Nikel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nikel
28 KobaltNikelTembaga
-

Ni

Pd
Ni-TableImage.png
Umum
Nama, Simbol, Nombor Nikel, Ni, 28
Siri kimia Logam peralihan
Kumpulan, Kala, Blok 10, 4, d
Rupa berkilat, keperak-perakan,
dengan warna emas sedikit

Ni,28.jpg
Jisim atom 58.6934(2) g/mol
Konfigurasi elektron [Ar] 4s2 3d8
Bilangan elektron per petala 2, 8, 16, 2
Sifat fizikal
Keadaan Pepejal
Ketumpatan (sekitar suhu bilik) 8.908 g/cm³
Ketumpatan cecair pada takat lebur 7.81 g/cm³
Takat lebur 1728 K
(1455 °C, 2651 °F)
Takat didih 3186 K

(2913 °C, 5275 °F)

Haba pelakuran 17.48 kJ/mol
Haba pengewapan 377.5 kJ/mol
Muatan haba (25 °C) 26.07 J/(mol·K)
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K 1783 1950 2154 2410 2741 3184
Sifat atom
Struktur hablur face centered cubic
Keadaan pengoksidaan 2, 3
(oxida bes sederhana)
Keelektronegatifan 1.91 (skala Pauling)
Tenaga pengionan pertama: 737.1 kJ/mol
kedua: 1753.0 kJ/mol
ketiga: 3395 kJ/mol
Jejari atom 135 pm
Jejari atom (kiraan) 149 pm
Jejari kovalen 121 pm
Jejari Van der Waals 163 pm
Lain-lain
Sifat kemagnetan feromagnet
Rintangan elektrik (20 °C) 69.3 nΩ·m
Kekonduksian terma (300 K) 90.9 W/(m·K)
Pengembangan terma (25 °C) 13.4 µm/(m·K)
Kelajuan bunyi (rod halus) (suhu bilik) 4900 m/s
Modulus Young 200 GPa
Modulus ricih 76 GPa
Modulus pukal 180 GPa
Nisbah Poisson 0.31
Skala kekerasan Mohs 4.0
Kekerasan Vickers 638 MPa
Kekerasan Brinell 700 MPa
Nombor CAS 7440-02-0
Isotop
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
56Ni syn 6.075 d ε - 56Co
γ 0.158, 0.811 -
58Ni 68.077% Ni stabil dengan 30 neutron
59Ni syn 76000 y ε - 59Co
60Ni 26.233% Ni stabil dengan 32 neutron
61Ni 1.14% Ni stabil dengan 33 neutron
62Ni 3.634% Ni stabil dengan 34 neutron
63Ni syn 100.1 y β- 0.0669 63Cu
64Ni 0.926% Ni stabil dengan 36 neutron
Rujukan

Nikel (IPA: /ˈnɪkəl/) ialah unsur kimia logam dalam jadual kala yang mempunyai simbol Ni dan nombor atom 28.


Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Nikel adalah logam berwarna putih keperak-perakan yang berkilat. Ia tergolong dalam logam peralihan, dan keras dan mulur. Ia wujud secara gabungan dengan belerang dalam millerite, dengan arsenik dalam galian niccolite, dan dengan arsenik dan belerang dalam (nickel glance).

Disebabkan ketahanannya pada udara dan pengoksidaan, ia digunakan dalam syiling, bagi menyalut besi, tembaga, dll, bagi kegunaan perkakasan kimia, dan dalam aloi tertentu seperti perak Jerman. Ia bermagnet, dan sering kali bersama kobalt, kedua-duanya terdapat pada besi tahi bintang. Kepentingannya dalam bentuk sebatian, terutamanya kebanyakan sebatian adi, dan terutamanya dalam besi waja.

Nikel adalah satu dari lima unsur Feromagnet. Bagaimanapun, wang nikel Amerika Syarikat tidak bermagnet kerana ia sebenarnya kebanyakannya (75%) tembaga. Nikel matawang Kanada yang dikilangkan pada tempoh pelbagai natara 1922-81 adalah 99.9% nikel, dan ini boleh ditarik magnet.

Keadaan teroksida paling biasa bagi nikel adalah sebatian +2, walaupun sebatian 0, +1, +3 dan +4 Ni pernah dijumpai. Ia juga dipercayai bahawa pengoksidaan +6 mungkin wujud, bagaimanapun, tidak disahkan.

Sel unit nikel adalah FCC dengan tatarajah kekisi sekitar 0.356 nm memberi jejari atom sekitar 0.126 nm.

Nikel-62 adalah nuklid paling stabil di kalangan semua unsur yang wujud; malah ia lebih stabil berbanding Besi-56.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kegunaan nikel adalah secara tidak sengaja, dan boleh dikesan sehingga 3500 SM. Gangsa dari kini dikenali sebagai Syria mempunyai kandungan nikel sehingga dua peratus. Tambahan lagi, manuskrip Cina membayangkan bahawa "tembaga putih" (contoh. baitung) telah digunakan di Timur antara 1700 SM dan 1400 SM. Bagaimanapun, disebabkan bijih nikel mudah dikelirukan denga bijih perak, sebarang salah faham mengenai hal ini dan kegunaannya lebih ditumpukan kepada masa kini.

Galian yang mengandungi nikel (contoh. kupfernikel, bererti tembaga setan ("Nick"), atau tembaga palsu) digunakan bagi mewarnakan kaca menjadi hijau. Pada tahun 1751, Baron Axel Fredrik Cronstedt sedang cuba menghasilkan tembaga dari kupfernikel (kini dikenali sebagai nikolit), dan sebaliknya dapat logam putih yang digelar olehnya sebagai nikel.

Di Amerika Syarikat, istilah "nikel" atau "nick" pada asalnya digunakan untuk duit syiling tembaga-nikel sen Indian yang diperkenalkan pada tahun 1859 dan kemudiannya, untuk duit syiling tiga sen yang diperkenalkan pada tahun 1865. Pada tahun berikutnya, nama itu dipergunakan untuk nikel perisai lima sen sehingga hari ini. Duit-duit syiling yang diperbuat daripada nikel tulen digunakan buat pertama kali pada tahun 1881 di Switzerland. [1]

Nilai harga[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Mac 2007, [2] telah diniagakan pada AS$22.40 setiap paun (bersamaan AS$1.39 setiap auns), dengan itu menjadikan syilling duit syiling nikel Amerika Syarikat sebagai bahan tarikan untuk dileburkan kerana keuntungan dari jualan kandungan nikel tersebut. Walaubagaimana pun, Kilang Syiling Amerika Syarikat yang telah menjangka kemungkinan itu telah mengisytiharkan arahan sementara pada 14 Disember 2006, tertakluk kepada komen umum selama 30 hari, dimana perbuatan melebur dan mengeksport duit-duit syilling merupakan suatu jenayah. [3] Penjenayah tersebut boleh dihukum dengan denda sehingga AS$10,000 dan/atau pemenjaraan sehingga 5 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laman web NIDI
  2. Laman web Kitcometals: Nikel
  3. Laman web USMint

Pautan luar[sunting | sunting sumber]