede dari lebih 60 tahun dahulu, mengusahakan pembaharuan polis, memperketat dasar kawalan dadah dan mengenakan sekatan terhadap kemasukan penghijrah.[3]

Ekoran peletakan jawatan David Cameron pada 24 Jun 2016, May mengumumkan pencalonannya untuk kepimpinan  Parti Konervatif lalu tampil sebagai pendahulu. Beliau menang besar undian pertama AP Konservatif pada 5 Julai, dan dua hari kemudian memenangi undian 199 AP, lalu berentap dengan Andrea Leadsom untuk merebut sokongan ahli-ahli Parti Konservatif. Leadsom menarik diri daripada pemilihan pada 11 Julai, maka May dilantik sebagai ketua pada hari yang sama. Dua hari kemudian, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Pada pilihan raya umum 2017, Parti Konservatif pimpinannya kehilangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Parti Konservatif mencatatkan kehilangan 13 kerusi kebanyakan kerusi dari para menteri. Banyak pihak terutamanya dari Parti Buruh mendesak agar Theresa May meletakkan jawatan tetapi beliau berjaya membuat pakatan baharu untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama Parti Kesatuan Demokratik (DUP). Dengan penggabungan ini, beliau dipilih semula sebagai Perdana Menteri United Kingdom. Kekalahan Parti Konservatif ini dilihat apabila Theresa May mempercepatkan pembubaran parlimen bagi membolehkan kerajaan pimpinannya menyertai semula ke dalam Kesatuan Eropah berikutan peristiwa Brexit ketika pimpinan dari rakan sejawatnya, David Cameron.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gimson, Andrew (20 Oktober 2012). "Theresa May: minister with a mind of her own". The Observer. London. May said: 'I am a practising member of the Church of England, a vicar's daughter.' 
  2. ^ Howse, Christopher (29 November 2014). "Theresa May's Desert Island hymn". The Daily Telegraph. London. The Home Secretary declared that she was a 'regular communicant' in the Church of England 
  3. ^ "Boring and competent Theresa May is what the nation needs after shock Brexit vote". The Independent. 1 Julai 2016. Dicapai pada 11 Julai 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.