Nora Roberts

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Nora Roberts
Roberts pada 2007
Info kelahiranEleanor Marie Robertson
(1950-10-10) 10 Oktober 1950 (umur 70)
Silver Spring, Maryland, Amerika Syarikat
Nama penaNora Roberts
J.D. Robb
Jill March
Sarah Hardesty
PekerjaanNovelis
WarganegaraAmerika Syarikat
Tempoh1981–kini
Genreromantik, fantasi
PasanganRonald Aufdem-Brinke (1968–1983, bercerai)
Bruce Wilder (1985–kini)
Anak2
Laman sesawang
www.noraroberts.com

Eleanor Marie Robertson atau Nora Roberts (lahir 10 Oktober 1950) ialah seorang penulis Amerika Syarikat yang telah menulis lebih dari 225 novel romantik.[1] Beliau menggunakan nama J.D. Robb untuk siri In Death dan juga menulis dengan nama pena Jill March, serta menggunakan nama Sarah Hardesty untuk penerbitan buku di England.

Roberts merupakan penulis pertama yang tersenarai dalam Hall of Fame Penulis Romantik Amerika. Pada tahun 2011, novel-novelnya bertahan sehingga 861 minggu dalam Senarai Buku Terlaris New York Times, termasuk 176 minggu di urutan pertama.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Roberts merupakan anak bongsu dari lima beradik yang dilahirkan pada 10 Oktober 1950 di Silver Spring, Maryland.[2] Ibu bapanya berketurunan Ireland, sehingga beliau mengatakan bahawa dirinya "benar-benar seorang wanita Ireland".[3] Keluarganya rajin membaca, maka dari itu buku menjadi bahagian yang penting dalam hidupnya.[4] Beliau bersekolah di sekolah Katolik dan memuji para biarawati yang telah menanamkan sikap disiplin terhadapya.[5] Semasa tahun keduanya di sekolah menengah, Roberts berpindah ke Montgomery Blair High School,[6] di mana beliau bertemu dengan suami pertamanya, Ronald Aufdem-Brinke.[7] Mereka berkahwin pada tahun 1968, meskipun bertentangan dengan keinginan ibu bapa Roberts, sebaik sahaja tamat sekolah menengah.[8][9] Setelah berkahwin, mereka menetap di Boonsboro, Maryland. Roberts melahirkan dua anak, Dan dan Jason. Roberts menjadi suri rumah dan kemudian disebutkan pada waktu ini sebagai tahun-tahun Earth Mother beliau. Roberts menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan membuat kerja rumah, termasuk menjahit pakaian anak-anaknya.[8] Perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada tahun 1983.[10]

Pada Julai 1985, Roberts bertemu dengan suami keduanya yang bernama Bruce Wilder, seorang tukang kayu, ketika Roberts mempekerjakannya untuk membuat rak buku.[10][11] Suaminya memiliki sebuah kedai buku di Boonsboro, Maryland bernama Turn the Page Books.[12] Ia juga bekerja sebagai fotografer dan videografer konten dewasa.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Clark, Blanche (30 November 2010), "'The $60 million woman'", Herald Sun, dicapai pada 20 Julai 2020
  2. ^ Vernon, Cheril (22 Julai 2007), "'Queen of Romance' still going strong", Palestine Herald-Press, diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2013, dicapai pada 20 Julai 2020
  3. ^ Irish Times 12 Mei 2007
  4. ^ Weiner, Debbie (10 Mac 2000). "Author Nora Roberts 2000". BookReporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2007. Dicapai pada 20 Julai 2020.
  5. ^ House, Jeanny (Oktober 1998). "Author Nora Roberts October 1998". BookReporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2007. Dicapai pada 20 Julai 2020.
  6. ^ "Senior picture from Blair High School 1968 Silverlogue Yearbook". Itsallaboutfamily.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2012. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  7. ^ Collins, Lauren. "Real Romance: How Nora Roberts became America's most popular novelist". The New Yorker (22 Jun 2009). Dicapai pada 20 Julai 2020.
  8. ^ a b Kloberdanz, Kristin (Mac 2002). "Don't Write Off Romance: Thought You Could Dismiss It? Think Again: Meet Nora Roberts, the Queen of the Genre, Who Reigns over a Changed Landscape". Book Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2007. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  9. ^ Quinn, Judy (23 Februari 1998), "Nora Roberts: A Celebration of Emotions", Publishers Weekly, diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2008, dicapai pada 21 Julai 2020
  10. ^ a b Bellafante, Ginia (23 Ogos 2006). "A Romance Novelist's Heroines Prefer Love Over Money". New York Times. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  11. ^ The Obsession. Trivia-On-Books. 2015. Dicapai pada 20 Julai 2020.
  12. ^ "Turn the Page Bookstore". Ttpbooks.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-02. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  13. ^ "Bruce Wilder Photograph : Figures". Dicapai pada 20 Julai 2020.

Sumber umum[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]