Olmek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Monumen 1, sebuah kepala patung raksaksa Olmek di La Venta

Olmek adalah kaum purbakala yang tinggal di kawasan rendah tropikal selatan tengah lowlands Mexico, sekarang ini di negeri of Veracruz dan Tabasco di Isthmus of Tehuantepec. Pengaruh budaya sangat besar sejauh though, seni Olmek dijumpai di El Salvador. Olmec mendominasi tanah mereka dari 1200 BC hingga 400 BC dan mereka ini , secara faktanya, didakwa oleh ramai sebagai pengasas dan ibu budaya kepada setiap unsur kepada tamadun Mesoamerica.

Pendahuluan[sunting | sunting sumber]

Pusat tanah air Olmec bercirikan tanah rendah berpaya dengan rabung bukit rendah dan gunung berapi. Gunung Tuxtla tersergam di utara, sepanjang Teluk Campeche. Di sini Olmecs membina kompleks kuil-bandar kekal di beberapa lokasi, antaranya San Lorenzo Tenochtitlán, La Venta, Tres Zapotes, Laguna de los Cerros, dan La Mojarra. Mereka juga mempunyai pengaruh besar yang melampaui tanah besar: dari Chalcatzingo, jauh ke barat di tanah tinggi Mexico, sehingga ke Izapa, di pantai Lautan Pasifik berhampiran apa yang kini Guatemala, barangan Olmek telah dijumpai dimerata Mesoamerika sepanjang tempoh ini.

Olmec mungkin merupakan Mesoamerika pertama yang memajukan sistem tulisan, tetapi tiada contoh pernah dijumpai. Pada masa kini terdapat perdebatan mengenai simbol yang dijumpai pada 2002 bertarikh sehingga 650 BC sebenarnya merupakan bentuk penulisan Olmek sebelum tulisan Zapotec tertua yang bertarikh sekitar 500 BC.[3] Terdapat hieroglyph lain yang dikenali sebagai " Epi-Olmek". "Epi-Olmek" bererti "sebelum Olmek", dan sementara terdapat sesetengah yang mempercayai bahawa Epi-Olmek mungkin mewakili skrip peralihan antara sistem Olmek lebih awal yang tidak diketahui dan tulisan Maya. Isu ini pada masa ini masih tergantung.

Olmec kemungkinannya pencipta permainan bola Mesoamerika yang tersebar luas di kalangan budaya-budaya berikutnya di rantau itu dan digunakan untuk tujuan rekreasi dan keagamaan – pastinya mereka telah memainkannya sebelum ada orang yang direkodkan melakukannya.

Tanah tengah Olmek

Agama mereka memajukan kesemua tema-tema penting (ketaksuban dengan matematik dan dengan takwim, dan fokus kepada kerohanian mengenai kematian yang dinyatakan melalui pengorbanan manusia) yang dijumpai dalam kumpulan berikutnya. Akhirnya, aturan politik mereka berkenaan negara bandar berhierarki diikuti oleh hampir kesemua tamadun orang Mexico dan orang Amerika Tengah yang berikutnya.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

"Olmek" bererti "orang getah" dalam Nahuatl, bahasa Mexica orang ("Aztek"). Ia merupakan nama Aztek bagi mereka yang tinggal dikawasan ini pada tempoh terkemudian semasa penguasaan Aztek. Mesoamerika kunu, merentasi dari Olmek kunu sehingga Aztek, menghasilkan latex dari Castilla elastica, sejenis pokok Getah dikawasan tersebut. Getah dari batang pokok menjalar, Ipomoea alba, kemudiannya dicampurkan dengan latex ini bagi membentuk getah seawal 1600 SM [1]. Perkataan "Olmek" turut merujuk kepada bola getah yang digunakan bagi permainan bola kunu mereka. Penjelajah moden awal menggunakan nama "Olmek" kepada puing runtuhan dan kesenian dari kawasan ini sebelum ia disedari bahawa ini telah ditinggalkan seribu tahun sebelum tempoh penduduk yang dikenali Aztek sebagai "Olmek". Ia tidak diketahui apakah nama Olmek silam gunakan bagi panggilan mereka sendiri; sesetengah sumber Mesoamerika kelihatannya merujuk Olmek kunu sebagai "Tamoanchan".

