Olympic Broadcasting Services

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Olympic Broadcasting Services S.L.
Olympic Broadcasting Services 2022 logo.svg
SingkatanOBS
Pembentukan2001; 22 tahun yang lalu (2001)
TujuanPenyiaran
Ibu pejabatMadrid, Sepanyol
KawasanSedunia
Organisasi indukJawatankuasa Olimpik Antarabangsa
Laman web rasmiwww.obs.tv

Olympic Broadcasting Services S.L. (OBS) merupakan sebuah syarikat yang ditubuh oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 2001 untuk memainkan peranan sebagai organisasi Penyiar Tuan Rumah bagi semua Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik, Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Sukan Olimpik Belia. Hal ini bertujuan untuk menjamin mutu penyiaran bagi semua edisi Sukan Olimpik.[1] Berpangkal di Madrid, Sepanyol, syarikat tersebut beroperasi sebagai salah satu syarikat subsidiari Olympic Broadcasting Services S.A. (yang berpangkal di Lausanne, Switzerland) yang dimilik oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa melalui Yayasan Olimpik.[2][3]

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Jurukamera Olympic Broadcasting Services yang sedang membuat liputan bagi 10km renang maraton lelaki di Sukan Olimpik Musim Panas 2012.

Sebagai Penyiar Tuan Rumah, OBS bertanggungjawab untuk menyampaikan siaran imej dan suara bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik kepada berbilion penonton di seluruh dunia. Mereka akan menghasilkan dan menyiarkan liputan radio dan televisyen secara langsung bagi semua acara sukan dari semua tempat pertandingan. Siaran ini dikenali sebagai Signal Antarabangsa (Inggeris: International Signal) atau Siaran Dunia (Inggeris: World Feed) dan akan diedarkan sebagai perkhidmatan penyiaran oleh semua organisasi penyiaran yang telah membeli hak penyiaran televisyen dan radio bagi temasya tersebut (dikenali sebagai Rights Holding Broadcasters atau RHB).

Dengan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengelola temasya tersebut, OBS mengurus pembangunan prasarana yang diperlukan (termasuk Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) yang merupakan tapak utama bagi operasi penyiaran OBS dan RHB semasa temasya berlangsung) serta prasarana di tempat pertandingan Sukan Olimpik yang lain untuk menjamin penerbitan penyiaran yang berjaya. OBS juga menawarkan perkhidmatan, peralatan dan bekalan tambahan kepada RHB untuk membantu mereka menerbitkan penerbitan unilateral.

Pada Sukan Olimpik 2008, OBS menjadi Penyiar Tuan Rumah buat kali yang pertama.[2] Sebelum itu, peranan tersebut adalah diberikan kepada Jawatankuasa Pengelola temasya tersebut atau kepada penyiar pihak ketiga.[1]

[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Broadcasters". Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Dicapai pada 5 Ogos 2016.
  2. ^ a b "Fact File". Olympic Broadcasting Services. Dicapai pada Ogos 5, 2016.
  3. ^ "OBS - OLYMPIC BROADCASTING SERVICES". Linkedin. Dicapai pada 5 Ogos 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]