Laman separuh dilindungi

Dolla

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

DOLLA
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
Genre
Tahun aktif2019–kini
Syarikat rakaman
Ahli
  • Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo)
  • Norsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya)
  • Angelina Chai Ka Ying (Angel)
  • Tabitha Ariel Lam (Tabby)

Dolla (kadangkala digayakan dalam huruf besar) merupakan kumpulan wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2019.[1][2][3] Ahli kumpulan ini terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya. Dolla terkenal menerusi elemen vokal dan tarian dalam setiap persembahan. Mereka mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia dan mula meraih kejayaan komersial bersama single sulung mereka bertajuk "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada 20 Mac 2020.[4][5]

Sejak itu, Dolla mula mendapat perhatian meluas dalam pelbagai rancangan TV dan stesen radio tempatan serta liputan media cetak. Bakat tarian dan alunan suara yang bertenaga menjadikan kumpulan ini mendapat perhatian dalam tempoh yang singkat. iDolla, fandom kumpulan ini, telah diwujudkan melalui perbincangan mereka bersama peminat dan telah diumumkan ketika Live Fan Meeting yang hanya diadakan di YouTube.[6]

Kerjaya

2019: Penubuhan dan pra-kemunculan

Dolla ditubuhkan pada Ogos 2019 apabila Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya yang pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu. Ketika itu, pihak pengurusan telah meletakkan kriteria yang dicari ialah dengan memiliki bakat menyanyi dan menari.[7][8]

Setelah penubuhan kumpulan itu, yang tidak mempunyai nama pada masa itu, ahli-ahli kumpulan membincangkan apakah nama yang sesuai untuk menamakan kumpulan baru ini dan akhirnya mereka memilih nama "DOLLA" seperti yang disarankan oleh Angel. Semasa pra-kemunculan, mereka sering tampil di acara untuk menerima publisiti dan pengalaman.

2020–kini: Kejayaan awal dan puncak populariti

Mereka mendapat perhatian penonton yang hadir apabila membuat persembahan yang cukup bertenaga di Final #RapstarEra bertempat di The Bee Republika[9] Pada 20 Mac 2020, DOLLA melancarkan single sulung mereka "Dolla Make You Wanna" yang diterbitkan oleh komposer dan penerbit rakaman Australia, Bryan B, serta hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta.[10] Penampilan mereka juga sering dibandingkan dengan kumpulan K-Pop seperti Blackpink dan kumpulan antarabangsa Little Mix.[11]

DOLLA juga merupakan salah satu daripada 17 artis yang bekerjasama dengan Universal Music Malaysia untuk menghasilkan lagu "#jangankeluar", lagu hip hop hasil karya Yonnyboii, yang menjadi peringatan kepada masyarakat Malaysia bagi menentang penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia pada awal 2020.[12]

Pada 30 Oktober 2020, Dolla melancarkan single terbaru mereka berjudul "Impikan" dan versi bahasa Inggeris, "Watch Me Glow".[13][14] Kumpulan ini kemudian melancarkan lagu Raya pertama mereka, "Raya Raya Raya".[15][16]

Dolla juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi telefilem bertajuk Dolla Watch Me Glow arahan Izuan Mokhtar yang akan disiarkan di Astro Citra pada 22 Mei 2021.[17]

Bakat

Sejak penampilan sulung mereka, Dolla menjadi perhatian mendadak dan sohor kini di media sosial terutamanya Twitter selepas beberapa portal hiburan antarabangsa menerbitkan berita mengenai mereka.[18][19]

Dikenali kerana memiliki persamaan dengan kumpulan wanita Korea Selatan, Blackpink dari segi gaya muzik, gerak tarian dan fesyen pilihan,[20][21] Mereka berpendirian bahawa mereka memiliki "keunikan tersendiri" dan mengakui persamaan dengan Blackpink hanyalah secara kebetulan.[22]

Dalam temuramah bersama Berita Harian, Dolla mengakui penampilan seksi ialah imej mereka sejak penubuhan, malah menghargai peminat yang membandingkan mereka dengan Blackpink, menurut Sabronzo: "Kami tak menghalang orang ramai membuat perbandingan Dolla dengan Blackpink. Malah kami berbangga apabila dibandingkan dengan kumpulan popular bertaraf antarabangsa itu. Ia bagaikan satu penghormatan, malah kami tumpang tuah kumpulan hebat itu".[23]

Legasi

Pada Mei 2021, Dolla menerima penghargaan daripada Samsung apabila wajah mereka diabadikan sebagai lukisan mural yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.[24][25]

Ahli kumpulan

Semua ahli kumpulan Dolla berasal dari Kuala Lumpur kecuali Angel yang berasal dari Sarawak. Sabronzo ialah ahli yang paling tua dalam kumpulan ini.

  • Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo; lahir 7 Mac 1995 di Kuala Lumpur)[26]
  • Tabitha Ariel Lam (Tabby; lahir 18 Mac 2000 di Kuala Lumpur)[26]
  • Angelina Chai Ka Ying (Angel; lahir 2 Januari 2001 di Kuching, Sarawak)[26]
  • Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya; lahir 15 Januari 2001 di Kuala Lumpur)[26]

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Catatan
2020
Versi Inggeris untuk lagu "Impikan"
2021
"Raya Raya Raya"
Lagu Raya pertama

Single kolaborasi

Tahun Tajuk Catatan
2020
"#JanganKeluar"
Single kolaborasi bersama 17 artis Malaysia
Single kolaborasi bersama artis wanita Asia Tenggara

Filemografi

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Dolla Watch Me Glow Diri mereka sendiri Astro Citra Lakonan pertama

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2021 ERA Digital Muzik Awards 2020 Artis Baru Baek Dolla Tercalon
Fan Club Paling Ngam iDolla Tercalon

Rujukan

  1. ^ Zaidi Mohamad (6 April 2020). "Dolla mahu perkasa wanita". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2020.
  2. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Oktober 2020). "Cabaran berbeza Dolla". Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2020.
  3. ^ Nor Eryani Yusup (3 November 2020). "Dolla menerjah dunia". Kosmo!. Dicapai pada 19 Januari 2021.
  4. ^ Budiey (20 Mac 2020). "Mesej semangat yakin diri wanita dalam Dolla Make You Wanna". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 April 2020.
  5. ^ Najiy Jefri (20 Mac 2020). "Ajak pendengar bergoyang". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2020.
  6. ^ Norhayati Nordin (29 November 2020). "Dolla ada sasaran". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2021.
  7. ^ Khai Azfar (20 Oktober 2020). "Digelar Blackpink Malaysia, Dolla dedah sejarah penubuhan kumpulan". Murai.my. Dicapai pada 14 November 2020.
  8. ^ Mohd Haikal Isa (20 Mac 2021). "Selepas setahun debut, Dolla trending dalam Twitter". Kosmo!. Dicapai pada 16 April 2021.
  9. ^ Mya Amri (20 Mac 2020). "DOLLA, Berbakat Persis Kumpulan K-pop". Astro Gempak. Dicapai pada 21 April 2020.
  10. ^ "Dolla tekad takluki industri seni, muncul single Dolla Make You Wanna". Kopiplanet. 20 Mac 2020. Dicapai pada 19 April 2020.
  11. ^ Media Hiburan (20 Julai 2020). ""Semoga peminat sudi menyokong" - Dolla optimis mahu kuasai gerak tari How You Like That dari Blackpink". Dicapai pada 21 September 2020.
  12. ^ "Mesej 17 artis". HM Digital. Harian Metro. 20 April 2020. Dicapai pada 21 April 2020.
  13. ^ Norhayati Nordin (4 Oktober 2020). "Dolla dah terbiasa seksi". Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  14. ^ "Dolla tembusi pasaran antarabangsa". Malaysia Gazette. 31 Oktober 2020. Dicapai pada 25 November 2020.
  15. ^ "Dolla muncul dengan Raya Raya Raya". XTRA. 1 Mei 2021. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  16. ^ "Raya Raya Raya bersama Dolla". Utusan Borneo. 11 Jun 2021. Dicapai pada 30 Mei 2021.
  17. ^ Najiy Jefri (6 Mac 2021). "Dolla semakin memuncak". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mac 2021.
  18. ^ Qarami Hashim (27 Oktober 2020). "Isu Dolla tiru Blackpink jadi perhatian media Korea Selatan - "Ramai yang komen positif terutamanya orang dari luar negara". mStar Online. Dicapai pada 30 November 2020.
  19. ^ "This is the indomitable rise of Malaysian Pop" [Inilah kebangkitan mendadak Pop Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). Men's Folio. 1 Jun 2021. Dicapai pada 11 Jun 2021.
  20. ^ Norhayati Nordin (22 Oktober 2020). "Bukan jelmaan Blackpink". Harian Metro. Dicapai pada 25 November 2020.
  21. ^ "Dolla 'Blackpink Malaysia'". Berita Harian Singapura. 17 Februari 2021. Dicapai pada 28 Februari 2021.
  22. ^ "Similarities with K-pop's Blackpink are a 'coincidence': Malaysian girl group Dolla" [Persamaan dengan kumpulan K-pop Blackpink hanyalah secara 'kebetulan' sahaja: Kumpulan gadis Malaysia Dolla]. CNA Lifestyle (dalam bahasa Inggeris). CNA. 24 Oktober 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  23. ^ Farhana Ab Rahman (13 November 2020). "Dolla tumpang tuah Blackpink". Berita Harian. Dicapai pada 14 November 2020.
  24. ^ Farihad Shalla Mahmud (10 Mei 2021). "Dolla diancam bunuh?". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  25. ^ "Fuh! Lit betul dinding grafiti Dolla oleh Samsung sempena..." Remaja. 3 Mei 2021. Dicapai pada 26 Mei 2021.
  26. ^ a b c d "Dolla members profile and facts" [Profil dan fakta ahli kumpulan Dolla] (dalam bahasa Inggeris). KProfiles. 30 November 2020. Dicapai pada 30 November 2020.

Pautan luar