Nyahkotak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nyahkotak Traktor Kontrol Z2

Nyahkotak,[1] buka kemas atau buka kemasan (bahasa Inggeris: unboxing) ialah proses mengeluarkan produk pengguna, khususnya perkakasan berteknologi tinggi, yang dirakam dalam video dan dikongsikan dalam talian. Video selalunya dimasukkan pengenalan dan demonstrasi produk yang terperinci.

Video pertama seumpama ini menyahkotak dan mengulas telefon bimbit jenama Nokia model E61 pada tahun 2006.[2] Menurut Google Trends pula, penelusuran istilah unboxing mula muncul pada tiga bulan akhir tahun 2006.[3]

Video-video nyahkotak yang awal menumpu utama kepada alat peranti atau barangan fesyen.[4] Namun, penyohoran format ini segera membuka peluang kepada pembuatan video nyahkotak ulas "hampir semua barang yang sedia dibeli".[2] Menjelang tahun 2014, kemasyhuran video-video begini mendorong seberapa syarikat memuat naik rakaman menyahkotak bungkusan produk milik sendiri,[5] sedangkan yang lain mengirim produk kepada pengulas secara percuma.[5] Ada seberapa pihak menganggap amalan ini digemari kerana kemampuan menampilkan produk dengan tepat apa adanya tanpa pemalsuan apa pun yang biasanya dilakukan pengiklan di sekitar produk. Mampu melihat sesuatu yang pelanggan dapatkan "dapat menyumbang pada proses pengambilan keputusan".[6] Beberapa pengguna telah mencuba persembahan ulasan nyahkotak mereka lebih menarik dengan menambahkan kesan khusus atau melakukannya dengan cara yang berbeza seperti menyahkotak telefon pintar tahan air di bawah air.

Pertumbuhan niaga elektronik juga menjadi faktor utama yang menyumbang kepada pengulasan ini. Syarikat peniaga-ke-pelanggan memerlukan wahana yang lebih menghubungkan dengan pelanggan mereka secara emosional serta menciptakan pengalaman pembelian yang positif. Hal ini menyebabkan banyak perusahaan D2C menanam modal dalam reka bentuk kemasan untuk dijadikan aset pemasaran produk mereka. Jika kemasan semakin menarik dan canggih, maka pelanggan mungkin akan merakam dan mengulas barangan yang dinyahkotak sekali gus menarik perhatian lebih banyak pembeli kepada produk mereka. Pengeluar kemasan juga semakin menyedari peranan sohoran ini dan terus meningkatkan teknologi untuk memenuhi permintaan kemasan bercetak yang lebih bermutu tinggi: yakni, kotak tidak lagi hanya sebagai alat pengangkutan bahkan menjadi bahan pengiklan dan pemasar yang berharga yang dikirim langsung kepada pelanggan.

Pengiklanan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, kedai rantai makanan antarbangsa Hoka Hoka Bento melancarkan iklan yang menampilkan maskot Frito-Lay Chester Cheetah menyahkotak Mac n' Cheetos.[7][8][9]

Dalam video[sunting | sunting sumber]

Nyahkotak mainan untuk anak-anak suatu genre tersendiri di YouTube yang sering menarik penaja agar memberi insentif untuk si anak memasang, menggambarkan semua cirinya, mencuba guna, dan mengulas pengalaman bermain dengan produk nyahkotak. Sementara sosok anak itu penting, kehadiran orang dewasa boleh aktif atau pasif. Unsur lain yang membezakan video ini adalah penggunaan unsur pascaproduksi seperti runut bunyi serta kesan dan bunyi yang lucu. Selain itu, ciri format yang paling penting adalah keterlibatan emosi yang tinggi baik yang ditunjukkan mahupun yang dirasakan anak-anak.

Perasaan yang dibesar-besarkan adalah kunci utama untuk melibatkan khalayak ramai dan menarik penonton. Misalnya, kegembiraan membuka mainan baru untuk kali pertama ialah sesuatu yang dapat dirasakan semua orang dari semua lapisan usia, apa lagi dengan anak-anak suka melihat anak-anak lain bermain dengan mainan. Tambahan lagi, video nyahkotak mainan sering menampilkan tajaan melalui hadiah mainan percuma sebagai imbalan video promosi.

Subjek video nyahkotak yang paling menonjol khususnya sejak 2013 ialah menyahkotak mainan dan topik utama yang pertama adalah pembukaan telur kejutan.[10] Anak-anak sasaran utama untuk saluran mainan dan video dibuat sesuai hal tersebut dengan warna-warna cerah, potongan cepat, dan pengisahan yang menyenangkan. Video nyahkotak anak-anak mempunyai pengikut setia dan global. Pembawa acara anak-anak seperti bintang cilik Ryan's World,[11] sering jatuh ke dalamnya secara tidak sengaja ketika ibu bapanya memuat naik video tentang mereka. Ryan Kaji adalah salah satu kanak-kanak pertama yang membuat video ini di Amerika Syarikat pada tahun 2015[12] ketika dia berumur empat tahun. Klip awal ketika dia membuka telur raksasa dengan lebih dari 100 barang yang ada di dalamnya, telah dilihat lebih dari seribu juta kali. Dia membuat video setelah menonton saluran ulasan mainan lain seperti EvanTubeHD [13] yang memuat naik video pertamanya pada tahun 2011 ketika dia berumur enam tahun. Pada 15 Februari 2015, Youtube membuat YouTube Kids yang merupakan aplikasi yang dikembangkan khusus untuk memuat turun kandungan yang ditujukan hanya untuk anak-anak.

