Pergi ke kandungan

Nona (kumpulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
NONA
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2021–2022
Syarikat rakaman
Rhythm & Rhyme Entertainment
Bekas ahli

Nona (digayakan dalam huruf besar) ialah kumpulan penyanyi wanita Malaysia, yang memperoleh kejayaan singkat dalam industri muzik. Bekas ahli kumpulan ini terdiri daripada Raja Nuraizureen Raja Azahari (Nona Raja), Angela Low Kar Yee (Nona Lela) dan Erika Rianty Anthony (Nona Rika). Kumpulan ini mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulung mereka, "Kasuari".[1][2]

Nona ditubuhkan pada 2021 oleh pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy di bawah label milik mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment setelah menyedari kemunculan kumpulan gadis yang semakin mendapat perhatian di industri muzik Malaysia.[3] Menurut Stacy, idea untuk menubuhkan sebuah kumpulan gadis mula diutarakan pada 2019. Stacy berkata kepada mStar Online: "Perancangan nak mewujudkan Nona ini sejak 2019 lagi, tapi agak terbatas sebab sibuk dengan kerja sendiri. Apabila sudah ada pengetahuan dan berdasarkan pengalaman, jadi saya dan Akim memikirkan sudah sampai waktu untuk berkarya kepada orang lain pula. Konsep dan hala tuju yang ada ini kami cuba terapkan kepada orang baru lengkap dengan lagu mereka sekali".[4]

Ahli kumpulan Nona terdiri daripada Raja Nuraizureen Raja Azahari, Angela Low Kar Yee dan Erika Rianty Anthony. Sebelum penubuhan Nona, Rika ialah salah seorang peserta Mentor Milenia 2019 di bawah bimbingan Stacy. Biarpun dikatakan bakal bersaing dengan kumpulan Dolla, Rika bagaimanapun berkata kemunculan Nona bukan untuk menyaingi kumpulan itu.[5][6] Nona mula membuat penampilan sulung mereka pada 21 Mei 2021 dengan melancarkan single pertama mereka, "Kasuari". Sejak dikeluarkan, ia berjaya meraih hampir 28,000 tontonan di YouTube.[7]

Nona mengetengahkan genre M-Pop.[8][9] Mereka juga dikenali menerusi vokal harmoni dan tarian bertenaga.[10]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Single
Tajuk Tahun
"Kasuari" 2021
  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (24 Mei 2021). "Nona ada kelebihan tersendiri". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  2. ^ Khai Azfar (24 Mei 2021). "Baru tahu! Kumpulan Nona rupanya adak didik Akim Ahmad, Stacy". Murai.my. Dicapai pada 11 Jun 2021.
  3. ^ Padin (22 Mei 2021). "Bakal jadi pencabar Dolla? Akim dan Stacy lahirkan Nona". XTRA. Dicapai pada 11 Jun 2021.
  4. ^ Juliana Johar (23 Mei 2021). "Akim, Stacy tubuh girl band Nona bukan sebab nak curi populariti Dolla". mStar Online. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  5. ^ Zaidi Mohamad (23 Mei 2021). "Nona bukan mahu saingi Dolla". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  6. ^ Mohd Haikal Isa (27 Mei 2021). "Nona bukan klon Dolla". Kosmo!. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  7. ^ "All-girl band Nona's debut single garnered 28,000 views" [Single sulung kumpulan gadis Nona raih 28,000 tontonan] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 28 Mei 2021. Dicapai pada 31 Mei 2021.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Mei 2021). "Nona makin serasi". Harian Metro. Dicapai pada 11 Jun 2021.
  9. ^ Budiey (22 Mei 2021). "NONA, band girl yang bakal mencuri perhatian, lancar single sulung berjudul Kasuari". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 11 Jun 2021.
  10. ^ "This is the indomitable rise of Malaysian Pop" [Inilah kebangkitan mendadak Pop Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). Men's Folio. 1 Jun 2021. Dicapai pada 11 Jun 2021.