Terdapat persetujuan saintifik umum bahawa Olmek bertutur bahasa dalam keluarga bahasa Mesoamerika Mixe-Zoquean, sungguhpun bukti yang ada adalah terhad.[2] Dengan jumlah besar persetujuan pakar sains menyatakan bahawa Olmek dan pencapaian mereka adalah keseluruhannya tempatan kepada kawasan ini, diasaskan sepenuhnya pada pertanian silam yang mengkagumkan yang jyga tempatan, dan mereka dan kebudayaan berjiranan, dengan mana mereka berhubung, membangunkan ciri-ciri mereka agak bebas dari sebarang pengaruh luar hemisphera (extra-hemispheric).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Kebudayaan Olmek bermula pada asal di San Lorenzo Tenochtitlan, di mana ciri-ciri jelas Olmek mulai muncul sekitar 1150 SM (BC). Kebangkitan kebudayaan di sini mungkin dibantu oleh ekologi tempatan tanah alluvial yang subur dengan saliran yang baik, menggalakkan pengeluaran jagung yang tinggi. Ekologi ini boleh dibandingkan dengan pusat kebudayaan silam yang lain: Mesopotamia dan lembah Nil. Ia dijangkakan bahawa kepadatan penduduk yang tertumpu di San Lorenzo menggalakkan kebangkitan kelas elite yang akhirnya memastikan penguasaan Olmek dan memberikan asas sosial bagi penghasilan artifek berbentuk simbolik dan sofsikated yang mentakrifkan kebudayaan Olmek.

Bahan bukti di San Lorenzo yang pastinya datang dari tempat yang jauh menunjukkan bahawa golongan elite Olmek awal mempunyai laluan kepada jaringan perdagangan di Amerika Tengah. Ini kemungkinannya dilindungi oleh sejenis sistem ketenteraan. Tapak seperti Teopantecuanitlan menunjukkan bahawa Olmek turut tinggal di Guerrero.

Kemerosotan[sunting | sunting sumber]

Ia tidak diketahui dengan jelas apa yang terjadi kepada kebudayaan ini. Pusat utama mereka, San Lorenzo, hampir ditinggalkan sepenuhnya sekitar 900 SM, dan La Venta menjadi bandar utama. Pertukaran persekitaran mungkin bertanggung jawab bagi perpindahan ini, dengan sungai utama tertentu beralih aliran. Bagaimanapun, terdapat juga sesetengah bukti yang mencadangkan penjarahan dan kemusnahan artifak Olmek pada tempoh ini. Sekitar 400 SM, La Venta turut berakhir, sungguhpun kepentingan kompleks upacara ternyata berterusan melepasi kebudayaan dan negara Olmek. Dalam beberapa ratus tahun selepas peninggalan bandar terakhir mereka, kebudayaan berikutnya telah bertapak kukuh dibekas jajahan mereka – terutamanya Maya di timur, Zapotek di barat daya, dan kebudayaan Teotihuakan di sebelah barat.

Seni Olmek[sunting | sunting sumber]

"Nenek", Tugu 5 di La Venta (salinan)

Bentuk kesenian Olmek menumpu kepada kedua-dua patung tugu dan ukiran jed kecil. Kebanyakan kesenian Olmek bercorak kasar (highly stylized) dan menggunakan bayangan ikon (iconography reflective) pengertian keugamaan dalam hasil seni. Sesetengah seni Olmek, bagaimanapun, kelihatan hidup, membayangkan gambaran jitu mengenai anatomi manusia kemungkinannya menyamai Pre-Kolumbian Dunia Baru hanya oleh kesenian era Klassik Maya. Motif biasa termasuk mulut terjuih (melenkung kebawah) dan mata sepek (slit-like slanting), keduanya boleh dilihat dalam kebanyakan gambaran Jaguar jadian. Patung Olmek juga banyak terdapat di tapak seluruh Tempoh Pembentukan (Mesoamerikan).

Tambahan kepada gambaran manusia, artis Olmek juga mahir mengambarkan haiwan, contohnya barangan seramik ini "Bekas Burung" Olmek kunu, bertarikh sekitar 1000 SM. Seramik dihasilkan dalam tanur berkeupayaan melebihi 900° C. Kebudayaan sprasejarah lain yang diketahui mampu mencapai suhu tinggi sedemikian adalah Mesir Kunu [3].

Kepala patung raksaksa Olmek[sunting | sunting sumber]

Kemungkinannya seni Olmek yang paling dikenali adalah kepala bertopi yang besar. Disebabkan tiada teks pre-Kolumbian menjelaskan ukiran ini, tugu mengkagumkan ini merupakan tumpuan banyak spekulasi. Melihatkan kelainan setiap satunya, kepala ini kelihatannya merupakan potret pemain bola terkenal atau raja-raja yang diletakkan sebagai hiasan bagi perlawanan bola.