Data utama[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar anak-anak penggiat Youtube berumur 5 hingga 10 tahun. Antara 10 video teratas yang dilihat di Youtube pada tahun 2018 di Amerika Syarikat bagi majalah Forbes, terdapat saluran Ryan Kaji, yang menjadi peraih penghasilan YouTube teratas dengan pendapatan sebanyak USD 32 juta pada tahun 2019.[14]

Senarai diperbaharui setakat 20 Februari 2020

Saluran Penayangan Pelanggan
Ryan's World 36.359.714.616 23,9 juta
Vlad and Nikita[15] 15.545.684.383 34,2 juta
CKN Toys[16] 13.398.748.745 14,6 juta
Kids' Toy[17] 3.036.072.647 2,57 juta
DenLion TV[18] 1.530.626.900 4,12 juta

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 4 September 2019, YouTube dan Google (selaku pemilik induk syarikat) telah diwajibkan membayar denda sebanyak USD170 juta kerana melanggar undang-undang perlindungan privasi dalam talian anak-anak Amerika Syarikat[19]<ref<"Privacy, a Google multa da 170 milioni per YouTube. E ora si indaga anche in Irlanda". La Repubblica. 4 September 2019.</ref> akibat melanggar undang-undang pengumpulan data peribadi anak-anak bawah umur 13 tahun secara haram tanpa persetujuan orang tua untuk mengiklan sasar untuk dimasukkan ke dalam platform YouTube.[20] Oleh sebab itu, YouTube diwajibkan memperkenalkan dasar baru berkaitan kandungan media yang ditujukan kepada anak-anak. Kemungkinan pengewangan kategori video ini ditolak dan mungkin bagi pengguna untuk menggunakan bahagian komen YouTube di bawah video atau menerima pemberitahuan tentang hal tersebut. Fakta ini akan merosakkan pendapatan ekonomi bagi orang yang terlibat dalam pembuatan kandungan yang memiliki khalayak muda kerana pembatasan bagi pengiklan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shamsul Amin (7 September 2017). "Buku + YouTube: 7 BookTuber Malaysia yang perlu anda kenal". Muka Surat. Perbadanan Kota Buku.
  2. ^ a b Amien, Deb. "Why Unboxing Videos Are So Satisfying". Yahoo Tech. Dicapai pada 29 November 2015.
  3. ^ Google Trends: unboxing, accessed on 5 May 2010.
  4. ^ Buist, Erica. "Unboxing – the YouTube phenomenon that lets you see what you're getting". Guardian. Dicapai pada 29 November 2015.
  5. ^ a b Kelly, Heather. "The bizarre, lucrative world of 'unboxing' videos". CNN. Dicapai pada 29 November 2015.
  6. ^ What's the Deal With Unboxing Videos?, "PBS Idea Channel", 12 February 2014.
  7. ^ Diaz, Ann-Christine (18 Mei 2017). "The King and Chester Cheetah Want You to Stuff Your Face With Jumbo Cheetos Oozing With Mac N' Cheese". Creativity. Crain Communications. Dicapai pada 23 May 2016.
  8. ^ Wohl, Jessica (27 Jun 2016). "Burger King Unboxing Video Stars Chester Cheetah". Advertising Age. Crain Communications. Dicapai pada 23 Mei 2017.
  9. ^ Wohl, Jessica (28 June 2016). "Chester Cheetah Unboxes the New Burger King Offering That's Going to Ruin Your Beach Diet". Creativity. Crain Communications. Dicapai pada 23 Mei 2017.
  10. ^ A Brief History of Unboxing, Polygon . 25 May 2018.
  11. ^ Ryan's World, YouTube.
  12. ^ Should children watch toy unboxing videos?, BBC News. 9 Disember 2019.
  13. ^ EvanTube HD, YouTube
  14. ^ "What is Ryan Kaji- the highest paid YouTuber's net worth?". opoyi.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-23.
  15. ^ Vlad and Nikita, YouTube.
  16. ^ CKN Toys, YouTube.
  17. ^ Kids'Toy, YouTube
  18. ^ DenLion TV, YouTube
  19. ^ Youtube, violata la privacy dei bambini: multa milionaria in arrivo, Corriere della Sera. 20 July 2019.
  20. ^ Mi sono svegliata con l’Apocalisse su Youtube: ecco cosa sta accadendo agli youtuber che si rivolgono ai giovanissimi, Fatto Quotidiano. 14 November 2019