Norilsk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Norilsk
Норильск
Bandar
Pusat Norilsk, Lenin Prospekt
Pusat Norilsk, Lenin Prospekt
Bendera Norilsk
Mohor rasmi Norilsk
NegaraRusia
NegeriJajahan Krasnoyarsk
Keluasan
 • Jumlah23.16 km2 (8.94 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah175,365
Zon waktuUTC+7 (Waktu Krasnoyarsk)
Laman sesawang(Rusia) http://www.norilsk-city.ru/

Norilsk (Bahasa Rusia: Норильск) ialah sebuah bandar industri di Jajahan Krasnoyarsk, Rusia, yang terletak di atas Garisan Artik sebelah timur Sungai Yenisei dan selatan Semenanjung Taymyr barat. Bandar ini mempunyai penduduk tetap sebanyak 175,000 orang.[1] Dengan jumlah penduduk sementara, penduduknya mencapai 220,000 orang.

Bandar ini ialah bandar paling utara di dunia dengan lebih daripada 100,000 orang penduduk dan bandar kedua terbesar (setelah Murmansk) di dalam Garisan Artik. Norilsk dan Yakutsk ialah satu-satunya bandar besar di zon ibun abadi.

Lapisan nikel Norilsk-Talnakh ialah simpanan nikel-tembaga-paladium terbesar di dunia. Peleburan bijih nikel juga disifatkan sebagai punca pencemaran teruk yang biasanya datang dalam bentuk hujan asid dan kabut asap. Dengan beberapa anggaran, satu peratus pelepasan sulfur dioksida global berasal dari lombong nikel Norilsk.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Norilsk ditubuhkan pada akhir tahun 1920-an, tetapi tarikh rasmi penubuhannya secara tradisional ialah tahun 1935,[3] ketika Norilsk diperluas sebagai penempatan untuk kompleks perlombongan dan metalurgi Norilsk dan menjadi pusat sistem Norillag di kem buruh paksa Gulag. Penempatan ini diberikan status penempatan jenis bandar pada 1939 dan status bandar pada 1953.[4]

Pada Jun 2020, 20,000 tan minyak diesel tertumpah dari tangki loji kuasa NTEK.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Russian Federal State Statistics Service (2011). "Всероссийская перепись населения 2010 года. Том 1". Всероссийская перепись населения 2010 года [2010 All-Russia Population Census] (dalam bahasa Rusia). Federal State Statistics Service.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ "Norilsk, Siberia". NASA. 20 November 2015. Dicapai pada 8 Februari 2016.
  3. ^ Michail V. Kozlov; Elena Zvereva; Vitali Zverev (28 Julai 2009). Impacts of Point Polluters on Terrestrial Biota: Comparative analysis of 18 contaminated areas (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 63. ISBN 978-90-481-2467-1.
  4. ^ "Life behind closed doors in the Arctic is.....fun!". siberiantimes.com (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]