Nurul Huda Abdul Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nurul)
Jump to navigation Jump to search
Nurul Wahab
Nurul.jpg
Latar belakang
Nama lahir Noorulhuda binti Abdul Wahab
Juga dikenali sebagai
Nurul
Kelahiran (1977-07-27) 27 Julai 1977 (umur 41)
Pulau Pinang Pulau Pinang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon, Penulis lirik, Pengacara, Ahli perniagaan
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1995 - sekarang
Syarikat rakaman
1995 - 1997: BMG
1998 - 1999: Polygram
2000: Universal Music
2001 - 2006: Warner Music
2009: Alibi Music
2012: NHW Productions Sdn Bhd

Noorulhuda binti Abdul Wahab atau juga dikenali sebagai Nurul Wahab atau Nurul Depp merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nurul berasal dari Pulau Pinang dan merupakan anak ketujuh dari 15 orang adik-beradik. Salah seorang kakaknya, Noorhayati Abdul Wahab telah terlebih dahulu menceburi bidang seni suara sekitar awal dekad 90-an dengan menggunakan nama pentas Syaliaty.

Kerjaya nyanyian[sunting | sunting sumber]

Nurul menghasilkan album pertamanya sewaktu berusia 17 tahun. Lagu hitnya Kerana Terluka dan Cinta Azali membawa tuah dan meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi wanita popular ketika itu. Menerusi album tersebut, Nurul meraih trofi Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Nurul pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan bernama Ayu Nazirah (lahir pada 1998). Walau bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercerai pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama.

Nurul mendirikan rumahtangga kali kedua pada tahun 2012 bersama lelaki dari Perancis bernama Eric Daniel Depp[1]. Mereka telah dikurniakan dua cahayamata lelaki bernama Zachary (lahir pada 3 Oktober 2013) dan Raphael (lahir pada 15 Januari 2015).[2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio solo[sunting | sunting sumber]

  1. Nurul (1995)
  2. Ikhlasnya Cintaku (1996)
  3. Kini dan Selamanya (1998)
  4. Cita dan Cinta (2000) [Kompilasi]
  5. Tika Cinta (2009)
  6. Nurul (2010)
  7. Mari (2012)

Album duet bersama Ajai[sunting | sunting sumber]

  1. Sehati Sejiwa (2001)
  2. Ajai & Nurul (2002)
  3. Seiring & Sejalan (2004)
  4. Serasi Bersama (2006) [Kompilasi]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Ajai & Nurul

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]