Anugerah Juara Lagu ke-17

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Anugerah Juara Lagu ke-17
TV3
Tarikh 12 Januari 2003
Tempat Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Pengacara Intan Suraya
Ary Malik
Tempoh 2 jam 30 minit
Juara Lagu "Keliru"
nyanyian Ajai & Nurul
(gubahan: Aidit Alfian/
lirik: Aidit Alfian)
 < 2001 Anugerah Juara Lagu 2003 > 

Anugerah Juara Lagu ke-17 2002 yang diadakan pada 12 Januari 2003 diadakan buat kali ke-17. Kebiasaannya AJL diadakan pada akhir tahun, tetapi bagi edisi ke-17, ia diadakan pada awal tahun berikutnya. Edisi ke-18 diadakan pada 28 Disember tahun yang sama, tetapi selepas itu, AJL bermula dari edisi ke-19 akan diadakan pada awal tahun berikutnya sehingga sekarang. Pertandingan ini diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, lokasi penganjuran sehingga edisi ke-12.

Barisan juri edisi ke-17 adalah M. Nasir, Sharifah Aini, Khadijah Hashim (novelis), Ahmad Izham Omar, Habsah Hassan, Freddie Fernandez, Aishah, Khairil Johari Johar dan diketuai oleh Datuk Johari Salleh. Juruaudit dalaman TV3 ialah Puan Zuraidah Atan.

Finalis[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-17 , sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik ke-17.

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-17:

Kategori Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label Keputusan
Pop Rock "Keliru" Aidit Alfian Aidit Alfian Ajai & Nurul "Ajai & Nurul"[1] Warner Music Juara
Juara Kategori
Balada "Menadah Gerimis" Azhar Abu Bakar (Azmeer) Azhar Abu Bakar (Azmeer) Ziana Zain "Aku Cintakan Mu" [2] Sony Music - BMG Juara Kategori
Irama Malaysia "Tenung-Tenung Renung-Renung" Hashim Saad (S. Atan) Haslina Ahmad (Nurul Asyiqin) M. Daud Kilau
Syura
"Senandung Melayu" [3] Fantasia Music City Finalis
Pop Rock "Akan Datang" Wan Tuck Meng (Iman Wan) Amran Omar Amy Mastura "Akan Datang" Sony Music Finalis
Balada "Gelisah Mimpi" Zulkifli Majid (Aiman) Rohayah Daud (Alam Maya) [4]
Mustapha Daud (Tapai)1
Liza Hanim "Isyarat Jiwa" [5] Suria Records Vokal Terbaik
Irama Malaysia "Nirmala" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Kamarulzaman Taib (Ce'kem) Siti Nurhaliza "Sanggar Mustika" [6] Suria Records Juara Kategori
Persembahan Terbaik
Pop Rock "Cinta" Megat Effendy Zakaria (Fathullah)
Nurul Shafizan Othman (Baby)
Nurul Shafizan Othman (Baby) Kumpulan Flop Poppy "A Decade Ago" [7] New Southern Records Finalis
Balada "Syair Si Pari-Pari" Aidit Alfian Ahmad Shahadrian Abdul Samad (Ad Samad) Zamani Ibrahim "Syair Si Pari-pari" [8] Nova Music - BMG Finalis
Irama Malaysia "Joget Langkah Delapan" Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) Syed Indera Syed Omar (Siso) Syazliana Abdul Karim "Singgahsana" [9] NAR Records - Pelangi Records Finalis
Pop Rock "Julia" Azhrul Nasir (Along/G-Nola) Rosli Khamis (Loloq) Kumpulan Exists "Ada" [10] NAR Records Finalis
Balada "Bicara Manis Menghiris Kalbu" Zulkifli Majid (Aiman) Lukhman Abdul Kadir (Lukhman S) Siti Nurhaliza "Safa" [11] Suria Records Finalis
Irama Malaysia "Hala Timur" Abdul Hamid Adenan (Eddie Hamid) Amir Hamzah Salleh(ND Lala) Noraniza Idris "Aura" [12] Suria Records Finalis
  • ↑Nota 1  Penulis lirik Mustapha Daud (lebih dikenali sebagai Tapai[13]) mendaftarkan hakcipta atas dua nama pengkarya bersama iaitu Zaiton Daud (sebagai Maya Sari [14]) dan Rohayah Daud (sebagai Alam Maya[15]).

Pemenang[sunting | sunting sumber]

  • Juara Lagu: "Keliru" (Ajai & Nurul/Aidit Alfian/Aidit Alfian)
  • Juara Kategori:
    • Irama Malaysia: "Nirmala" (Siti Nurhaliza/Suhaimi Mohd Zain(Pak Ngah)/Ce'kem)
    • Balada: "Menadah Gerimis" (Ziana Zain/Azmeer/Azmeer)
    • Pop Rock: "Keliru" (Ajai & Nurul/Aidit Alfian/Aidit Alfian)

Jemaah Juri[sunting | sunting sumber]

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Kemenangan lagu Keliru juga dikatakan telah menimbulkan banyak kontoversi apabila sesetengah juri memberi kenyataan kepada media bahawa Keliru bukan lagu pilihan mereka untuk menjadi juara. Apapun pemilihan lagu Keliru menjadi penanda aras kepada perubahan muzik Pop Malaysia yang lebih progresif di tahun-tahun selepasnya. Keliru menepati ciri juara[pautan putus]
  • Kemunculan semula Kumpulan Exist ke peringkat akhir AJL selepas kali terakhir muncul pada 1994, 8 tahun sebelum itu. Lagu berhantu mereka, "Jesnita" terkandas pada peringkat separuh akhir, termasuk juga lagu popular kumpulan pop/rock alternatif, OAG dengan lagu "Slumber" dan kumpulan rock Spider yang kian meningkat populariti dengan lagu "Aladin".
  • Buat julung kalinya kategori Vokal Terbaik diperkenalkan pada AJL ke-17 ini menampilkan Liza Hanim sebagai pemenang.Disebabkan kategori baru Vokal Terbaik diperkenalkan pada AJL kali ini, rata-rata peserta terutamanya peserta wanita memberikan persembahan vokal yang mantap untuk merangkul anugerah tersebut.
  • Syura menjadi penyanyi paling muda beraksi di AJL 17. Beliau berusia 16 tahun ketika bertanding. Semasa Anugerah Juara Lagu 26, Najwa Latiff pula mengulangi sejarah yang sama (bertanding pada umur 16 tahun).
  • Edisi ini menampilkan penyertaan pertama kali Raja Dangdut Gelek, Dato' M. Daud Kilau di AJL.