Jed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Butang baju jadeite ukiran tangan Cina antik terpilih.
Batu jed

Sebagai batu perhiasan, jed sebenarnya terdiri dari dua jenis batu yang terdiri daripada galian silikat yang berlainan. Jed Nephrite terdiri daripada galian actinolite, amphibole yang kaya dengan kalsium dan magnesium (agregat yang juga membentuk satu bentuk asbestos). Batu yang dikenali sebagai jadeitite pula terdiri hampir sepenuhnya dari jadeite, pyroxene yang kaya dengan natrium dan aluminium.

Perkataan 'jed' diambil dari bahasa Inggeris 'jade' yang diambil dari istilah Sepanyol piedra de ijada (pertama kali direkod pada 1565) atau 'batu pinggang ('loin stone'), kerana reputasi keberkesanan bagi merawat penyakit pinggang dan buah pinggang. Jed 'Nephrite' terhasil dari lapis nephriticus, versi Latin istilah Spanyol piedra de ijada.[1]

Disebabkan keduanya digunakan oleh budaya Zaman Batu dan Gangsa untuk tujuan yang serupa, dan keduanya hampir sama keras dengan kuartz, tahan, cantik dan boleh dibentuk halus, keduanya tidak dapat dibezakan sehinggalah abad ke-19 oleh seorang ahli meneralogi Perancis.


Batu jed banyak menghiasi barang kemas seperti cincin, rantai, gelang, serta alat perhiasan rumah. Lebih penting lagi, ia adalah simbol kemuliaan, maruah, dan ketinggian taraf. Tukang-tukang yang membuat perhiasan jed adalah antara orang yang terkaya di China. Corak yang biasanya menjadi pilihan ialah corak pic, itik mandarin, rusa, kelawar, serta ikan. Setiap corak ada maksud tersendiri. Sebab itulah harga jed mahal.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Easby, Elizabeth Kennedy. Pre-Columbian Jade from Costa Rica. (1968). André Emmerich Inc., New York
    • Bale, Martin T. and Ko, Min-jung. Craft Production and Social Change in Mumun Pottery Period Korea. Asian Perspectives 45(2):159-187, 2006.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]