Oasis (band)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Oasis
Oasis Liam and Noel.jpg
Vokalis Liam Gallagher, dan Gitaris Noel Gallagher membuat persembahan di San Diego, California pada 18 September 2005
Latar belakang
Berasal dari Manchester,  England
Genre Rock, Britpop, alternative rock
Tahun aktif 1991–2009
Syarikat rakaman Creation, Epic, Columbia, Sony Music, Big Brother, Reprise
Kegiatan berkaitan The Rain, Beady Eye, Ride, Heavy Stereo, Hurricane No. 1, Noel Gallagher's High Flying Birds
Laman sesawang oasisinet.com
Bekas ahli Liam Gallagher
Paul "Guigsy" McGuigan
Paul "Bonehead" Arthurs
Tony McCarroll
Noel Gallagher
Alan White
Gem Archer
Andy Bell

Oasis adalah Kumpulan rock Inggeris yang ditubuhkan di Manchester pada 1991. Pada asalnya dikenali sebagai The Rain, Oasis dibentuk oleh Liam Gallagher (Vokal dan Tambourine), Paul Arthurs (Gitar), Paul McGuigan (Gitar Bass) dan Tony McCarroll (Dram, Perkusi). Tidak lama kemudian Abang kepada Liam, Noel Gallagher (Gitar Utama dan Vokal) turut bergabung membentuk Oasis. Mereka mempunyai 8 Single Nombor Satu di UK dan 8 Album Nombor Satu di UK, serta pernah memenangi 15 penghargaan di NME Awards, 9 di Q Awards, 4 di MTV Europe Music Awards dan 6 di Brit Awards. Mereka juga telah tercalon sebanyak tiga kali di Anugerah Grammy. Sehingga 2009, Kumpulan ini telah berjaya mengutip penjualan album sebanyak 70 Juta diseluruh dunia.[1] Kumpulan ini tersenarai di Guinness World Records pada 2010 untuk “Longest Top 10 UK Chart Run by a Group”.[2] Kumpulan ini juga memegang rekod dunia di Guinness World Record kerana menjadi penggiat muzik dari United Kingdom paling berjaya pada 1995 dan 2005, Berada selama 765 minggu di carta Top 75 Singles and Albums.[3][4]

Ahli kumpulan Oasis telah menandatangi kontrak bersama syarikat rakaman bebas, Creation Records dan kemudian mengeluarkan album studio debut pertama berjudul Definitely Maybe pada 1994. Pada tahun berikutnya, mereka merakam album kedua berjudul (What's the Story) Morning Glory? (1995) bersama pemain dram baru, Alan White. Ketika itu mereka sedang berada dalam saingan sengit bersama musuh tradisi di dalam scene Britpop, Kumpulan Blur dalam Carta lagu. Adik beradik Gallagher sering dipaparkan dalam tabloid-tabloid dan majalah-majalah kerana persengketaan mereka dan gaya hidup yang liar. Pada 1997, Oasis mengeluarkan album ketiga, Be Here Now, dan menjadi album yang paling cepat laris dipasaran dalam sejarah. Walau bagaimanapun, populariti album tersebut dengan pantas merundum. Paul McGuigan dan Paul Arthurs menarik diri dari Oasis ketika mereka sedang sibuk mengeluarkan album, Standing on the Shoulder of Giants pada 2000 dan telah digantikan oleh Gem Archer dan Andy Bell. Kumpulan Oasis kemudian kembali mencapai populariti serta kejayaan pada 2005, dengan album Don't Believe the Truth.[5] Pada Bulan Ogos 2009, Noel Gallagher mengumumkan menarik diri dari Oasis.[6][7][8] Kumpulan yang dibentuk oleh ahli kumpulan yang masih kekal itu kemudiannya meneruskan perjuangan dengan dipimpin oleh Liam Gallagher diatas nama baru Beady Eye,[9] Sementara Noel meneruskan projek solonya Noel Gallagher's High Flying Birds.

Ahli Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Ahli Terakhir
Bekas Ahli

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Notakaki
  1. ^ "Some might say Oasis are still world beaters after Slane gig". The Belfast Telegraph. 22 June 2009. Dicapai pada 4 May 2010. 
  2. ^ "Oasis, Coldplay & Take That enter Guinness World Records 2010 Book – Guinness World Records Blog post". Community.guinnessworldrecords.com. Dicapai pada 23 June 2010. 
  3. ^ Oasis receive Outstanding Brit Award . Retrieved 4 May 2010.
  4. ^ Oasis get the guinness' in. Retrieved 4 May 2010.
  5. ^ "Oasis top best British album poll". BBC News. 18 February 2008. Dicapai pada 21 February 2009. 
  6. ^ "Oasis split as Noel quits group". BBC News. 29 August 2009. 
  7. ^ "Oasis annule son concert à Rock-en-Seine et se sépare". Le Parisien. France. 29 August 2009. Dicapai pada 29 August 2009. 
  8. ^ "Oasis annonce la fin du groupe rock". Ouest France. 29 August 2009. Dicapai pada 29 August 2009. 
  9. ^ "Oasis – Liam Gallagher renames Oasis". Contactmusic.com. 5 February 2010. Dicapai pada 7 February 2011. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]