Menurut Grove,[4] unsur unik dalam pakaian kepala (headgear) juga boleh dikenali dalam tudung kepala patung manusia di tugu Persisiran Teluk yang lain, mencadangkan bahawa ini merupakan simbol individual atau kumpulan.

Kepala ini berbeza saiznya dari kepala Rancho La Corbata, pada ketinggian 3.4 m, kepada pasangan di Tres Zapotes, pada 1.47 m. Sesetengah sumber menganggarkan bahawa yang terbesar seberat sehingga 40 tan, sungguhpun kebanyakannya dilaporkan seberat 20 tan.

Kepala ini diukir dari seketul blok atau ketulan basalt gunung berapa, yang dikuari di Gunung Tuxtla. Ia kemungkinannya kepala ini di bawa di atas rakit (balsa) yang besar dari kuari Llano del Jicaro ketempat akhir mereka. Untuk sampai ke La Venta, sekitar 80 km (50 batu) jauhnya, rakit ini perlu berlayar keluar mengelakkan air bergelora Teluk Campeche.

Sesetengah kepala, dan kebanyakan tugu peringatan lain, telah dicacatkan, ditanam dan dialih (disinterred), dipindahkan ketempat baru dan/atau ditanam semula. Samaada tindakan ini dilakukan sebagai upacara atau disebabkan pertelingkatan atau pergeseran masih belum dapat ditentukan.

Terdapat 17 kepala besar udbongkar setakat ini.

Site Number Designations
San Lorenzo 10 Kepala Besar 1 hingga 10
La Venta 4 Tugu Peringatan 1 hingga 4
Tres Zapotes 2 Tugu Peringatan A & Q
Rancho la Corbata 1 Tugu Peringatan 1

Rancho La Corbata terletak berhampiran Tres Zapotes.

Perniagaan dan pembuatan tembikar[sunting | sunting sumber]

Pada March 2005, sekumpulan pasukan arkhaeologis menggunakan NAA -penganalisa pengaktif neutron - (neutron activation analysis) untuk membandingkan lebih dari 1,000 seramik stail Olmek Mesoamerika silam dengan 275 contoh selut sebagai "tandatangan" asal tembikar. Mereka mendapati bahawa "Olmek membungkus dan mengeksport kepercayaan mereka keseluruh kawasan tersebut dalam bentuk reka bentuk dan bentuk seramik khas, yang dengan pantas menjadi lambang status elite dipelbagai kawasan di Mexico silam"[5].

Sebagai balasan, pada Ogos 2005 kajian lain, kali ini menggunakan petrografi, mendapati "pertukaran bekas antara tanah tinggi dan tanah rendah kebanyakannya adalah duahala." [6]. Lima dari contoh yang digali di San Lorenzo "jelas" berasal dari Oaxaca. Menurut salah seorang arkhaeologi yang melakukan kajian ini, ini 'berlawanan dengan dakwaan terkini yang menyatakan Persisiran Teluk merupakan sumber tunggal tembikar" di Mesoamerika.

Agama[sunting | sunting sumber]

See main article: Olmec mythology

Mitos Olmek tidak meninggalkan sebarang dokumen yang menyamai dokumen Popul Vuh berkenaan mitos Maya, dan dengan itu sebarang unjuran mengenai mitos Olmek perlu bergantung kepada penafsiran tugu yang tinggal dan seni mudah-alih dan perbandingan dengan mitos Mesoamerika lain. Seni Olmek menunjukkan bahawa dewa seperti Feathered Serpent dan Rain Spirit telah wujud dalam kedewaan (pantheon) Mesoamerik semenjak tempoh Olmek.

Matematik[sunting | sunting sumber]

Pada akhir tempoh penguasaan Olmek, mereka telahpun mula menggunakan sifar sebenar (glyph) cangkerang beberapa abad sebelum Ptolemy (kemungkinannya menjelang abad keempat SM). Ini kemudiannya menjadi bahagian penting bagi sistem nombor Maya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Notakaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1]
  2. ^ Campbell, pp 80-89
  3. ^ [2], lihat juga faience
  4. ^ Grove, p. 55
  5. ^ Archaeological Institute of America, March 28, 2005
  6. ^ ""New analysis of pottery stirs Olmec trade controversy". University of Wisconsin - Madison press release August 1, 2005". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11. Dicapai pada 2006-04-11.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

</ref>