Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Lydia Ibtisam" dilencongkan di sini.
Lydia Ibtisam
Kelahiran Nur Lydia Ibtisam binti Abdul Wahab
(1980-10-04) 4 Oktober 1980 (umur 36)
Kaherah, Mesir
Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Tahun aktif 2004-kini
Terkenal kerana Impian Illyana
Laman web Laman web rasmi

Nur Lydia Ibtisam Abdul Wahab (lahir pada 4 Oktober 1980[1] di Kaherah, Mesir[2]) ialah seorang pelakon televisyen dan penyanyi Malaysia yang terkenal dengan peranan beliau sebagai watak utama dalam Impian Illyana. Oleh sebab watak Illyana yang remaja, tambahan pula dengan saiz badan beliau, pemegang ijazah Komunikasi Multimedia dari Universiti Malaya ini disalah sangka sebagai berusia remaja.[3]

Selain Impian Illyana, Lydia juga berlakon dalam siri sitkom Dunia Anita (sebagai Zaitun, kawan karib Anita lakonan Siti Fazurina), drama Realiti (sebagai Dayang, teman wanita Amir lakonan Zizan Nin) dan drama Natasha. Lydia turut menyanyikan lagu tema Impian Illyana dan Dunia Anita (Pilihlah Aku).

Lydia Ibtisam ialah anak kacukan Arab-Melayu. Nama "Ibtisam" dalam bahasa Arab bermaksud "senyuman".[2] Kini, beliau sedang sibuk menyiap album mini yang berjudul 'Bukan Main-main' bersama Beal. Ia memuatkan 5 buah lagu duet rentak pop masakini dan bakal menemui peminat awal tahun 2008.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]